Muhamad Arafat Varisai Mahamad

YB Muhamad Arafat Varisai Mahamad adalah merupakan Ahli Dewan Negeri Perak untuk Hulu Kinta yang memenangi Pilihan raya umum Malaysia 2018 lalu.

YB Tuan

Muhamad Arafat Varisai Mahamad

Ahli Dewan Negeri
முஹம்மது அராபத் வாரிசை மஹமத்
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Hulu Kinta
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Dalam jawatan
3 Julai 2018 – 17 Oktober 2022
Didahului oleh Aminuddin Md Hanafiah
Ketua PKR Cabang Tambun
Memegang jawatan
2022
Butiran peribadi
Parti politik PKR
PekerjaanAhli politik
ProfesionBusiness

Pada PRU 15 beliau memenangi semula di DUN N24 Hulu Kinta bagi penggal kedua dengan majoriti bertambah berbanding 2018 walaupun ombak parti Perikatan Nasional melanda negeri Perak dalam PRU 15

Beliau menjadi Ahli Dewan Negeri dalam kawasan Parlimen YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan Ahli Perlimen Tambun

Pada PRU 15 majoriti Arafat lebih tinggi daripada majoriti ahli Parlimen Tambun YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim

Calon DUN Manjoi (salah satu DUN bawah Parlimen Tambun) yang merupakan penyandang ADUN Manjoi ketika PRU 15 Dato Asmuni Awi dari PH telah tewas dengan lebih 6 ribu undi kepada calon PN tetapi majoriti Arafat bertambah pada PRU 15 yang menafikan segala bacaan analisa serta laporan-laporan dari pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan yang menyatakan beliau akan kalah dalam PRU 15


[1] Beliau menyandang beberapa jawatan dalam politik antaranya sebagai ketua bahagian Tambun sejak tahun 2014 hingga kini , Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat negeri Perak 2018-2022 , Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak 2022-kini , Ahli Majlis Pakatan Harapan Negeri Perak 2022-kini, Ketua Unit Logistik Jabatan Pilihan Raya Pusat dan lain-lain

Beliau dalam beberapa Jawatan GLC dan Syarikat Berhad antaranya Lembaga MajuPerak Berhad 2018-2021 ,Lembaga Perak Agro Aquaculture anak syarikat State Agriculture Development Corporation (SADC), Pengerusi Handal Energy Berhad dan lain-lain

Beliau seorang yang lantang bersuara mengenai isu-isu melibatkan rakyat. Beliau terkenal dengan cara tersendiri dalam sidang Dewan Negeri Perak ketika berhujah dan menyampaikan perbahasan dan telah membuktikan kebolehan berhujah tanpa menggunakan teks ucapan juga terkenal dengan cara mematahkan serangan pembangkang ketika beliau dalam blok kerajaan dan mematahkan memontem wakil rakyat kerajaan ketika beliau dalam blok pembangkang dalam sidang Dewan Negeri

Suara yang jelas,bahasa Perak yang pekat dan cara penyampaian perbahasan beliau menarik perhatian ramai serta menjadi peminat beliau termasuk kakitangan Kerajaan Perak.

Kerjaya sunting

  • Ahli politik

Jawatan dalam parti Peringkat Negeri dan Pusat :


  • Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak 2022-kini
  • Ketua Penerangan Keadilan Perak

2018-2022

  • Ketua PKR Bahagian Tambun

2014-Kini

  • Ahli Majlis Pakatan Harapan Negeri Perak
  • Ketua Unit Logistik Jabatan Pilihan Raya Pusat


Jawatan dalam Parti Peringkat Bahagian:

  • Ketua Cawangan KEADILAN Taman Chong Kwee 2001-2004
  • Ketua cawangan KEADILAN Kg Melayu Ulu Kinta 2005-2010
  • Bendahari Parti Keadilan Rakyat bahagian Tambun 2007-2010
  • Naib Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat Tambun 2010-2014 ( menang dalam pemilihan parti )
  • Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat Tambun 2014- Kini ( 10 Tahun )


Jawatan dalam agensi kerajaan dan Syarikat Berhad

  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinta
  • Lembaga MajuPerak Berhad
  • Lembaga Perak Agro Aquaculture Anak syarikat SADC
  • Pengerusi Handal Energy Berhad
  • Timbalan Penyelia DUN Hulu Kinta dilantik bawah kerajaan Pakatan Rakyat 2008-2009

Kontroversi sunting

Isu kenaikan harga ayam segar sunting

Pada 15 Disember 2021, Muhamad Arafat mencetuskan kontroversi pada sesi perbahasan bajet negeri untuk tahun 2022 apabila beliau membawa seekor ayam segar ke dalam bangunan DUN di Ipoh. Beliau amat geram terhadap Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Razman Zakaria (PAS-Gunung Semanggol) yang bersikap sambil lewa dalam menangani isu kenaikan harga barangan secara mendadak.

Menurutnya, beliau pergi sendiri ke kawasan Bukit Semanggol bagi membeli ayam segar mahal untuk membuktikan kepada Razman bahawa ini adalah sebuah "hadiah" kepadanya kerana tidak prihatin terhadap isu berkenaan sehingga memaksanya mengadakan mesyuarat dengan semua pengeluar dan pengedar daging sejuk beku.

Tindakannya itu mendapat perhatian serius Pengerusi DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Khalid yang menegurnya kerana melanggar peraturan DUN kerana membawa barang larangan ke dalam bangunan berkenaan. Akibatnya, keesokan harinya, Muhamad Arafat diarahkan untuk keluar dewan oleh Timbalan Speaker yang merupakan dari Parti PAS kerana masih beliau masih tidak berpuashati dengan jawapan EXCO yang tidak menyentuh penyelesaian kenaikan harga barangan khususnya harga ayam ketika itu .

Dalam sidang akhbar selepas pembantangan, beberapa wartawan menyoal tindakan Muhamad Arafat yang seolah-olah mahu "menyerang" Razman dan bukannya Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil, Abdul Yunus Jamhari (Bersatu-Kuala Kurau) berhubung tindakannya yang membawa ayam segar ke dalam dewan. Menurutnya, Abdul Yunus hanya berpengetahuan dalam isu kawalan harga barang manakala Razman lebih luas tahu tentang punca kenaikan harga barang tersebut yang bermula daripada peringkat ladang.

Arafat terima reaksi bercampur dari netizen tetapi sebahagian besar khususnya anak muda bersetuju dengan tindakan beliau kerana berani bersuara menyentuh kenaikan harga barang dengan cara berbeza

Rujukan sunting