Mohd Ghazali bin Che Mat

Jeneral (Bersara) Tan Sri Dato' Seri Panglima (Dr.) Mohd Ghazali bin Che Mat (17 Disember 1931 – 7 Julai 2021) ialah seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari Lenggong, Perak. Beliau merupakan mantan Panglima Angkatan Tentera (PAT) Malaysia yang ke-8 dan mantan Panglima Tentera Darat (PTD) Malaysia yang ke-9.


Mohd Ghazali Che Mat

Panglima Angkatan Tentera ke-8
Dalam jawatan
1 November 1985 – 5 Oktober 1987
Yang di-Pertuan AgongSultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail
Didahului olehJeneral Tan Sri Dato' Mohd Ghazali Mohd Seth
Digantikan olehJeneral Tan Sri Dato' Seri Mohamed Hashim bin Mohd Ali
Panglima Tentera Darat ke-9
Dalam jawatan
17 Januari 1984 – 30 Oktober 1985
Yang di-Pertuan AgongSultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail
Didahului olehJeneral Tan Sri Dato' Zain Hashim
Digantikan olehJeneral Tan Sri Dato' Seri Mohamed Hashim bin Mohd Ali
Butiran peribadi
Lahir(1931-12-17)17 Disember 1931
Lenggong, Hulu Perak, Perak, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, British Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia7 Julai 2021(2021-07-07) (umur 89)
Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Bukit Permai, Taman Perumahan AU, Kuala Lumpur
Kerakyatan Malaysia
PasanganRaja Hanizah Raja Ahmad (k. 1960; c. 1968)
Nahariah Hussain (k. 1973; m. 1985)
Junaidah Mohd Said (m. 2011)
Alma materAkademi Tentera Diraja Sandhurst
Anugerah awamMY Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara (Defender of the Realm)- PMN.svg Panglima Mangku Negara (PMN)
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Malaysia
Yang di-Pertuan Agong
Perkhidmatan/
cawangan
Bendera Tentera Darat Malaysia Tentera Darat Malaysia
Tahun perkhidmatan1954–1987
PangkatMalaysia-army-OF-9.svg Jeneral
Perkhidmatan
Military awardsOrder of Military Service (BAT).gif Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT)

Dalam pertempuran yang berlangsung pada 13 Nov 1957, Platun 1 Kompeni A, 2 RAMD di bawah pimpinan Ghazali bertembung dengan salah satu kumpulan yang dikenali sebagai 37/39 Platun Pembebasan dari Rejimen Ke-5 PKM.

Semasa mendaki bukit untuk merapati kedudukan musuh, mereka ditembak bertubi-tubi dari atas bukit. Menyedari keadaan bahawa anggota-anggota tidak dapat membalas tembakan, Leftenan Ghazali dan seorang anggotanya bernama Prebet Hassan Selati menyerbu ke arah musuh sambil melepaskan tembakan.

Tindakan nekad dan berani tersebut mengejutkan musuh dan memaksa mereka berundur. Dalam pertempuran ini, dua orang pengganas komunis berjaya dibunuh.

Rentetan daripada peristiwa berdarah itu, beliau telah dikurniakan pingat Panglima Gagah Berani (PGB) pada 31 Ogos 1958, iaitu sempena ulangtahun pertama Hari Merdeka di atas keberaniannya semasa pertempuran antara Platun 1 Kompeni A, 2 RAMD yang dipimpin oleh beliau ketika menentang kumpulan pengganas 37/39 Platun Pembebasan dari Rejimen Ke-5 PKM.

Beberapa tahun kemudian, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Panglima Tentera Darat untuk tempoh setahun dari 1984 hingga tahun 1985, beliau hanya bersara dalam karier ketenteraanya sebagai Panglima Angkatan Tentera di mana beliau berkhidmat dalam pangkat tertinggi itu dari tahun 1985 hingga 1987, iaitu usia persaraan wajib beliau secara pilihan pada usia 56 tahun (ketika itu beliau hanya berumur 55 tahun 10 bulan semasa persaraanya, dua bulan sebelum ulangtahun kelahirannya ke-56 pada bulan Disember tahun itu).

Selepas sahaja bersara, beliau telah menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah sebuah syarikat GLC di bawah naungan Kementerian Pertahanan Malaysia melalui badan berkanunnya, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, iaitu Boustead Holdings Berhad sehingga tahun 2019.

RujukanSunting