Dakhma (Avesta: “menara kesunyian”; Parsi: دخمه), juga dipanggil menara bungkam atau menara sunyi ialah sebuah binaan pekeliling bertapak tinggi, yang dibina oleh kaum Majusi untuk ekskarnasi – yakni, untuk mayat terdedah kepada burung-burung pebangkai, biasanya burung hering.

Rajah dalaman Dakhma
Lukisan abad ke-20 Dakhma di Malabar Hill, Mumbai.
Menara bungkam di Malabar Hill pada hari kini.

Pendedahan mayat Majusi pertama kali dibuktikan dalam Histories of Herodotus pada pertengahan abad ke-5 SM , tetapi penggunaan menara pertama kali didokumenkan pada awal abad ke-9 SM.[1] Tujuannya adalah untuk mengelak mayat bersentuhan dengan zām (bumi), āpas (air) atau Atar (api), yang kedua-duanya dianggap suci dalam agama Majusi.

Antara catatan tertua tentang binaan ini muncul dalam Epistles of Manushchihr dari abad ke-9, di mana istilah teknikalnya adalah astodan, iaitu sebuah osuari (peti atau bekas simpanan mayat-mayat).[2] Satu lagi istilah yang datang dari abad ke-9 dan 10 ada dalam teks tradisi Majusi (yang digelar buku-buku Pahlavi) iaitu dakhmag, untuk sebuah tempat untuk orang mati.[2]:206 Istilah Majusi Parsi Tengah ini adalah serapan perkataan dakhma dari bahasa Avesta, maknanya tidak pasti tetapi ia berkaitan dengan penguburan dan biasanya diterjemahkan sebagai "kubur". Dalam teks agama Avesta, istilah ini merupakan bahasa kasar dan tidak menandakan apa-apa jenis pembinaan. Di wilayah-wilayah Iran Yazd dan Kerman, dakhma dituliskan sebagai deme atau dema.[2]:206 Namun, satu lagi istilah yang muncul dalam teks-teks abad ke-9 dan 10 adalah dagdah (tempat yang ditetapkan)[2]:206 Perkataan ini juga muncul dalam teks Majusi lewat di India dan Iran, tetapi di India abad ke-20 ia memaksudkan api kuil terendah.[2]:206 Di India istilah doongerwadi digunakan setelah sebuah dakhma dibina di atas bukit yang sama nama dengannya.

Istilah bahasa Inggeris "Tower of Silence" ialah sebuah neologisme yang dihasilkan oleh Robert Murphy, seorang penterjemah untuk kerajaan penjajah British India pada awal abad ke-19.[2]:206

Pemahaman

sunting
 
Pemandangan dari dalam

Adat Majusi menganggap mayat (juga rambut yang dipotong dan ketipan kuku) sebagai nasu, iaitu pencemaran atau najis. Lanjut lagi, puaka mayat (Avesta: nasu daeva) dipercayai akan masuk ke dalam mayat dan mencemarkan segala-gala yang bersentuhan dengannya,[3] maka Vendidad (sebuah upacara agama untuk "menentang puaka jahat") memberi cara untuk melupuskan mayat dengan seelok mungkin.

Untuk menghalang pencemaran bumi atau api (lihat zām dan ātar), mayat-mayat orang mati diletakkan di atas sebuah menara agar terdedah kepada matahari dan burung pembangkai. Dengan itu, "pembusukan dan semua kejahatan yang ada... dapat dilupuskan sebaik yang mungkin."[4]

Sejarah

sunting

Upacara pendedahan mayat dalam Majusi pertama kali diketahui dari catatan abad pertengahan abad ke-5 Herodotus, yang memerhati adat resam di kalangan ekspatriat Iran di Anatolia. Dalam catatan Herodotus (Histories i.140), upacara-upacara ini adalah "rahsia", tetapi dilakukan setelah mayat diseret oleh seekor burung atau anjing. Mayat kemudian diawetkan dengan lilin dan diletakkan di parit.[2]

