Orang Cajun

kelompok etnik berasal dari Louisiana, Amerika Syarikat

Orang Cajun (Bahasa Inggeris: Cajuns, bahasa Perancis: les Cadiens) adalah kelompok etnik yang tinggal khusus di negeri-negeri Louisiana dan Texas di Amerika Syarikat serta provinsi-provinsi maritim Kanada.

Masyarakat ini wujud hasil buangan negeri orang-orang dari jajahan Acadia milik Empayar Perancis yang ditawan berikutan Perang Perancis dan Indian. Sebilangan besar orang Cajun ini berketurunan Perancis.[1] Kaum Cajun yamg menduduki sebahagian besar populasi Louisiana selatan telah memainkan peranan besar mempengaruhi budaya negeri tersebut.[2]

BudayaSunting

PerayaanSunting

Banyak acara diadakan berkaitan anutan Gereja Katolik masyarakat ini seperti Minggu Suci dan Lent. Lent khususnya disambut penuh pengharapan melalui Mardi Gras yang dirayakan khas sebelum hari Rabu Abu.

MasakanSunting

Gaya masakan yang dibawa masyarakat ini datang daripada para petani Perancis yang turut menerapkan unsur-unsur Sepanyol dan Afrika Barat (melalui hamba abdi dibawa ke kawasan Selatan Amerika Syarikat). Makanan laut seperti udang, udang krai dan ikan keli menjadi pilihan khusus masakan ini selain juga rempah ratu seperti lada hitam, lada cayenne dan daun salam.

Beras dan jagung adalah makanan ruji masyarakat ini lagi-lagi dengan iklim persekitaran yang membenarkan penanaman padi dalam sawah.

RujukanSunting

  1. ^ Landry, Christophe. "A Creole Melting Pot: the Politics of Language, Race, and Identity in southwest Louisiana, 1918-45" (dalam bahasa Inggeris). Cite journal requires |journal= (bantuan)
  2. ^ Carl A. Brasseaux, Acadian to Cajun: Transformation of a People. Jackson, Miss.: University Press of House Webster's Unabridged Dictionary, 2nd edition