Mohd Mazri Yahya

doktor pakar dan ahli politik Malaysia

Dr. Mohd Mazri Yahya adalah seorang pegawai perubatan, aktivis kemasyarakatan dan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor[1]. Beliau juga merupakan AJK Perikatan Nasional negeri Johor[2]. Dalam organisasi masyarakat, beliau merupakan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah Negeri Johor[3].

Dr.

Mohd Mazri Yahya

KMN; MD
Ahli Jawatankuasa
Parti Perikatan Nasional
Johor
Memegang jawatan
15 Januari 2021
Butiran peribadi
LahirMohd Mazri bin Yahya
Johor Bahru, Johor
Parti politik PAS
PasanganKelantan Dr. Rosilawati Mohd Noor
PekerjaanAhli politik
ProfesionDoktor

Latar belakang sunting

Beliau menamatkan pengajian dari Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1994, dan menyambung pengajian pascasiswazah sebagai Sarjana dalam Pembedahan dari tahun 1997 hingga 2001 di Universiti yang sama. Beliau menamatkan kursus latihan berstruktur 4 tahun dengan pelbagai posisi. Beliau menamatkan latihan Kepakaran Khusus dalam Pembedahan Vascular & Endovascular di Jabatan Pembedahan Hospital Kuala Lumpur dan diikuti tawaran kerja setahun di Jabatan Pembedahan Vaskular, Hospital Diraja Perth sebagai Pendaftar Kanan[4].

Pendidikan sunting

  • Master of Surgery (MS), 2001, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Medical Degree. (M.D), 1994, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • B.Sc. in Medicine,1992, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Darjah kebesaran sunting

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ https://malaysiagazette.com/2019/11/04/kalau-pas-boleh-terima-calon-mca-tiada-sebab-pengundi-perlu-tolak-jeck-seng/
  2. ^ Muhamad Aimy Ahmad (15 Januari 2021). "PN Johor lantik Pesuruhjaya Pas sebagai Naib Pengerusi". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-15. Dicapai pada 15 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ https://malaysiagazette.com/2018/11/25/peluang-kedua-kepada-waytha-moorthy-tidak-boleh-diterima/
  4. ^ https://www.kpjpgsh.com/Drmazri
  5. ^ "Senarai nama penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2021 - Kesatria Mangku Negara" (PDF). Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa. 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.