[1]

Lagenda Malin Kundang, seperti yang terpapar di setem Indonesia 1998

Malin Kundang merupakan sebuah cerita rakyat yang mengisahkan Malin Kundang iaitu seorang anak tunggal sepasang suami isteri nelayan di Desa Air Manis, Sumatra Barat, Indonesia.

Kisah Malin Kundang sunting

Sebelum lahir, Malin ditinggalkan ayahnya yang tidak pernah balik ke desanya dan setelah dia dilahirkan terpaksa dipelihara oleh ibunya dengan keadaan hidup yang penuh penderitaan.

Setelah dewasa Malin meminta keizinan daripada ibunya untuk pergi merantau dengan dibekalkan nasi bungkus daun pisang.Sejak pemergian itu, ibu Malin tidak pernah mendengar khabar berita tentang anaknya itu hingga bertahun-tahun lamanya, sehingga usia ibu itu semakin lanjut dan bongkok dan akhirnya ibu tua itu mendapat berita daripada nakhoda kapal yang dahulu membawa Malin mengatakan anaknya telah berkahwin dengan seorang gadis jelita anak seorang bangsawan yang amat kaya.

Kepulangan Malin Kundang sunting

Setelah sekian lama menunggu kepulangan Malin, akhirnya pada satu hari sebuah kapal besar yang cantik belayar menuju ke pantai Desa Air Manis. Dalam kemeriahan penduduk Desa Air Manis menyambut ketibaan kapal itu, ternampak seorang anak muda berdiri di anjung kapal, ibu tua percaya anak muda itu ialah anaknya Malin Kundang.

Ibu tua itu memanggil anaknya tetapi isteri Malim yang jelita telah meludahnya. Disebabkan terlalu malu kepada isterinya, Malin terus menendang ibunya. Selepas itu, Malin bersama isterinya terus belayar dengan kapalnya meninggalkan Desa Air Manis dan setelah melihat kapal kenaikan anaknya semakin jauh di tengah laut, orang tua itu terlalu sedih atas perbuatan anaknya.

Sumpahan Ibu Malin Kundang sunting

Dengan linangan air mata, akhirnya dia menadah tangan ke langit sambil berseru dengan hati yang amat sedih dan pilu kepada Tuhan, "Tuhanku, kalau memang benar dia Malin Kundang, aku sumpah menjadi batu."

Tidak lama kemudian, tiba-tiba datanglah angin kencang dengan ombak besar bergulung-gulung hingga larut malam dan apabila matahari pagi memancar sinarnya, di kaki bukit di pinggir Desa Air Manis ternampak kepingan kapal yang telah menjadi batu. Hingga kini batu Malin Kundang di pinggir bukit Desa Air Manis terus menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara dan bukit Desa Air Manis menjadi saksi peristiwa tersebut.

Cerita-cerita yang seumpamanya sunting

  1. Si Tanggang
  2. Nakhoda Manis

Lihat juga sunting

  1. ^ Dia marah ibunya dan tendang ibunya di tepi pantaiMalin kundang terus pergi belayar dan tidak peduli pada ibunya