Walaupun penemuan osuari-osuari di Iran timur dan barat dari abad ke-5 dan ke-4 SM menunjukkan rangka-rangka terasing, bahawa pemisahan ini terjadi melalui pendedahan ritual tidak dapat diketahui: guar pengebumian,[5] di mana mayat telah dibalut dalam lilin, juga ditemui. Makam para maharaja Wangsa Achaemenid di Naqsh-e Rustam dan Pasargadae juga menunjukkan tidak terdedah, setidaknya hinggalah rangka dapat dikumpulkan. Menurut legenda (digabungkan oleh Hakim Abul Qasim Firdausi Tusi ke dalam Shahnamehnya), Zarathustra sendiri dikebumikan di sebuah makam di Balkh (kini Afghanistan).

Berkenaan budaya Parsi, Herodotus melaporkan tentang adat penguburan Parsi yang dilakukan oleh pengikut Majusi, yang dikekalkan rahsia. Walau bagaimanapun, beliau menulis bahawa dia tahu bahawa mereka mendedahkan mayat kepada anjing-anjing dan burung-burung pemangsa, kemudian mereka menutup mayat dalam lilin, dan kemudian dikebumikan.[6] Adat Achaemenid dicatatkan untuk si mata di wilayah Baktria, Sogdiana, dan Hyrkania, tetapi tidak di Iran Barat.[7]

Sejarahwan Byzantium Agathias telah menyatakan pengebumian panglima Sasan, Mihr-Mihroe: "pengiring Mihr-Mihroe membawa mayatnya dan dialihkan ke suatu tempat di luar kota dan biarkan ia di sana, sendiri dan tanpa pakaian mengikut adat mereka, dijadikan buangan untuk [dimakan] anjing dan pebangkai".[7]

Menara adalah ciptaan yang lebih baharu, dan didokumenkan buat sulung kalinya pada awal abad ke-9 SM.[1]:156–162 Adat upacara di sekitar amalan ini muncul pada era Sasan (abad ke-3 hingga ke-7). Ia diketahui secara terperinci daripada babak tambahan ke Shayest ne Shayest, dua koleksi Rivayat, dan dua Saddar.

Pembinaan

sunting
 
Lubang tengah menara bungkam (yang tidak digunakan lagi) di Yazd, Iran.

Menara moden, yang cukup seragam dalam bentuknya, mempunyai bumbung yang hampir rata, dan satah yang lebih tinggi sedikit daripada pusat. Bumbung dibahagikan kepada tiga lingkaran: mayat lelaki disusun di sekitar lingkaran luar, wanita di dalam lingkaran kedua, dan anak-anak di lingkaran tengah. Apabila tulang telah dilunturkan oleh matahari dan angin setelah lebih kurang setahun, bangkai dikumpulkan ke dalam lubang mayat di pusat menara, lalu tulang-temulang tersebut dihancurkan dengan kapur. Manakala saki-baki, dengan air hujan, lalui beberapa penapis arang batu dan pasir dan akhirnya terlepas ke laut. Kawasan upacara ini hanya boleh dimasuki oleh sesebuah pangkat pengusung mayat, yang dipanggil nusessalar, singkatan 'nasa.salar', bermaksud 'pengendali' (-salar) dan 'cemaran' (nasa-).

Zaman kini

sunting

Di Iran

sunting
 
Menara bungkam berdekatan Yazd, Iran. Binaan ini tidak lagi digunakan.
 
Gambar awal abad ke-20 menara bungkam Iran.

Dalam tradisi Majusi Iran, menara-menara bungkam dibina di atas bukit atau gunung rendah di padang pasir, jauh dari kawasan penduduk. Pada awal abad ke-20, penganut Majusi Iran sedikit demi sedikit berhenti menggunakan menara bungkam dan mula memilih pengebumian atau pembakaran mayat.

Hal ini dipercepatkan dengan tiga perkara: masalah pertama timbul dengan penubuhan sekolah perubatan Dar ul-Funun. Oleh kerana Islam menganggap pembedahan mayat yang tidak bersebab munasabah sebagai sejenis pencacatan mayat, dengan itu melarangnya, tidak ada mayat untuk kajian yang tersedia melalui saluran rasmi. Menara bungkam berulang kali dipecah masuk, dan menyebabkan kebingungan dan penghinaan terhadap masyarakat Majusi. Kedua, walaupun menara telah dibina jauh dari kawasan penduduk, perkembangan kota menyebabkan menara berada dalam sempadan bandar. Akhir sekali, ramai kaum Majusi menganggap sistem menara bungkam sebagai sistem yang lapuk. Berikutan rundingan antara masyarakat anjuman Yazd, Kerman, dan Teheran, Teheran mendapat sokongan majoriti dan mendirikan sebuah tapak perkuburan kira-kira 10 km dari Teheran di Ghassr-e Firouzeh (Istana Firouzeh). Tapak perkuburan diletakkan batu dan diplasterkan dengan simen untuk elak mayat bersentuhan dengan bumi. Di Yazd dan Kerman, juga dengan tanah perkuburan, Majusi ortodoks terus menjaga menara bungkam sehingga tahun 1970 apabila upacara mendedahkan mayat dilarang oleh undang-undang.

Di India

sunting
 
Ukiran abad ke-19, menara bungkam Majusi di Mumbai.

Selepas perkembangan bandar-bandar India, menara tersebut berada di dalam atau berhampiran kawasan penduduk, tetapi terpisah dari manusia dengan taman-taman atau hutan. Dalam tradisi Majusi Parsi, pendedahan mayat juga dianggap sebagai amalan terakhir, kerana memberi burung pebangkai makan mayatnya.

Pada akhir abad ke-20 dan awal abad ke-21, populasi burung pemangsa di Asia Selatan menurun (lihat krisis burung hering India), sebanyak 99.9% pada tahun 2008, terutamanya kerana keracunan diklofenak terhadap burung selepas kewujudan bahan tersebut untuk ternakan pada 1990-an,[8] sehinggalah ia diharamkan untuk ternakan oleh kerajaan India pada tahun 2006. Beberapa burung yang masih hidup selalunya tidak dapat makan bangkai sepenuhnya.[9] Pada tahun 2001, masyarakat Parsi di India pertimbangkan pembiakbakaan kurungan (captive breeding) burung hering dan penggunaan "penumpu cahaya suria" untuk mempercepatkan peleraian mayat.[10] Ada yang terpaksa menggunakan pengebumian, kerana penumpu suria hanya berfungsi semasa cuaca cerah. Burung hering digunakan untuk melupuskan mayat dalam beberapa minit, dan tiada kaedah lain dibuktikan berkesan.

Hak untuk menggunakan menara bungkam ialah isu yang banyak diperbahaskan di kalangan masyarakat Parsi (lihat Parsi untuk maklumat lanjut). Binaan jenis ini biasanya dijaga oleh para anjuman, persatuan-persatuan Majusi tempatan yang amat konservatif (biasanya mempunyai lima pendeta pada sembilan anggota dewan). Selaras dengan undang-undang India, persatuan ini mempunyai kuasa domestik atas harta amanah dan mempunyai hak untuk memberi atau menyekat individu daripada masuk dan mengguna, dengan syarat bahawa persatuan harus kerap melarang ia digunakan oleh "anak kacukan", di mana satu orang induk adalah seorang Parsi dan yang lain bukan.

