Menggatal merupakan sebuah bandar kecil / pekan dan sebuah sub-daerah yang terletak di Daerah Kota Kinabalu,Pantai Barat Sabah, Malaysia. Ia terletak dibawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Menggatal
Deretan Kedai Lama di Pekan Menggatal
Deretan Kedai Lama di Pekan Menggatal
Manggatal is located in Bumi
Manggatal
Manggatal (Bumi)
Koordinat: 6°1′N 116°9′E / 6.017°N 116.150°E / 6.017; 116.150Koordinat: 6°1′N 116°9′E / 6.017°N 116.150°E / 6.017; 116.150
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPantai Barat, Sabah
Zon waktuMalaysian Standard Time
Terminal Bas, Pekan Menggatal

Asalnya sub-daerah ini merupakan kawasan penduduk bumiputera Dusun, tetapi baru-baru ini kawasan ini telah mengalami peningkatan drastik berikutan penghijrahan kaum Filipino dan Indonesia ke Sabah, ada diantara imigran tersebut yang memasuki negara Malaysia ini secara sah dan ramai diantaranya tidak sah (pendatang haram tanpa izin). Mereka ini telah mewujudkan suatu koloni masyarakat yang agak membimbangkan bukan sahaja di Menggatal tetapi banyak tempat lain di Sabah mahupun di seluruh Malaysia. Namun Kerajaan Malaysia kini sedang giat membanteras kemasukan imigran secara haram dengan sentiasa menjalankan operasi penangkapan dan pengawalan bereterusan di wilayah sempadan.

Universiti awam khusus buat negeri Sabah, iaitu Universiti Malaysia Sabah, terletak dikawasan tepi pantai di sub-daerah ini. Namun, pekan ini tidak dikembangkan secara teratur dan masih memerlukan banyak infrastruktur dan pengawasan.

Pekan Menggatal mempunyai beberapa jajaran rumah kedai. Kebanyakannya adalah binaan baru menggunakan konkrit namun terdapat tiga blok rumah kedai yang mash dikekalkan dalam bentuk kayu. Rumah kedai berstruktur kayu itu dikatakan telah wujud sebelum era Perang Dunia ke-II. Pemilik dan pekerja di kebanyakan rumah kedai di Menggatal adalah dari kalangan minoriti kaum Cina Sabah. Di pusat bandar kecil ini berdekatan sebuah terminal bas yang berdirinya beberapa jajaran rumah dan kedai yang dahulunya merupakan tapak Panggung Paramount di Sabah.

Jalanraya yang berada di pekan ini telah dihubungkan dengan Bandaraya Kota Kinabalu melalui Jalan Tuaran (Tuaran Road), iaitu jalan utama dibahagian utara Kota Kinabalu. Sub-bandar lain yang berhampiran dengan pekan Menggatal ini adalah sub bandar Inanam.

Etimologi sunting

Nama Menggatal diambil sempena nama sejenis pokok mangga yang mengeluarkan yang buahnya apabila dimakan boleh menyebabkan kegatalan. Tempat itu kemudian disebut Mangga Gatal, namun lama kelamaan sebutan itu diringkaskan menjadi "Menggatal".[1]

Cadangan pertukaran nama sunting

Pada 2015, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun mencadangkan nama Menggatal ditukar kepada Manggatal dengan alasan ia merupakan nama asal pekan tersebut. Cadangan tersebut disokong oleh Wakil Rakyat Kepayan, Dr Edwin Bosi .[2]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting