Muzium Tentera Darat

muzium di Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
(Dilencongkan dari Muzium Kor Armor Diraja)

Muzium Kor Armor Diraja di Kem Sunggala, Port Dickson.

Muzium Tentera Darat

Lokasi sunting

Muzium Kor Armor Diraja terletak di Kem Sunggala, Port Dickson, kira-kira 70 kilometer dari Kuala Lumpur. Perjalanan melalui Lebuh raya Utara Selatan dan susur keluar di Plaza Tol Port Dickson. Ia dibuka setiap hari pada waktu bekerja.

Muzium kecil di daerah terkenal itu sebenarnya terpencil, walaupun kedudukannya sangat strategik; betul-betul di tepi jalan dan sangat mudah dilawati.

Keistimewaan sunting

Muzium Kor Armor menyimpan catatan sejarah perkembangan rejimen perisai negara yang banyak berjasa kepada generasi hari ini. Rejimen Kor Armor adalah pasukan perisai tertua dalam pasukan infantri Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

1 September 1952 ditubuhkan Rejimen Persekutuan dan Rejimen Kereta .

1960 ditukar nama kepada Kor Peninjau Persekutuan.

1960- 1962 berkhidmat di Congo (Zaire) selama tiga tahun bermula 1960 hingga 1962.

Pada 16 September 1967 nama kor ditukar kepada Kor Peninjau Malaysia sempena penubuhan Malaysia pada tarikh keramat itu.

Mei 1979 tukar nama kepada Kor Peninjau Diraja pula dan Kor Kavalri Diraja (Disember 1979) 1986 kepada Kor Armor Diraja.

Memainkan peranan ketika zaman darurat, konfrontasi Malaysia-Indonesia dan tragedi berdarah 13 Mei 1969.

Dipamerkan gambar Kapten Rahman Mohamed yang dianugerahkan gelaran Perwira Darurat . Beliau membunuh 17 komunis dan menawan 10 lagi dalam Operasi Jalan Raja dari Tembirat ke Jemukan, Sarawak pada 1970.

Gambar penerima pingat Pahlawan Gagah Berani seperti Leftenan Salehudin, Lee Ah Pow, N H Siebel, Lans Koperal Choo Wah Soon, Kapten Maurice Shye, Sarjan Osman serta Perwira Konfrontasi, Leftenan Taip Sulaiman tergantung megah di dinding muzium.

Pelbagai peralatan komunikasi, pelbagai jenis pakaian tentera, termasuk pakaian istiadat serta pelbagai kelengkapan pakaian seperti lencana pangkat, butang kulit peninjau dan ‘chain mail’ iaitu lambang khas pasukan armor.

Di luar muzium, dua kereta perisai Cindai dan Bistari menunggu untuk ‘dicuba’. Duduk di bangku pemandu dalam kereta perisai yang penuh peralatan besi, rasa nafas seakan terhenti. Sempit dan sesak. Pandangan keluar pula hanya melalui tingkap kecil selebar tiga jari.

Setiap kali beroperasi, kereta perisai ini membawa 10 tentera, termasuk peluru dan senjata lain. Turut dipamerkan ialah kereta kebal yang ditemui di Semenyih, Selangor.