Buka menu utama

Ibrahim Din

Pelakon dan pelawak Malaysia

Ibrahim Din (lahir di Kampung Baru, Kuala Lumpur, 1929-1996[1]) merupakan seorang pelakon filem Melayu, yang paling dikenali dengan memainkan watak Mi dalam trilogi Do Re Mi bersama P Ramlee dan AR Tompel.

Ibrahim Din
Ibrahimdin.jpg
KelahiranIbrahim Faizal bin Din
1929
Kampung Baru, Kuala Lumpur, Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia16 Julai 1996 (berumur 66–67)
Kuala Lumpur
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1966 - 1988
MajikanMerdeka Film Productions
Sabah Film Productions
Indra Filem Productions
Terkenal keranaSiri filem Do Re Mi

Siri filem Do Re Mi dan Anak Bapak lakonan bersama P Ramlee antara filem yang berjaya mengangkat nama Ibrahim Din pada zaman kegemilangan perfileman Melayu ketika itu. Walaupun kerjaya lakonannya bermula lebih awal dengan membintangi filem Gadis Langkawi dan Sabarudin Tukang Kasut, tapi wataknya sebagai Mi dalam siri filem Do Re Mi memuncakkan namanya sebagai pelakon. Ibrahim meninggal dunia pada 16 Julai 1996 di Bandar Baru Sentul selepas lama menderita penyakit kencing manis dan darah tinggi.[2]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1966 Gadis Langkawi Filem pertama
Do Re Mi Mi (Minami)
Sabarudin Tukang Kasut Ahmad Tipulizam
Nasib Do Re Mi Mi
1968 Anak Bapak Salleh
1972 Laksamana Do Re Mi Mi
1978 Gila-Gila Mamak Kemunculan khas
1982 Kami Mamak Kemunculan khas
1983 Bertunang Kassim
1984 Anak Niat
1985 Bujang Selamat Tok Guru
1986 Si Jantung Orang Kaya Mi
Pagar-Pagar Cinta Hashim
1987 Jejaka Perasan Mamak Kemunculan khas
1988 Kembar Siam Produser Filem Filem terakhir

RujukanSunting

  1. ^ "Ibrahim Din". Cinema Malaysia. Cinema Malaysia. Dicapai 21 Ogos 2012. 
  2. ^ Bintang/artis komedi veteran

Pautan luarSunting