Noran Nordin (1947 – 22 November 2004) ialah seorang pelakon filem Melayu arahan P. Ramlee.

Noran Nordin
Kelahiran1947 (1947)
Meninggal dunia22 November 2004(2004-11-22) (umur 56–57)
Terengganu, Malaysia
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1966–1974
PasanganOsman Maulud

Diusia muda ini, bakatnya sudah dikesan oleh seniman agung P. Ramlee ketika melakukan pementasan drama di sebuah sekolah di Ampangan Negeri Sembilan.

Beliau terkenal sebagai watak 'LING' iaitu isteri Re dalam filem Do Re Mi (1966) dan juga isteri Ibrahim Din dalam Anak Bapak (1968) terlebih dahulu telah berlakon dalam beberapa buah filem sebelum itu. Noran Nordin dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan pada tahun 1947, mula bergerak aktif dalam bidang lakonan drama pentas diwaktu persekolahan beliau.

Ketika Noran baru berusia 14 tahun, P. Ramlee telah diundang sebagai juri dalam satu pementasan drama, beliau terpandang lakonan Noran ketika itu lantas tertarik hati dengan bakat yang ditunjukkan oleh Noran. Selepas itu P. Ramlee telah menawarkan Noran untuk ujibakat di Singapura tetapi terpaksa ditolak, kerana masih bersekolah.

Pada tahun 1965, Noran yang ketika itu berusia 18 tahun berhijrah ke Kuala Lumpur apabila ditawarkan watak tambahan oleh P. Ramlee dalam filem Masam-Masam Manis. Selepas itu, Noran Nordin terus ditawarkan untuk berlakon dalam filem Bumiputra (1965). Noran mula menjadi pelakon yang sering mumcul dalam filem filem keluaran Studio Merdeka.

Senarai filem lakonan beliau adalah:

1. Masam-Masam Manis (1965)

2. Bumiputra (1965)

3. Gadis Langkawi (1966)

4. Do Re Mi (1966)

5. Keluarga 69 (1967)

6. Anak Bapak (1968)

7. Lain Jalan Ka-Shorga (1968)

8. Gemiris (1968)

9. Kembang Layu (1968)

10. Dr. Rushdi (1970)

11. Perintah Seri Paduka (1970)

12. Dosa Remaja (1973)

13. Jantina (1974)

14. Mastura (1974)

Selain dari berlakon, Noran mempunyai bakat menyanyi. Pada hujung tahun 60an, Noran telah memasuki kugiran Dendang Remaja KL yang dipimpin oleh Osman Maulud. Kugiran ini kerap kali menjadi band undangan dalam beberapa buah filem di Studio Merdeka. Kalau dah jodoh tidak ke mana. Noran telah mendirikan rumahtangga dengan Osman Maulud dan mereka berhijrah ke Seberang Takir, Terengganu. Kedua suami isteri ini menetap di sana hingga ke akhir hayat mereka.

Noran Nordin meninggal dunia pada 22 November 2004 dalam usia 57 tahun. Semoga rohnya dicucuri rahmat. AL FATIHAH.

Teks: Mimin

Sumber:

Repair Gambar Lama

Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik

Berita Filem

Pautan luar sunting