Operasi UFO ialah sebuah filem komedi cereka sains Malaysia 2022 arahan Khairul Anuar Mat Nor dengan idea dan skrip oleh Kent Tan. Dibintangi oleh Wan Hanafi Su, Fauziah Nawi, Sathiya, Louisa Chong, Sharif Zero dan Jasmin Hamid, filem ini ditayangkan pada 5 Februari 2022 di Astro First.[1][2]

Operasi UFO
PengarahKhairul Anuar Mat Nor
PenulisKent Tan
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
MBC Pictures
Tarikh tayangan
5 Februari 2022 (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang sekumpulan kawan baik di rumah orang-orang tua yang percaya ada UFO misteri menjanjikan kehidupan kekal abadi.

Alien dari Planet 9 menjanjikan penduduk bumi kehidupan kekal abadi dengan membawa mereka ke planet baru. Selepas mendengar berita tersebut, Prof Din, Dato Rozita, Madam Angpau dan VJ merancang untuk melarikan diri ke Batu Pahat untuk mencari tapak pendaratan kapal angkasa UFO. Mereka melarikan diri dari Rumah Orang Tua selepas didera dan diseksa oleh penjaga mereka Cik Mawar. Apabila tiba di destinasi, mereka gagal menemui kapal UFO tersebut. Akhirnya Prof Din mendedahkan cerita sebenar.

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Operasi UFO ialah filem pertama terbitan MBC Pictures. Penggambaran dijalankan pada September 2020 selama 10 hari di sekitar Kuala Lumpur dan Batu Pahat, Johor.[3] Proses CGI mengambil masa yang lama untuk disiapkan.[4]

Keluaran sunting

Operasi UFO dikeluarkan pada 5 Februari 2022 di Astro First.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ Zaidi Mohamad (25 Februari 2022). "Gelagat kejar makhluk asing dalam Operasi UFO". Berita Harian. Dicapai pada 5 April 2022.
  2. ^ Deel Anjer (13 Februari 2022). "Filem Operasi UFO sarat komedi, tampil pelakon 5 bintang". Wilayahku. Dicapai pada 5 April 2022.
  3. ^ Mohd Haikal Isa (11 Februari 2022). "Filem Operasi UFO bajet terhad, kualiti habis baik". Kosmo!. Dicapai pada 5 April 2022.
  4. ^ Sudirman Mohd Tahir (11 Februari 2022). "Makan masa guna CGI". Harian Metro. Dicapai pada 5 April 2022.
  5. ^ Aqmar Mustaza (12 Februari 2022). "Filem Operasi UFO sarat komedi, tampil pelakon hebat". Sinar Harian. Dicapai pada 5 April 2022.

Pautan luar sunting