Malem Sambat Kaban
Dr. H. Malem Sambat Kaban, S.E., M.Si. atau M.S. Kaban (lahir 5 Ogos 1958) merupakan bekas Menteri Kehutanan (Menhut) dalam Kabinet Indonesia Bersatu. Pada 1 Mei 2005, beliau diangkat sebagai Ketua Umum Partai Bulan Bintang (PBB). Pada bulan Julai 2021, beliau diangkat menjadi naib ketua Majlis Syura Partai Ummat.
Malem Sambat Kaban | |
---|---|
Timbalan Ketua Majlis Syura Partai Ummat | |
Menyandang jawatan 29 April 2021 | |
Ketua Partai Bulan Bintang | |
Dalam jawatan 1 Mei 2005 – 26 April 2015 | |
Didahului oleh | Yusril Ihza Mahendra |
Digantikan oleh | Yusril Ihza Mahendra |
Menteri Kehutanan Indonesia | |
Dalam jawatan 21 Oktober 2004 – 20 Oktober 2009 | |
Presiden | Susilo Bambang Yudhoyono |
Didahului oleh | Muhammad Prakosa |
Digantikan oleh | Zulkifli Hasan |
Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia | |
Dalam jawatan 1 Oktober 1999 – 1 Oktober 2004 | |
Kawasan pilihan raya | Bukittinggi |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Binjai, Sumatra Utara, Indonesia | 5 Ogos 1958
Kewarganegaraan | Indonesia |
Parti politik | Partai Bulan Bintang (1998–2019) Partai Ummat (2021–kini) |
Pasangan | Nurmala Dewi |
Anak | 7 |
Tempat belajar | Universitas JayabayaInstitut Pertanian Bogor |
Pekerjaan | Ahli politik |
Kehidupan awal dan pendidikan
suntingMalem Sambat Kaban ialah anak daripada A.M. Kaban, seorang pedagang, dan S. Tarigan, seorang suri rumah. Beliau ialah anak keenam dari 11 bersaudara dalam keluarga orang Karo. Ayahnya menganut kepercayaan Pemena. Nama Malem Sambat Kaban dalam bahasa Karo berarti orang yang baik dan suka menolong.[1]
Kaban menghabiskan masa kecilnya di Deli Serdang. Ia lalu menamatkan pendidikan di SMA Negeri 7 Medan. Beliau kemudiannya merantau ke Jakarta dan menjadi mahasiswa fakulti ekonomi Universitas Jayabaya untuk merasakan aktivisme. Beliau kemudian memeluk agama Islam ketika itu. Ia sempat masuk resimen mahasiswa dan menjadi Ketua Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) di Jakarta. Beliau meraih gelaran sarjana ekonomi dari kampus itu. Kemudian, beliau lalu meraih gelaran sarjana sains dalam bidang ilmu pembangunan bandar dan desa di Institut Pertanian Bogor.[1][2]
Kerjaya awal
suntingSetelah menjadi sarjana, beliau bekerja di Jakarta Public Relation yang bergerak dalam pengembangan sumber daya manusia. Beliau pernah meneliti potensi ekonomi wilayah Taman Nasional Gunung Leuser pada 1992 dan, mengetuai kumpulan Penelitian Potensi Ekonomi Lemah di tahun 1993. Selanjutnya, beliau menjadi peneliti muda dalam kajian strategi pengusahaan di Pertamina pada 1994.[1][3]
Kerjaya politik
suntingDalam pilihan raya 1997, Ketua Umum Partai Persatuan Pembangunan (PPP) Ismail Hasan Metareum mengajak Kaban untuk bergabung menjadi calon anggota legislatif dari PPP, dan dijanjikan kerusi Jawa Barat. Namun begitu, Kaban menolaknya kerana peristiwa Orde Baru.[1]
Sebelum reformasi, beliau terikut dalam diskusi-diskusi politik untuk mendirikan parti baharu. Perbincangan ini mengusulkan Amien Rais sebagai ketua dan Yusril Ihza Mahendra sebagai setiausaha agung. Namun, belum tercapai kesepakatan tentang nama dan asas parti. Akhirnya pada 1998, Amien dan kawan-kawan membentuk Partai Amanat Nasional, sedangkan Yusril, Kaban, dan kawan-kawan ikut dalam pembentukan parti Islamik, Partai Bulan Bintang (PBB), dan memperjuangkan Piagam Jakarta. Beliau dipilih sebagai setiausaha agung, mendampingi Ketua Umum Yusril Ihza Mahendra. Awalnya beliau sempat menolak, tetapi berubah pikiran setelah menerima nasihat dari Anwar Haryono.[1]
Kaban dipilih oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menjadi Menteri Kehutanan Republik Indonesia, dan dilantik pada 21 Oktober 2004.[1]
Setiausaha Agung PBB Afriansyah Noor mengaku bahwa Kaban sudah tidak aktif di PBB sejak 2019.[4] Pada 29 April 2019, beliau bergabung menjadi naib ketua Majlis Syura Partai Ummat, mendampingi ketua Amien Rais.[5]
Kontroversi
suntingKetika sebagai Menteri Kehutanan, Kaban terbukti menerima suapan dari Anggoro, pemilik PT Masaro Radiokom. Namun, Kaban tidak dijadikan tersangka sehingga Anggoro mengajukan peninjauan kembali kes tersebut, tetapi ditolak. Kes tersebut adalah berkaitan pengajuan anggaran program Kementerian Kehutanan, yang didalamnya terdapat anggaran projek revitalisasi Sistem Komunikasi Radio Terpadu (SKRT).[6][7][8] Kes ini telah disemak mulai 25 Oktober 2017, diketuai oleh hakim Artidjo Alkostar.[9]
Rujukan
sunting- ^ a b c d e f "Bitang Bulan Bitang di Kabinet". tokoh.id (dalam bahasa Indonesia). 28 Mac 2006.
- ^ "Data Mahasiswa: Malem Sambat Kaban". PPDikti (dalam bahasa Indonesia). Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Riset, dan Teknologi Republik Indonesia. Dicapai pada 20 Mac 2023.
- ^ "MS Kaban". tokoh.id. 21 Oktober 2004.
- ^ Nicholas Ryan Aditya (26 Julai 2021). Krisiandi (penyunting). "Gabung Partai Ummat, MS Kaban Disebut Sudah Tak di PBB sejak 2019". Kompas (dalam bahasa Indonesia).
- ^ "Ini Susunan Pengurus Partai Ummat". Republika (dalam bahasa Indonesia). 29 April 2021.
- ^ Sugeng Triono (11 Jun 2014). "Kasus Korupsi SKRT, Anggoro Sebut MS Kaban Pengecut". Liputan6 (dalam bahasa Indonesia).
- ^ Icha Rastika (2 Julai 2014). "Hakim: Anggoro Terbukti Suap MS Kaban". Kompas (dalam bahasa Indonesia).
- ^ Lukmanul Hakim Daulay (23 April 2014). Martin Sihombing (penyunting). "KORUPSI KEHUTANAN: MS Kaban Minta US$15.000 Ke Anggoro" (dalam bahasa Indonesia).
- ^ "Putusan Mahkamah Agung 148 PK/Pid.Sus/2017". Mahkamah Agung Republik Indonesia (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 20 Mac 2023.
Jawatan parti politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Yusril Ihza Mahendra |
Ketua Umum Partai Bulan Bintang 2005–2015 |
Diikuti oleh: Yusril Ihza Mahendra |
Jawatan politik | ||
Didahului oleh Muhammad Prakosa |
Menteri Kehutanan Indonesia 2004–2009 |
Diikuti oleh: Zulkifli Hasan |