Nallakaruppan Solaimalai

Senator Tan Sri Dato' Sri Nallakaruppan a/l Solaimalai[1] (dikenali sebagai Datuk Seri Nalla) adalah ahli politik Malaysia yang juga Ahli Dewan Negara di bawah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Di peringkat akar umbi, beliau adalah pengarah dan presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) yang dulunya merupakan bekas Ketua Cabang PKR Kepong dan juga bekas timbalan ketua pemuda MIC. Beliau merupakan ahli perniagaan Malaysia yang berjaya, pernah menjadi pengarah perhubungan awam syarikat judi Magnum.

Politik sunting

Di dalam sekutu kerajaan, MIC sunting

Dia pernah menjadi timbalan ketua pemuda MIC sekitar 1980-an. Dia adalah sahabat rapat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga rakan karib bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.Dia bergiat dalam PKR pimpinan isteri Anwar - Presiden PKR , Datuk Seri [[Wan Azizah Wan Ismail Wan Azizah Ismail]] pada 2007 tetapi keluar parti pada 2008.

Berjuang di dalam PKR sunting

Nallakaruppan adalah bukan siapa2 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka tidak berkawan baik selama 30 tahun lebih.

Setelah sekian lama menyepikan diri selepas dikaitkan dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau muncul semula di persada politik Malaysia sebagai Ketua Bahagian PKR Kepong, Selangor. Beliau menyertai PKR pada 2006 kerana yakin dengan kewibawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semasa Pilihan Raya Kecil Ijok 2007 Nallakaruppan berjoget bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pentas kempen bagi memenangkan calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim. Bagaimanapun, Cikgu Parthiban dari Barisan Nasional-MIC menang.

Keluar PKR dan menubuhkan MIUP sunting

Beliau bertindak keluar dari PKR pada 25 Mei 2007. Beliau tidak dipilih sebagai calon PKR menentang calon Barisan Nasional yang juga India.

Akibat daripada itu, Nalla merasakan PKR tidak memperjuangkan nasib kaum India. Beliau tidak menyertai MIC atau IPF, sebaliknya menubuhkan parti baru iaitu MIUP. Sejak itu beliau menjelajah ke seluruh negara bagi menarik sokongan kaum India yang semakin tidak percaya kepada MIC.

Baginya PKR ditubuhkan adalah untuk memperjuangkan nasib dan masa depan politik penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. PKR mahu melihat Anwar menjadi Perdana Menteri satu hari nanti. PKR sanggup buat apa sahaja asalkan masa depan politik Anwar tidak terjejas. Anwar cuba memenangi hati masyarakat India dengan menjadi Sivaji the Boss iaitu filem Tamil yang memaparkan kehebatan heronya membantu masyarakat India.[2]

Dalam Pilihan Raya Umum ke-12 Datuk Nallakaruppan tidak bertanding kerana mahu menumpukan kepada kerja-kerja parti. Seramai 25,000 telah mendaftar sebagai ahli MIUP.


Dilantik menjadi Ahli Dewan Negara sunting

Pada 2 November 2011, Nalla mengejutkan ramai apabila dilantik sebagai Senator di Dewan Negara.[3]Dua senator baru yang lain ialah ketua pemuda MCA, Chiew Lian Keng dan bendahari MIC Datuk Jaspal Singh.

Isu dan kontroversi sunting

Memiliki peluru 125 butir sunting

Pada tahun 1998, Datuk Seri Nallakarupan telah ditangkap setelah memiliki 125 butir peluru hidup tanpa sah yang boleh membawa hukuman mati. Beliau terlupa tentang peluru tersebut yang telah disimpan di rumahnya di Bukit Tunku sejak 1986. Peluru itu ditemui ketika polis Bukit Aman menggeledah rumahnya.

Beliau disabitkan di bawah Akta Senjata Api 1971. Sepatutnya beliau didakwa di bawah ISA yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati. Afidavit kes Datuk Seri Nalla telah dikeluarkan / disiarkan oleh RTM, TV3 Berita Harian dan Utusan Malaysia secara besar-besaran sebelum kes Nalla itu dibawa ke mahkamah.[4] Pada mulanya beliau tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan. Tetapi kemudian Nalla telah mengaku bersalah dan dengan itu dihukum penjara 42 bulan.

Peguam Nalla, Manjeet Singh Dillon sebelum itu telah memohon kes Nalla dipindahkan dari ISA kepada Akta Senjata Api . Dengan itu Manjeet Singh Dillon memohon menjadi saksi dan tidak sebagai peguam bela. Balwant Singh Sidhu diminta bertindak sebagai peguambela sementara Ariffin Jaka bertindak sebagai hakim. [5] Secara perbandingan, Samsuri Welch Abdullah yang memiliki 2 pucuk pistol dan sejumlah besar peluru tidak didakwa di bawah ISA tetapi di bawah Akta Senjata Api 1960. Akta ISA boleh membawa hukuman mati. Sementara Akta Senjata Api 1960 hanya dipenjara.[6]

Affidavit Manjeet Singh Dillon telah digunakan oleh Zainur Zakaria sehingga menyebabkan Zainur Zakaria dijatuhi hukuman penjara 3 bulan.[7]


Sikap dan pandangan sunting

Sokongan terhadap Hindraf sunting

Beliau bersimpati terhadap pemimpin Hindraf tetapi demonstrasi jalanan adalah menyalahi undang-undang dan bukan budaya Malaysia.[8]

MIC masih bermakna sunting

Bagi Datuk Seri Nallakaruppan, MIC sebagai parti terbesar bagi masyarakat India di Malaysia tidak gagal menjalankan tanggungjawab parti. MIUP adalah pelengkap kepada masyarakat India. MIUP akan memohon menyertai Barisan Nasional. MIUP akan bekerjasama dengan MIC dan Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF).[9]


Rujukan sunting