Nasi Padang
Nasi Padang ialah nasi putih yang disajikan dengan pelbagai macam lauk pauk khas Indonesia. Nasi Padang merujuk pada Kota Padang, ibu bandar wilayah Sumatera Barat. Nasi Padang ialah sebuah hidangan yang disajikan secara lengkap secara bufet dengan daging, ikan, sayuran, dan makanan pedas dimakan dengan nasi putih, yang merupakan komoditi eksport paling terkenal dan masyarakat Minangkabau mempunyai sumbangan yang besar untuk masakan Indonesia.[1]
Restoran Padang ini biasanya mudah dibezakan dengan Rumah Gadang (atapnya yang lonjong dan melengkung) dan gaya tingkap tayang khasnya. Tingkap tayang Nasi Padang di hadapan restoran biasanya mempunyai pinggan dan mangkuk yang disusun dan diisi dengan pelbagai hidangan. Restoran Padang, terutamanya yang kecil atau menengah, biasanya memakai nama-nama dalam bahasa Minang.
Nasi Padang ialah bahagian yang tak terpisah dari kakitangan negara Indonesia ketika rehat makan tengah hari di daerah perbandaran. Apabila harga Nasi Padang di wilayah Jakarta dan sekitarnya dinaikkan pada tahun 2016, pegawai negeri awam Jakarta menuntut uang lauk pauk (elaun makan, sebagai komponen gaji mereka) turut dinaikkan juga.[2]
Nasi Padang yang disajikan di restoran Padang mudah ditemui di pelbagai bandar di Indonesia seperti di Sumatera, Jawa, Kalimantan, Sulawesi, Nusa Tenggara, dan Papua, ke negara-negara Malaysia dan Singapura, dan Australia kerana masyarakat Minangkabau mempunyai tradisi merantau yang memberikan sumbangan terhadap penyebaran perantau Minang yang jauh melampaui sempadan kampung halaman mereka di Sumatera Barat.[3] Berdasarkan CNN Travel, Nasi Padang yang tersenarai sebagai salah satu dari 40 makanan yang mana masyarakat Singapura tidak boleh hidup tanpanya.[4]
Penyajian
suntingTerdapat dua jenis penyajian di sesebuah restoran Padang, kaedah pesan dan kaedah hidang. Pesan ialah cara yang paling umum — biasanya dilakukan oleh seorang atau dua orang pelanggan — iaitu pelanggan memeriksa tingkap tayang dan memilih hidangan yang mereka inginkan untuk dimakan dengan memesannya kepada pelayan di hadapan dekat tingkap itu, dan hidangan segera disajikan. Hal ini biasanya umum dilakukan dalam skala kecil restoran Padang.
Di restoran Padang yang lebih besar, hidang meriah biasanya dilakukan. Jamuan berhidang paling sesuai untuk makan dalam kumpulan. Selepas pelanggan duduk, mereka tidak perlu memesan. Pelayan dengan pinggan di atas tangan mereka, akan segera menyajikan hidangan di atas meja. Meja dengan cepat akan diatur dengan puluhan pinggan kecil yang penuh dengan makanan seperti rendang daging lembu, kari ikan, sayuran rebus, cili, terung, kari hati lembu, babat, usus, atau tendon kaki, peparu lembu goreng, ayam goreng, dan tentu sahaja, sambal Indonesia. Sedozen pinggan ialah jumlah yang normal, dan ia boleh mencapai 14 hidangan atau lebih. Nasi Padang akan terdapat di meja secara bufet. Pelanggan hanya membayar apa yang mereka ambilan.[5]
Cara makan makanan di Minang secara umum adalah makan dengan satu tangan. Mereka biasanya memberikan semangkuk kecil yang berisi air dengan hirisan limau nipis di dalamnya untuk memberikan aroma segar. Air ini digunakan untuk mencuci tangan sebelum dan selepas makan. Jika pelanggan tidak ingin makan dengan tangan, pelanggan boleh meminta sudu dan garpu.
Rujukan
sunting- ^ "Padang's Feast Fit for a King". Eating Asia. 2006-07-10. Dicapai pada 2013-08-20.
- ^ "Gara-gara Nasi Padang, Belanja Negara Terpaksa Ditambah". Metro Batam (dalam bahasa Indonesian). 5 October 2016. More than one of
|work=
dan|newspaper=
specified (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)Lebih dari satu parameter|work=
dan|newspaper=
yang digunakan (bantuan)Pemeliharaan CS1: Bahasa yang tidak diketahui (link) - ^ "Nasi Padang, a Delightful Indonesian Fare". VisitSingapore. Dicapai pada 2013-08-20.
- ^ Catherine Ling (April 14, 2010). "40 Singapore foods we can't live without". CNN travel.
- ^ "A Unique of Padang". Padangbaycity.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-14. Dicapai pada 2010-09-22. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)
referensi kuliner nusantara