Mogok lapar Pakatan Rakyat

Mogok lapar Pakatan Rakyat dilancarkan pada 26 Mei 2009 bagi mendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak. Ia dilancarkan di kawasan lapang Wisma DAP, Ipoh dan tamat di di pejabat PAS Ipoh . Perhimpunan tanpa permit ini turut disertai bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Kebanyakan mereka memakai baju T berwarna hitam dan lilit kepala bertulis 'Bubar DUN'. Perasmian mogok lapar 72 jam (3 hari)[1]

Mogok lapar bagi dilaksanakan oleh bukan Islam. Ahmad Awang menyatakan hari ini 1 Jamadil Akhir. Menurut takwim hijrah, dari 1 hingga 3 hari bulan, orang Islam memang sunat berpuasa. Islam menggalakkan puasa sunat sebelum memohon sebarang hajat yang besar.[perlu rujukan] Doktor disediakan bagi mengelak sebarang kejadian buruk. Datuk Noh Gadut tokoh agama dari Johor menyatakan mogok lapar bertentangan dengan al-Quran.[2][3]

TahananSunting

Pada 26 Mei 2009, Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah 19 ditahan untuk siasatan di ibu pejabat polis kontinjen Perak sebelum dibawa kepada Pendakwa Raya. Mereka cuba berarak berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan. Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis. 50 anggota polis termasuk yang berpakaian biasa dan pasukan pencegah rusuhan berlegar di luar Wisma DAP.

5 ditahan itu termasuk 3 pekerja asing dari Myanmar berumur antara 20-28 tahun kerana sedang memasang khemah dan alat siar raya bagi menjayakan kempen mogok lapar diluar Wisma DAP. Polis merampas satu belon udara besar dengan tulisan "Bubar DUN" dan "Daulat Tuanku" dalam tiga bahasa yang turut dipasang di luar Wisma DAP itu. Lima yang ditahan itu akan disiasat dibawah Seksyen 41 Akta Hasutan iaitu denda tidak melebihi RM5,000, penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

14 orang itu disiasat mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis dan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 dan penjara tidak melebihi setahun, jika disabitkan.Antaranya ialah ahli Parlimen Ipoh Barat, M.Kulasegaran, V. Sivakumar, Keshvinder Singh (Malim Nawar), Thomas Su (Pasir Pinji), Lim Pek Har (Menglembu) dan Leong Mee Meng (Jalong).Semuanya daripada parti DAP. Lain-lain ialah Chang Lih Kang (Teja) dan Chan Ming Kai (Simpang Pulai) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana enggan bersurai walaupun setelah diberi amaran beberapa kali oleh polis. Semua dibebaskan pada petang Selasa 26 Mei 2009.[4]

RujukanSunting