Mustafa Yassin (1921-12 Oktober 1980) merupakan seorang pengarah hiasan Syarikat Filem Shaw Brothers/Malay Film Productions pada era 50an.

Mustafa Yassin
Kelahiran
Mustafa Hj Yassin

1921 (1921)
Kuta Raja, Bandar Aceh, Aceh, Hindia Belanda (Kini Indonesia)
Meninggal dunia12 Oktober 1980(1980-10-12) (umur 58–59)
Sebab kematianSakit di bahagian dada
Tempat ditanamPemakaman Pusara Aman, Singapura
PasanganKamariah
Anak-anakNur Yasly
Raziff
Mohd Rashid
Lukman
Abdul Razak
Mohd Nubil

Biografi sunting

Mustafa Yassin dilahirkan pada tahun 1921 di daerah Kuta Raja, Bandar Acheh, Acheh. Sejak zaman persekolahan beliau sudah cenderung ke arah seni lukisan. Mustafa Yassin meninggalkan kampung halamannya pada tahun 1942 berhijrah ke Singapura untuk mencari rezeki. Selama 12 tahun Mustafa Yassin menjadi pelukis jalanan di Kota Singa itu sebelum beliau berkhidmat di Studio Jalan Ampas pada tahun 1954 sebagai pelukis latar belakang. Antara filem awal yang mendapat sentuhan Mustafa Yassin adalah dua filem warna terbitan studio berkenaan iaitu Ribut dan Hang Tuah.[1]

Kerana kegigihan Mustafa Yassin dalam melaksanakan tanggungjawabnya beliau terus diangkat menjadi Art Director pada tahun 1956 di Jalan Ampas. Beliau juga mendapat kepercayaan P.Ramlee untuk mengendalikan jawatan berkenaan buat pertama kali melalui filem Pancha Delima.

Antara filem-filem lain yang mendapat sentuhan seni Mustafa Yassin seperti Bujang Lapok, Sumpah Orang Minyak, Sarjan Hassan, Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Musang Berjanggut, Isi Neraka, Dandan Setia dan beberapa lagi filem lain.

Tiga tahun kemudian dia diangkat menjadi pengarahnya hingga perusahaan filem Studio Jalan Ampas itu tutup pada November 1967. Beliau kemudian bekerja sendiri dengan membuka kedai nasi, disamping menulis skrip drama tv di masa lampaunya. Perniagaan itu dihentikan kerana tenaga tidak membenarkan. Dia kemudian membuka gerai di pasar makan Clementi.

Dalam lapangan drama pentas, Mustafa tidak pernah menolak bila diminta bantuannya, Tidak kira siapa yang menganjurkannya. Sejak pementasan Hujan Panas, anjuran Anglo Malay Evening School (1950), hinggalah ke Awang Kerambit dan Desa Ini Hatiku, bantuannya menjadi salah satu faktor kejayaannya. Kedua-dua drama itu dipentaskan oleh Perkumpulan Seni dan Sriwana untuk Pesta Drama Kementerian Kebudayaan. Beliau juga adalah salah seorang anggota pengasas Perkumpulan Seni, Angkatan Pelukis Aneka Daya (APAD), dan Persatuan Artis Malaya (Persama).

Beliau juga terkenal sebagai seorang penyair Angkatan '50 dengan nama penanya Musmardawati. Banyak karya sajaknya disiarkan dalam akhbar majalah Berita Mustika, Utusan Zaman, Mustika, Bintang, Melayu Raya dan Mutiara, Hiburan dan lain-lain lagi.

Walau Bagaimanapun, dia terus bergiat dalam seni dengan menulis skrip-skrip sandiwara radio, televisyen dan pentas, melukis dan menghias pentas-pentas sandiwara. Dia juga berniaga secara kecil-kecilan, menjual ubat-ubat, kain, kitab-kitab termasuk Alquran dan beberapa jenis barang lain, di sebuah gerai di pasar Queens Crescent. Beliau dan isterinya pernah menunaikan fardu haji pada tahun 1971,

Dia sering juga dipanggil oleh Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC) untuk menyolekkan para pelakon drama yang akhir sekali bagi siri Jejak Kembara yang disiarkan awal tahun 1980an. Dia juga telah dijanji untuk menyolekkan pelakon-pelakon dalam bangsawan Daeng Perkasa, Yang bakal dipentaskan oleh SBC pada 18 dan 19 Oktober 1980.[2]

Kematian sunting

Mustafa Yassin telah meninggal dunia pada 12 Oktober 1980 di rumahnya di Avenue 2, Clementi, Singapura pada usia 59 tahun, dia dikatakan mengadu sakit dada sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira 8.00 pagi di depan seorang balu, Kamariah dan keenam anaknya yaitu Nur Yasly, Raziff, Mohd Rashid, Lukman, Abdul Razak dan Mohd Nubil.

Isteri Mustafa Yassin, Kamariah berkata "Ketika itu kami anak-beranak sedang sarapan pagi. Tiba-tiba suami saya mengadu dadanya sakit. Kami terus membawa dia masuk ke bilik dan dia meninggal dunia tidak berapa lama selepas itu"

Jenazahnya selamat dikebumikan di Pusara Aman, Singapura diwaktu petang.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2024-04-28.
  2. ^ "NewspaperSG". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2024-04-28.
  3. ^ "NewspaperSG". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2024-04-28.