Mandala

diagram esoterik

Mandala (pinjaman bahasa Sanskrit मण्डल, maṇḍala – "bulatan" atau "lingkaran"[1]) terbentuk daripada susunan bulatan untuk menumpupusatkan perhatian minda seseorang semasa meditasi, ia lazim dalam kepercayaan Hindu Buddha.

Pelan tingkat bawah candi Borobodur di Jogjakarta, Indonesia

Dalam agama sunting

Penerapan lanjut sunting

Dalam pemerintahan sunting

Bentuk bulatan yang semakin memusat telah dijadikan penggambaran terhadap lingkungan pengaruh sesebuah kerajaan terhadap negara-negara sekeliling yang tidak ditentukan persempadanan mengikut bentuk muka bumi dan tetapi mengenai hubungan sesebuah kawasan itu dengan raja memerintah yang menjadi pusatnya.[2] Pendapat ini mula dicetuskan dalam karangan Arthashastra oleh Kautilya yang ditulis antara abad-abad ke-4 dan ke-2 sebelum Masihi di mana ia menerangkan konsep kelompok negeri yang bersekutu atau memusuhi sesebuah politi raja dalam suatu lingkaran iaitu Rajamandala.[3]

Kerajaan-kerajaan Bagan, Ayutthaya, Champa, Khmer, Srivijaya dan Majapahit boleh dikira mempunyai lingkaran berupa "mandala" yang tersendiri meriakkan pengaruh daripada pemerintahan raja-raja mereka yang merupakan pusat. Konsep ini turut dilanjutkan walaupun dengan meluasnya kedatangan Islam di Nusantara, misalnya pembentukan gabungan Negeri Sembilan abad ke-18 yang bertumpukan kepada Seri Menanti sebagai pusat yang diapit empat serambi dalam dan empat daerah luar.[4]

Dalam seni bina sunting

Candi Borobudur yang dibina di Magelang, Jawa Tengah, Indonesia menyusun dari puncaknya membentuk corak mandala besar melambangkan kosmos atau alam semesta yang lazim ditemukan dalam falsafah atau kosmologi Buddha aliran Wajrayana-Mahayana; sepuluh pelataran yang dimiliki Borobudur menggambarkan tingkatan alam fikiran atau Bodhisattva[5] yang harus dilalui untuk mencapai kesempurnaan menjadi Buddha.

Mandala menjadi teras kosmologi Melayu diamalkan dalam pembinaan sesebuah istana diraja di mana persemayaman seseorang raja atau sultan merupakan asasnya lalu meriak kepada balairong seri, lalu ke pekarangan istana dan kemudian tembok istana. Pendekatan ini dilanjutkan kepada pembinaan kota diraja bermula dari istana dan taman semayam raja sebagai pusat sebelum dikelilingi kota diraja yang menempatkan para pembesar barulah kawasan dikelilingi kediaman dan tempat perniagaan para rakyat jelata.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 775. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 111.
  2. ^ Dellios, Rosita (2003). "Mandala: from sacred origins to sovereign affairs in traditional Southeast Asia". Bond University Australia. Dicapai pada 11 Disember 2011.[pautan mati kekal]
  3. ^ Singh, Prof. Mahendra Prasad (2011). Indian Political Thought: Themes and Thinkers. Pearson Education India. m/s. 11-13. ISBN 8131758516.
  4. ^ Tambiah, Stanley Jeyaraja (2013). "The galactic polity in Southeast Asia". HAU: Journal of Ethnographic Theory. University of Chicago Press. 3 (3): 504–506.
  5. ^ A. Wayman (1981). "Reflections on the Theory of Barabudur as a Mandala". Barabudu History and Significance of a Buddhist Monument. Berkeley: Asian Humanities Press.
  6. ^ Sharyzee Mohmad Shukri; Mohammad Hussaini Wahab (2018). "The Morphology of Early Towns in Malay Peninsula". Journal of Engineering and Technology. Universiti Teknologi Malaysia. 7 (3.9): 77-80.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting