Me:I (Jepun: ミーアイ, Hepburn: Mīai, digayakan dalam semua huruf besar) ialah kumpulan wanita dari Jepun yang dibentuk melalui rancangan pertandingan realiti Produce 101 Japan The Girls. Kumpulan ini terdiri daripada sebelas orang ahli: Momona Kasahara, Rinon Murakami, Ayane Takami, Miu Sakurai, Suzu Yamamoto, Kokona Sasaki, Shizuku Iida, Keiko Shimizu, Ran Ishii, Tsuzumi Ebihara dan Cocoro Kato. Seperti pemenang Produce 101 Japan sebelumnya, Me:I bertujuan untuk menjadi kumpulan tetap.[3] Kumpulan ini diuruskan oleh Lapone Girls, anak syarikat Lapone Entertainment[4] dan bersedia untuk debut dengan single Mirai pada 17 April 2024.

Me:I
Logo rasmi Me:I
Latar belakang
Berasal dariAichi, Jepun[1]
Genre
Tahun aktif2023 (2023)–kini
Syarikat rakaman
Lapone Entertainment
Laman sesawang
me-i.jp
Ahli
  • Tsuzumi Ebihara
  • Shizuku Iida
  • Ran Ishii
  • Momona Kasahara
  • Cocoro Kato
  • Rinon Murakami
  • Miu Sakurai
  • Kokona Sasaki
  • Keiko Shimizu
  • Ayane Takami
  • Suzu Yamamoto

Nama sunting

Nama kumpulan itu, "Me:I", bermaksud "seorang idola yang disayangi oleh semua orang, idola masa depan, bergerak maju bersama-sama menuju masa depan". Apabila disebut, bunyinya seperti perkataan Jepun 未来 (mirai':, "future", "masa depan"). Nama itu didedahkan dalam episod akhir Produce 101 Japan The Girls.[5]

Sejarah sunting

2023: Pembentukan menerusi Produce 101 Japan The Girls sunting

Me:I dibentuk melalui rancangan pertandingan realiti Produce 101 Japan The Girls yang disiarkan terutamanya pada perkhidmatan penstriman Lemino dari 5 Oktober hingga 16 Disember 2023.[6][7] Seramai 14,000 orang peserta telah mengikuti uji bakat untuk rancangan tersebut, dalam lingkungan umur 15 hingga 25 tahun dan tidak bergabung dengan mana-mana agensi bakat.[7][8] 11 orang pelatih terakhir telah dipilih oleh penonton daripada 101 pelatih asal melalui undian dalam talian dan diumumkan semasa siaran langsung televisyen di TBS.[1][6] Seperti pemenang Produce 101 Japan sebelumnya, tiada niat untuk mengehadkan aktiviti kumpulan selepas debut.[3]

Beberapa ahli Me:I mempunyai pengalaman dalam industri hiburan sebelum rancangan. Momona Kasahara ialah ahli Hello! Project kumpulan wanita Angerme dari tahun 2016 hingga 2021.[6][9] Ran Ishii ialah bekas ahli kumpulan wanita Girls² dan muncul dalam drama Jepun Secret × Heroine Phantomirage!.[10][11] Cocoro Kato ialah bekas ahli kumpulan wanita Korea Selatan Cherry Bullet di bawah FNC Entertainment.[6][10] Miu Sakurai adalah bekas peserta dalam Nizi Project dan Girls Planet 999,[10] manakala Suzu Yamamoto menghabiskan enam bulan sebagai pelatih di agensi Korea Selatan.[12]

Me:I bersedia untuk mengeluarkan single debut mereka Mirai pada 17 April 2024 dengan lagu utama "Click".[13] Mereka memberikan persembahan pertama mereka sebagai kumpulan sebelum debut mereka di 38th Tokyo Girls Collection 2024 Spring/Summer pada 2 Mac.[14]

Ahli sunting

Diskografi sunting

Single sunting

Senarai single sebagai artis utama, dengan jawatan dan pensijilan carta terpilih, menunjukkan tahun keluaran dan nama album
Title[A] Tahun Kedudukan tertinggi carta Pensijilan Album
JPN
[16]
Mirai 2024 Akan diumumkan Single bukan-album

Single promosi sunting

Senarai single promosi, dengan kedudukan carta terpilih, menunjukkan tahun keluaran dan nama album
Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi carta Album
JPN
Hot
"Click" 2024 Akan diumumkan Mirai (single)

Filemografi sunting

Senarai program televisyen, dengan tahun siaran, peranan dan nota
Tahun Tajuk Peranan Nota Ref.
Inggeris Asal
2024 Me:I no Yume Mitai! ME:Iの夢みたい! Diri mereka sendiri Siri aneka ragam [17]
About Me:I ABOUT ME:I Diri mereka sendiri Istimewa [18]

