Dalam agama Mesir Purba, Medjed (Mesirologi: mḏd) ialah dewa kecil[a] yang disebut dalam beberapa salinan Kitab Orang Mati. Walaupun tidak banyak yang diketahui tentang dewa ini, gambarannya seperti hantu dalam papirus Greenfield telah menjadikannya popular dalam budaya Jepun moden, dan dia telah muncul sebagai watak dalam permainan video dan anime.

Medjed
Gambaran Medjed berdasarkan papirus Greenfield. Ilustrasi papirus asal hanya mempunyai garis dan tidak berwarna.

Dalam Kitab Orang Mati sunting

Kitab Orang Mati mengandungi beberapa teks pengebumian Mesir Purba dengan ilustrasi. Ia ditulis pada papirus dan digunakan dari zaman terawal Kerajaan Baru (s. 1550 SM) hingga sekitar 50 SM. Teks-teks ini terdiri daripada mantera sihir, beberapa daripadanya untuk memberikan si mati pengetahuan mistik di akhirat, atau untuk mereka dapat mengawal persekitaran mereka dalam perjalanan mereka di Duat, atau alam ghaib.[4]

Antara semua salinan Kitab Orang Mati yang telah ditemui, terhadap segelintir rujukan kepada makhluk yang tidak jelas dalam mantera 17b bernama "Medjed", [5] yang bermaksud "Sang Pelutu" atau "Penyerang Hebat".[1][6] Berdasarkan terjemahan Bahasa Inggeris Papirus Ani, Raymond O. Faulkner menerjemahkan bahagian mantera yang menyebut Medjed seperti berikut:

Saya tahu nama penyerang dahsyat itu [iaitu, Medjed] antara mereka yang tergolong dalam Rumah Osiris, yang menembak dengan matanya, namun tidak kelihatan. Langit dikelilingi dengan letupan api dari mulutnya dan Hāpi membuat laporan, namun dia tidak kelihatan.[7]

Selain petikan pendek ini, tiada apa yang diketahui tentang Medjed.[8] Hermann Grapow mencadangkan Medjed mungkin merujuk kepada satu bintang (memandangkan Medjed dikatakan memancarkan cahaya dan mempunyai kaitan dengan banjir Sungai Nil yang datang seperti kitaran), tetapi seperti yang dinyatakan oleh Ilaria Cariddi, namanya tidak pernah ditulis dengan penentu bintang.[9]

Gambaran visual sunting

Menurut Illaria Cariddi, gambaran visual Medjed hanya boleh didapati pada sembilan helai papirus, yang kesemuanya berasal dari zaman Dinasti Kedua Puluh Satu Mesir (1077  – 943 SM).[10] Lembaran-lembaran ini (yang mana papirus Greenfield paling terkenal)[8][11][12] adalah seperti berikut:

Papirus Tarikh Lokasi Petikan
Papirus Bodmer 101 Dinasti Kedua puluh satu Yayasan Bodmer [13] [14]
Papirus Bodmer 102 Dinasti Kedua puluh satu Yayasan Bodmer [13] [14]
Papirus Turin 1818 Dinasti Kedua puluh satu Museo Egizio [13] [14]
Papirus Bodmer 100 Pertengahan Dinasti Kedua puluh satu Yayasan Bodmer [13] [14]
Papirus London BMEA 9948 Pertengahan Dinasti Kedua puluh satu Muzium British [13] [14]
Papirus Kaherah SR VII 10222 Pertengahan atau akhir Dinasti Kedua puluh satu Muzium Mesir [13] [14]
Papirus Kaherah JE 95658 Dinasti Kedua Puluh Satu Akhir Muzium Mesir [13] [14]
Papirus Kaherah JE 95637 Dinasti Kedua Puluh Satu Akhir Muzium Mesir [14] [15]
Papirus Greenfield Dinasti Kedua Puluh Satu Akhir/

Awal Dinasti Dua Puluh Dua

Muzium British [14] [16]

Dalam semua lembaran ini, Medjed digambarkan berbentuk kubah dengan mata, disokong dua kaki manusia. Beberapa lembaran juga menggambarkan Medjed dengan tali pinggang bersimpul merah di atas atau di bawah matanya.[17] Para sarjana EA Wallis Budge, H. Milde, dan Mykola Tarasenko berhujah bahawa tubuh Medjed seperti kubah adalah kain kapan atau "tubuh yang tidak berbentuk" yang melambangkan sifat dewa yang tidak dapat dilihat,[18][19][20] dan Cariddi mencadangkan bahawa mata dan kaki Medjed yang menonjol mungkin menandakan dia boleh "melihat, bergerak dan bertindak walaupun manusia tidak dapat melihatnya".[21] Sebaliknya, Bernard Bruyère dan Terence DuQuesne menegaskan bahawa Medjed sebenarnya personifikasi balang minyak, dan "tali pinggang" merahnya sebenarnya pengikat tudung yang cantik.[21][22]

Dalam budaya popular sunting

Selepas ilustrasi papirus Greenfield dipamerkan pada 2012 di Muzium Seni Mori di Tokyo dan Muzium Seni Fukuoka, Medjed menjadi meme internet di media sosial Jepun kerana penampilannya yang seperti "hantu kartun".[23][24][25][26] Dia telah memasuki budaya popular Jepun dan telah muncul dalam permainan video (cth, Fate/Grand Order)[24][27] dan anime (cth, Kamigami no Ki dan Oh, Suddenly Egyptian God).[27][28][29]

Dalam permainan video Jepun 2016 Persona 5, namanya digunakan untuk kumpulan penggodam antagonis fiksyen yang menamakan diri mereka "pelaksana keadilan sebenar".[30]

Galeri sunting

Lihat juga sunting

  •   Kategori berkenaan Medjed di Wikimedia Commons
  • Medjed (ikan), juga dipuja dalam agama Mesir purba

Nota sunting

  1. ^ Medjed kadangkala dipanggil "syaitan".[1] Walau bagaimanapun, berbeza dengan pemahaman semasa bahawa syaitan ialah entiti ghaib yang jahat sepenuhnya, istilah ini sering digunakan oleh ahli kaji purba Mesir untuk pelbagai makhluk ghaib, termasuk hantu, roh baik atau jahat, dewa-dewi kecil, jelmaan kekacauan, dan juga "personifikasi dewa-dewa utama yang pembinasa".[2][3]

Rujukan sunting

Petikan sunting

  1. ^ a b Cariddi (2018), p. 197.
  2. ^ te Velde (1975), m/s. 980-984.
  3. ^ Lucarelli (2010), m/s. 1–7.
  4. ^ Taylor (2010), p. 51–56
  5. ^ Budge (1898), pp. 55–56.
  6. ^ Kytnarová et al. (2018), pp. 15-19.
  7. ^ Andrews & Faulkner (1985), hlm. 48.
  8. ^ a b Taylor, John H. (22 September 2010). "What is a Book of the Dead?". British Museum. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 April 2015. Dicapai pada 17 April 2015. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "British Museum 22 September 2010" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  9. ^ Cariddi (2018), p. 203.
  10. ^ Cariddi (2018), m/s 197 – 200.
  11. ^ Salvador (2017), p. 11.
  12. ^ Cariddi (2018), m/s 201 – 202.
  13. ^ a b c d e f g Cariddi (2018), p. 197.
  14. ^ a b c d e f g h i Brugière, Sébastien (14 July 2021). "Sur la trace du dieu Medjed" (dalam bahasa Perancis). Bodmer Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2023. Dicapai pada 4 April 2023.
  15. ^ Cariddi (2018), pp. 197, 200.
  16. ^ Cariddi (2018), p. 200.
  17. ^ Cariddi (2018), pp. 197, 201.
  18. ^ Budge (1912), p. 13.
  19. ^ Milde (1991), p. 44.
  20. ^ Tarasenko (2012), p. 385.
  21. ^ a b Cariddi (2018), p. 203.
  22. ^ DuQuesne (2008), p. 19.
  23. ^ Cariddi (2018), p. 204.
  24. ^ a b "Meet Medjed, The Egyptian God Who's Big in Japan!". Tor.com. 7 August 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 December 2020. Dicapai pada 7 August 2015.
  25. ^ Stimson, Eric (31 July 2015). "The Obscure Egyptian God Medjed and His Bizarre Afterlife on the Japanese Internet". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 December 2020. Dicapai pada 7 August 2015.
  26. ^ Salvador (2017), p. 11.
  27. ^ a b Salvador (2017), pp. 17–18.
  28. ^ "Egyptian God Medjed Stars in New TV Anime Series Starting in November". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). 25 October 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 May 2021. Dicapai pada 13 May 2021.
  29. ^ Mateo, Alex (20 November 2020). "Tōtotsu ni Egypt Kami Net Anime Reveals Extended Promo Video, December 7 Premiere". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 November 2022. Dicapai pada 23 January 2023.
  30. ^ "August 21 – Persona 5 Guide". IGN (dalam bahasa Inggeris). August 16, 2020. Dicapai pada October 28, 2023.

Bibliografi sunting