Mr. Bean

Mr. Bean ialah siri komedi televisyen British yang dilakoni oleh Rowan Atkinson. Siri yang mempunyai 14 buah episod ini ditulis oleh Atkinson, Robin Driscoll, Richard Curtis dan Ben Elton. Episod pertama siri ini ditayangkan pada 1 Januari 1990 dengan episod terakhirnya, "Goodnight, Mr. Bean", ditayangkan pada 31 Oktober 1995.

Mr. Bean
GenreSitkom
Pencipta
Ditulis oleh
Pengarah
Dibintangi oleh
Rowan Atkinson
PenggubahHoward Goodall
Negara asalUnited Kingdom
BahasaInggeris
Bilangan episod15 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifPeter Bennett-Jones
Penerbit
  • John Howard Davies (Episod 1 – 3)
  • Sue Vertue (Episod 4 – 9, 12 – 15)
  • Peter Bennett-Jones (Episod 10 – 11 dan 15)
Tempoh siaran29 minit
Syarikat penerbitan
Tiger Aspect Productions
Syarikat pengedaran
Penyiaran
Saluran asalITV:
Format gambar
  • 576i (4:3 SDTV)
Format audio
  • Stereo
Siaran asal1 Januari 1990 (1990-01-01)[1] – 15 Disember 1995 (1995-12-15)
Kronologi
Diikuti olehBean: The Ultimate Disaster Movie
Pautan luar
Laman sesawang

Watak-watakSunting

Mr. BeanSunting

Watak ini yang dimainkan oleh Atkinson ialah seorang yang mementingkan dirinya sendiri, kadangkala tidak begitu cerdik, dan si dungu yang disukai masyarakat. Watak ini sentiasa terlibat dalam situasi yang menyeronokkan disebabkan "kepelbagaian" muslihat dan tingkah lakunya. Rancangan ini menumpukan terhadap komedi secara fizikal, bermaksud dialog yang dituturkan amat sedikit. Ia menampilkan Mr. Bean cuba untuk melakukan yang secara normalnya merupakan satu aktiviti mudah. Contohnya; berenang, mengubah suai rumah, ataupun menyediakan masakan malam. Salah satu aksinya yang amat terkenal dan disukai ramai ialah menyumbatkan kepalanya ke dalam ayam belanda. Sitkom popular Amerika Syarikat, "Friends" kemudiannya mengulangi lawak yang sama. Humor yang menyebabkan kita merasa untuk ketawa adalah disebabkan keupayaan menggunakan cara-cara pelik untuk menyelesaikan masalah.

Terdapat banyak debat tentang Mr. Bean, sama ada beliau ialah seorang manusia luar biasa ataupun beliau seorang makhluk asing. Pada permulaan episod 2 dan seterusnya, Mr. Bean jatuh daripada langit melalui satu cahaya. Dalam filem "Bean: The Ultimate Disaster Movie", Mr. Bean menunjukkan kepada seorang kanak-kanak lelaki yang dia boleh menggerakkkan telinganya tanpa menggunakan tangannya. Perkara-perkara seperti ini menyebabkan ramai orang percaya bahawa Mr. Bean ialah spesis makhluk asing.

Walau apa pun, satu perkara adalah pasti: Mr. Bean hidup bersendirian di dalam dunia ini dan kadang kala bersikap kebudak-budakan.

Watak lainSunting

 
Mr. Bean dan Teddy

Mr. Bean adalah satu-satunya watak di dalam program ini (kecuali Teddy, patung beruang kegemarannya). Watak-watak lain yang muncul sekadar sebahagian daripada jenakanya, dan selain Mr. Bean cuma terdapat dua watak sampingan iaitu; "teman wanitanya" Irma Gobb (dilakonkan oleh Matilda Ziegler) dan Mr. Sprout, yang selalu kelihatan di dalam kereta Reliant Regal Supervan III yang berwarna biru, (yang selalunya akan terbalik, dilanggar dll). Walau bagaimanapun Angus Deayton selalu akan kelihatan di samping Atkinson sebagai watak sampingan yang melakonkan watak-watak secara rawak.

 
Kereta mini Mr. Bean.

Kereta mini Mr. Bean, juga boleh dikatakan satu watak utama. Pada mulanya, kereta mini berwarna jingga ialah kereta kegemaran Mr. Bean, tetapi kereta ini mengalami kemalangan pada pengakhiran episod pertama. Mulai saat itu, kereta mini itu berwarna hijau dengan bonet berwarna hitam. Ia muncul pada episod "The Curse of Mr. Bean". Mr. Bean menggunakan mangga sebagai kunci kereta daripada menggunakan secara normalnya kunci kereta biasa. Kereta mini itu menjadi tumpuan dalam beberapa aksi (contohnya; Mr. Bean memakai baju di dalam kereta tersebut semasa sedang memandunya). Kereta itu dihancurkan oleh sebuah kereta kebal dalam episod "Back to School Mr. Bean", tetapi kembali semula dalam episod yang seterusnya.

Teori Makhluk AsingSunting

Lagu tema rancangan ini memperlihatkan Mr. Bean jatuh dari langit melalui satu gelung cahaya. Terdapat teori yang mengatakan bahawa Mr. Bean ialah makhluk asing dan ada juga yang mengatakan Mr. Bean seorang pari-pari yang diperturunkan ke Bumi.

Walau bagaimanapun, penerbit rancangan ini mendakwa ini adalah untuk menunjukkan statusnya sebagai seorang insan biasa yang diberi peluang mencari kemasyhuran.