Nota sunting

  1. ^ Keluaran single maxi [en] yang mempunyai tajuk yang berbeza daripada mana-mana lagu di dalamnya akan dianggap sebagai single "EP" dengan tajuknya dicondongkan. Lagu utama masing-masing dikategorikan di bawah single promosi.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "「PRODUCE 101 JAPAN THE GIRLS」デビューメンバー11人が決定". Natalie (dalam bahasa Jepun). 16 December 2023. Dicapai pada 14 March 2024.
  2. ^ "From J-pop to K-pop and back to J-pop once more". Korea JoongAng Daily. 26 August 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 July 2022. Dicapai pada 20 July 2022.
  3. ^ a b "韓国の人気オーディション番組 吉本と組んで日本上陸". Nikkei Style (dalam bahasa Jepun). September 22, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada September 23, 2019. Dicapai pada April 9, 2021.
  4. ^ "JO1&INI所属事務所の新法人「株式会社LAPONE GIRLS」がME:Iと専属契約、設立の目的は". Natalie (dalam bahasa Jepun). 15 February 2024. Dicapai pada 16 February 2024.
  5. ^ "【日プガールズ】『日プ』発ガールズグループ名が「ME:I(ミーアイ)」に決定". Oricon (dalam bahasa Jepun). 16 December 2023. Dicapai pada 15 March 2024.
  6. ^ a b c d "NewJeans候補生や元ハロメン参加「日プガールズ」予告が公開、クラス分けテスト課題曲も一部明らかに". Natalie (dalam bahasa Jepun). 27 September 2023. Dicapai pada 14 March 2024.
  7. ^ a b "「日プガールズ」練習生が集結!見どころは「経験者多数でハイレベル」フリーダムな仲宗根梨乃も健在". Natalie (dalam bahasa Jepun). 26 September 2023. Dicapai pada 14 March 2024.
  8. ^ "「PRODUCE 101 JAPAN」シーズン3の詳細明らかに、8月~12月に合宿&収録を実施". Natalie (dalam bahasa Jepun). 24 April 2023. Dicapai pada 14 March 2024.
  9. ^ "卒業アンジュルム笠原桃奈「この先どう生きようと大好き」感謝の手紙全文". Nikkan Sports (dalam bahasa Jepun). 15 November 2021. Dicapai pada 14 March 2024.
  10. ^ a b c Jung Joo-young (September 4, 2023). 元Cherry Bullet ココロから「虹プロ」「ガルプラ」出演者も!「PRODUCE 101 JAPAN THE GIRLS」の練習生が話題 [From former Cherry Bullet member Cocoro to "Niji Project" and "Girls Planet" participants! "PRODUCE 101 JAPAN THE GIRLS" trainees are a hot topic]. Kstyle (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada September 4, 2023. Dicapai pada September 29, 2023.
  11. ^ "『プリ☆チャン』『ファントミラージュ!』がコラボ 7・28放送". Oricon (dalam bahasa Jepun). 13 June 2019. Dicapai pada 15 March 2024.
  12. ^ "「日プガールズ」山本すず、"半年で契約切れ"韓国での練習生時代明らかに". Modelpress (dalam bahasa Jepun). 16 November 2023. Dicapai pada 18 March 2024.
  13. ^ "ME:Iデビューシングルは「MIRAI」、カップリングに「&ME」「CHOPPY CHOPPY」". Natalie (dalam bahasa Jepun). 26 February 2024. Dicapai pada 26 February 2024.
  14. ^ "【TGC2024S/S】デビュー控えるME:I、初パフォーマンス 個性生かしたハイクオリティで魅了【セットリストあり】". Oricon (dalam bahasa Jepun). March 2, 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada March 3, 2024. Dicapai pada March 9, 2024.
  15. ^ a b "ME:I、リーダー&サブリーダー発表". Modelpress [ja] (dalam bahasa Jepun). February 27, 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada February 28, 2024. Dicapai pada March 9, 2024.
  16. ^ "Me:I | Oricon Style". Oricon (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada February 27, 2024.
  17. ^ "ME:I初の冠番組「ME:Iの夢みたい!」無料配信、1人ひとりのデビュー公約を実行". Natalie (dalam bahasa Jepun). February 27, 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada February 27, 2024. Dicapai pada March 9, 2024.
  18. ^ "ME:I初の冠番組「ME:Iの夢みたい!」無料配信、1人ひとりのデビュー公約を実行". PR Times (dalam bahasa Jepun). March 14, 2024. Dicapai pada March 15, 2024.

Pautan luar sunting