sunting

Kugiran Twenty One Pilots memokokkan album LP kelima mereka Trench pada sebuah kota rekaan bernama "Dema", yang diberdasarkan sebuah dakhma. Persamaan antaranya ialah kedua-dua mempunyai burung hering, bangkai (tulang rangka) dan kota tersebut yang berupakan sebuah menara bungkam, tambahan pula nama album tersebut dinamakan sempena kaedah awal kaum Majusi lupuskan mayat, dengan menggunakan parit, "Trench". Kugiran tersebut juga mengambil foto-foto dalaman menara bungkam dan gunakannya dalam laman sesawang dipenuhi kod rahsia dan maklumat terselirat, di mana peminat turut serta untuk merungkaikan misteri album ini.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Boyce, Mary (1979), Zoroastrians: Their Religious Beliefs and Practices [Majusi, Pegangan dan Pengamalan Mereka], London: Routledge, m.s. 156–162
  2. ^ a b c d e f g Stausberg, Michael (2004), "Bestattungsanlagen" [Peralatan Pengebumian], Die Religion Zarathushtras [Agama Majusi], 3, Stuttgart: Kohlhammer, m.s. 204–245
  3. ^ Brodd, Jefferey (2003). World Religions. Winona, MN: Saint Mary's Press. ISBN 978-0-88489-725-5.
  4. ^ Modi, Jivanji Jamshedji Modi (1928), The Funeral Ceremonies of the Parsees, Anthropological Society of Bombay
  5. ^ Falk, Harry (1989), "Soma I and II" [Soma I dan II], Bulletin of the School of Oriental and African Studies [Buletin Sekolah Pengajian Asia Timur dan Afrika] (BSOAS), 52 (1): 77–90, https://doi.org/10.1017%2Fs0041977x00023077
  6. ^ "HERODOTUS iii. DEFINING THE PERSIANS – Encyclopaedia Iranica" [HERODOTUS iii. MENAKRIFKAN ORANG PARSI] (dalam bahasa Inggeris). Iranicaonline.org. Dicapai 24 Januari 2019.
  7. ^ a b Encyclopaedia Iranica, disunting oleh Ehsan Yar-Shater, Routledge & Kegan Paul Jilid 6, Bhg. 1-3, m.s. 281a
  8. ^ Tait, Malcolm (January 10, 2004), India's vulture population is facing catastrophic collapse and with it the sacrosanct corporeal passing of the Parsi dead [Bilangan hering di India menjunam bersama-sama dengan upacara pelupusan mayat Parsi], London: The Ecologist, diarkibkan daripada asal pada September 27, 2007
  9. ^ Swan, Gerry; et al. (2006), "Removing the threat of diclofenac to critically endangered Asian vultures" [Menyingkir ancaman diklofenak terhadap hering Asian yang hampir pupus], PLoS Biology, 4 (3): e66, doi:10.1371/journal.pbio.0040066, PMC 1351921, PMID 16435886
  10. ^ Srivastava, Sanjeev (18 Julai 2001), "Parsis turn to solar power [Parsi akan mula gunakan kuasa suria]", BBC News South Asia

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Boyce_RBP" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Stausberg" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Bacaan lanjut

sunting
  • Vendidad Fargard 5, Hukum Kesucian, diterjemahkan oleh James Darmesteter ke bahasa Inggeris.
  • Petikan daripada:
    • Wadia, Azmi (2002), "Evolution of the Towers of Silence and their Significance" [Perkembangan Menara Bungkam dan Kepentingannya], dalam Godrej, Pheroza J.; Mistree, Firoza Punthakey (eds.), A Zoroastrian Tapestry [Sekajang Dewangga Majusi], New York: Mapin.
    • Kotwal, Firoze M.; Mistree, Khojeste P. (2002), "Protecting the Physical World" [Melindungi Dunia Zahir], dalam Godrej, Pheroza J.; Mistree, Firoza Punthakey (eds.), A Zoroastrian Tapestry [Sekajang Dewangga Majusi], New York: Mapin, m.s. 337–365.
  • Lucarelli, Fosco "Towers of Silence: Zoroastrian Architectures for the Ritual of Death" [Menara-menara Bungkam: Seni Binaan Majusi Demi Upacara Kematian], "Socks-Studio", 9 Februari 2012.
  • Harris, Gardiner "Giving New Life to Vultures to Restore a Human Ritual of Death" [Memberikan Hidup Baharu kepada Burung Hering untuk Pulihkan Upacara Kematian Manusiawi], "The New York Times", 29 November 2012.