MuzikSunting

Muzik tema rancangan ini ditulis oleh Howard Goodall dan dinyanyikan oleh Kumpulan Koir Southwark Cathedral. Perkataan yang dinyanyikan adalah dalam Bahasa Latin:

  • Ecce homo qui est faba – "Lihatlah si insan dungu" (dinyanyikan pada permulaan)
  • Finis partis primae – "Tamat bahagian pertama" (dinyanyikan sebelum iklan)
  • Pars secunda – "Bahagian Kedua" (dinyanyikan selepas iklan)
  • Vale homo qui es faba – "Selamat tinggal, insan dungu" (dinyanyikan pada akhir rancangan)

EpisodSunting

 
Mr. Bean dalam Back to School Mr. Bean.

Kesemua 15 episod Mr. Bean dihasilkan oleh Tiger Aspect Productions. Selain itu, watak itu telah digunakan dalam sketsa-sketsa kendiri, penampilan tetamu dan iklan televisyen di United Kingdom.

Episod keempat belas, "Hair by Mr. Bean of London", pada asalnya dikeluarkan sebagai VHS eksklusif langsung ke video pada tahun 1995, dan tidak disiarkan di televisyen sehingga 25 Ogos 2006 pada Nickelodeon.[2]

Penerbitan dan penyiaranSunting

Program ini diterbitkan oleh Tiger Television, kemudian dinamakan Tiger Aspect (syarikat yang Atkinson menjadi rakan kongsi), untuk Thames Television dan disiarkan oleh ITV. Di Malaysia, rancangan ini disiarkan oleh TV3, NTV7, TV9 dan Disney Channel Malaysia.

Pemadanan filem BeanSunting

Rancangan Mr. Bean versi filem ini diarahkan oleh Mel Smith, Bean (juga dikenali sebagai Bean: The Ultimate Disaster Movie) diterbitkan pada tahun 1997. Mr. Bean ialah seorang penjaga galeri seni di London yang tidak boleh diharapkan. Disebsbkan itu, dia dihantar ke sebuah galeri seni di California, Amerika Syarikat dengan gelaran Dr. Bean dan membantu pihak sana menguruskan lukisan yang dibawa kembali iaitu lukisan berharga hasil warga Amerika, "Whistler's Mother".

Mr. Bean bukannya satu-satu daya penarik dalam filem ini, tetapi keluarga yang menjadi tempat tumpangnya juga menjadi tumpuan tarikan dengan berkisarkan kepada masalah sosial keluarga di Amerika.

KritikanSunting

Kebanyakkan peminat siri asli rancangan ini merasa amat kecewa dengan format yang ditampilkan. Walau bagaimanapun, keuntungan yang dicapai hasil daripada tayangan di serata dunia mencecah USD $230 juta sedangkan bajet filem ini hanya $22 juta.

SekuelSunting

Satu berita yang diterima pada bulan Mac 2005 bahawa sebuah filem Bean baru bakal dalam perancangan. Filem itu akan digelar "Bean 2". Pada bulan Mac 2007, filem tersebut diterbitkan dengan nama Mr. Bean's Holiday. Filem tersebut merupakan cerita terakhir Mr. Bean.


Siri animasi BeanSunting

 
Cerita animasi Mr. Bean

Watak ini dihidupkan semula pada tahun 2002 menerusi siri animasi, "Mr. Bean" yang mempunyai konsep yang sama seperti rancangan asalnya. Rancangan ini tidak mendapat sambutan bagi penonton dewasa kerana mereka berpendapat ia lebih sesuai ditonton oleh kanak-kanak.

Suara Mr. Bean dan aksi animasi Bean dilakukan oleh Rowan Atkinson sendiri. Suara bagi watak-watak lain disumbangkan oleh Jon Glover, Rupert Degas, Gary Martin dan Lorelei King

Senarai episod siri animasiSunting

  1. In the Wild / Missing Teddy
  2. No Parking / Bean's Bounty
  3. Artful Bean / The Fly
  4. Mime Games / Spring Clean
  5. No Pets / Ray of Sunshine
  6. Roadworks / Sofa
  7. Camping / Chocks Away
  8. In the Pink / Dinner for Two
  9. Treasure / Homeless
  10. Super Trolley / Magpie
  11. Hot Date / Wanted
  12. The Ball / Toothache
  13. Haircut / Neighbourly Bean
  14. Art Thief / Scaredy Bean
  15. A Royal Makeover / Super Marrow
  16. Car Trouble / Restaurant
  17. Gadget Kid / Visitor
  18. Nurse! / Dead Cat
  19. Cat Sitting / The Bottle
  20. Birthday Bear / The Mole
  21. Royal Bean / Young Bean
  22. Hopping Mad / A Grand Invitation
  23. Big TV / Keyboard Capers
  24. Goldfish / Inventor
  25. A Running Battle / Egg and Bean
  26. Bean in Love / Double Trouble

PenyiaranSunting

Siri animasi "Mr. Bean" pertama kali ditayangkan di ITV. Ia sekarang ditayangkan di Nickelodeon dan NickToons TV (Amerika Syarikat), CBC (Kanada), ABS-CBN (Filipina), RTÉ Two (Ireland), ntv7 (Malaysia), ABC (Australia), SCTV (Indonesia), Padjajaran TV (Indonesia) dan sebagainya.

RujukanSunting

  1. ^ "Mr Bean — Timeline". Tiger Aspect Productions Ltd. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Disember 2013. Dicapai pada 8 Februari 2014.
  2. ^ "Mr. Bean – Episode Guides – Series 1 – Episode 14". British Comedy Guide. Dicapai pada 28 Februari 2013.

Pautan luarSunting