Olan merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang aktif sekitar tahun 1990-an. Kumpulan yang dianggotai oleh anak-anak muda dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini (kecuali gitaris keduanya yang berasal dari Ipoh, Perak) menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Olan
Juga dikenali sebagai
Orang Lamo Anak Nogori
Berasal dariKuala Pilah,  Negeri Sembilan,  Malaysia
GenreMetal, hard rock, slow rock, balada
PekerjaanKugiran
Tahun aktif1991—1995
Syarikat rakaman
New Southern Records
Bekas ahliDwan (vokal)
Oslan (gitar)
Azul (gitar)
Nasir (bes)
Halim (dram)

Nama kumpulan ini diambil daripada nama gitaris utamanya, Oslan, juga merangkap akronim bagi "Orang Lamo Anak Nogori".

Olan merupakan salah satu daripada gergasi-gergasi rock dari Negeri Sembilan selain Hattan, Zaiton Sameon, dan kugiran-kugiran seperti D.I.A., Kejora, Laksamana, Medicine, Spring dan Stings, dan merupakan satu-satunya kugiran yang berasal dari luar Seremban. Mereka terkenal menerusi lagu-lagu hit seperti Cinta Bandar Tasik Selatan (didendangkan semula sebagai versi cover oleh kumpulan Asahan di bawah judul Cinta Tasikmalaya untuk pasaran Indonesia), Kenangan Semalam, Suratan Berbeza, Hitam Manisan dan Hiasan.

Diskografi sunting

Album-album studio sunting

Album-album kompilasi sunting

Pautan luar sunting