Maktab Rendah Sains MARA Kuala Kubu Bharu
Koordinat: 3°32′55″N 101°40′34″E / 3.54867°N 101.67608°E
Maktab Rendah Sains MARA Kuala Kubu Bharu (singkatan: MRSM KKB) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Kuala Kubu Bharu di negeri Selangor. Ia mula beroperasi pada 2 Januari 2002.
Maktab Rendah Sains MARA Kuala Kubu Bharu مکتب رنده ساءين س مارا کوالا کوبو بارو | |
---|---|
![]() | |
Alamat | |
KM 8 Jalan Ampang Pechah Kuala Kubu Baru, 44000, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Nama lain | MRSM KKB |
Jenis sekolah | Pendidikan menengah |
Ditubuhkan | Januari 2002 |
Status | Beroperasi |
Pengetua | En. Muhamad Hanif Bin Hamali |
Timb. Pengetua Kecemerlangan Akademik | Pn. Juhaida binti Muhat Anuar |
Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar | En. Mohammad Jasafdzal bin Jamalludin |
Timb. Pengetua Pembangunan Bakat | En. Faizal bin Hamid |
Sistem pendidikan | SPMRSM Program IGCSE |
Bahasa | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris |
Slogan | A Fortress Of Excellence |
Nama alumni | ANSARA KKB |
Laman sesawang | kkb |
![]() | |
Kali terakhir dikemaskinikan: Disember 2022 |
Sejarah
suntingPenubuhan maktab
suntingPada tahun 2019, MRSM Kuala Kubu Bharu merupakan MRSM pertama di negeri Selangor dan dibina di atas lot tanah pelancongan dengan cukai tanah bertaraf tanah pelancongan di Mukim Buloh Telor, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor
Kapasiti pelajar ialah 750 orang pelajar pada satu-satu masa oleh warden bertugas yang sentiasa komited terhadap tugas dan tanggungjawab mereka.
Kejayaan
suntingAkademik
suntingMRSM KKB merupakan antara enam buah MRSM yang merekodkan Gred Purata Maktab (GPM) kurang dari 2.0 bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018[1].
Lagu rasmi
suntingWahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu
Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju
Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu
Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera
Rujukan
sunting- ^ Hussin, Mohamad (14 Mac 2019). "6 MRSM cemerlang". Harian Metro. Dicapai pada 1 Disember 2022.
Lihat juga
sunting