Mozek [mo-zék; Mal., Sin., pinjaman Bahasa Inggeris: mosaic] atau mozaik [mo-zaik; Ind., pinjaman Bahasa Belanda: mozaïek] ialah susunan kepingan kecil seperti jubin kaca atau batu berbilang warna membentuk corak.

Susunan corak mozek petak zaman Empayar Rom di Vichten, Luxembourg.

PeristilahanSunting

Kedua-dua "mozek" dan "mozaik" berakar daripada istilah Bahasa Itali: mosaico yang berakar daripada istilah Bahasa Yunani: μουσεῖος, translit. mouseios yang bermaksud "kepunyaan Mousai" yakni dewi-dewi ketamadunan dan seni dalam kepercayaan masyarakat Yunani Purba. Jubin kecil yang membentuk susunan seni ini lebh dipanggil "tessera".

Cara pembuatanSunting

Terdapat dua cara menghasilkan karya mozek:

  • Secara langsung: tessera dilekatkan terus pada permukaan asas yang utuh (cenderung berdimensi dalam seperti pasu atau tiang)
  • Secara tidak langsung: tessera dilekatkan secara tersusun pada kertas sokongan menggunakan pelekat berasaskan air sebelum dipindahkan ke permukaan sasaran untuk ditampal dengan simen, kertas sokongan ini kemudiannya dibasahkan agar mudah ditanggal.

Galeri contohSunting

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting