Mastif Belgium

baka anjing dari Belgium dan Belanda

Mastif Belgium[a] atau anjing tarikan Belgium[b] ialah satu baka anjing jenis mastif dari Negeri-Negeri Pamah yang digunakan sebagai anjing tarikan.

Mastif Belgium
Nama lainAnjing tarikan Belgium
Anjing tarikan Flandre
Negara asalBelgium dan Belanda
Trait
Berat 45–50 kilogram (99–110 lb)
Tinggi 69–78 sentimeter (27–31 in)
Bulu Pendek, licin, dan longgar
Warna Perang kekuning-kuningan atau brindle dengan topeng gelap dan kadang-kadang tanda-tanda putih
Pengelasan dan piawaian
Pupus
Anjing (Canis lupus familiaris)

Perihal sunting

Mastif Belgium ialah anjing besar dan berkuasa yang berdiri setinggi 69–78 sentimeter (27–31 in) dan berukuran seberat 45–50 kilogram (99–110 lb).[1][2] Baka ini berotot dan bertulang berat dengan kepala besar dan leher tebal. Ekornya biasanya dipotong untuk mengelakkannya daripada tercedera semasa menarik kereta.[1][2] Lapis bulu mastif Belgium adalah pendek, licin, dan longgar; ia biasanya berwarna perang kekuning-kuningan atau brindle dengan topeng gelap dan tanda-tanda putih yang juga diketahui.[1][2]

Dari segi perwatakan, mastif Belgium diperihalkan sebagai pekerja yang tidak mengenal kepenatan dengan naluri perlindungan kuat; ia tidak terkenal kerana keramahan terhadap sesiapa kecuali tuannya.[2]

Sejarah sunting

Hanya sedikit yang diketahui tentang keleluhuran mastif Belgium melainkan bahawa ia dipercayai diturunkan daripada mastif Perancis yang diperkenalkan ke Negeri-Negeri Pamah pada suatu ketika.[1][2] Baka ini terlihat di serata Belgium dan Netherlands sambil menarik kereta dan kerap menghantar susu, mentega, daging, dan sayur-sayuran.[1][2][3]

Peranan mastif Belgium sebagai haiwan tarikan menjadi semakin usang sepanjang abad ke-20 dan kemusnahan dua perang dunia selanjutnya menjejaskan baka ini. Ia dipercayai pupus pada separuh kedua abad ke-20.[1][2] Sebelum kepupusannya, baka ini diiktiraf oleh Société Royale Saint-Hubert dan Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Sempena kepupusan andaiannya, Persekutuan Kinologi Antarabangsa telah menempatkan baka ini dalam daftar baka tergantung dan Société Royale Saint-Hubert menyatakan bahawa ia "mungkin pupus"; dengan harapan bahawa spesimen terselamat mungkin ditemukan,[1][2] pihak kelab mengekalkan penyenaraian baka ini.[4]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: مستيف بيلجيئم; Belanda: Belgische mastiff; Perancis: mâtin belge; bahasa Inggeris: Belgian mastiff
  2. ^ Jawi: انجيڠ تاريقن بيلجيئم; Belanda: Belgische trekhond; Perancis: chien de trait belge; bahasa Inggeris: Belgian draught dog; Belgian draft dog

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g Morris, Desmond (2001). Dogs: The Ultimate Dictionary of over 1,000 Dog Breeds (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 666. ISBN 1-57076-219-8.
  2. ^ a b c d e f g h De Brisco, Andrew (1990). The Mini-Atlas of Dog Breeds (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: T.F.H. Publications. m/s. 118.
  3. ^ Mason, Walter E. (1915). Dogs of All Nations (dalam bahasa Inggeris). San Francisco, California, Amerika Syarikat: Eksposisi Antarabangsa Panama-Pasifik. m/s. 76.
  4. ^ "Belgian Mastiff". Société Royale Saint-Hubert (dalam bahasa Perancis). 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Julai 2019. Dicapai pada 24 Mac 2024.