Orang Melayu Perak
Orang Melayu Perak ialah sub-suku orang Melayu yang tinggal di negeri Perak. Sejak 2010, ia dianggarkan bahawa populasi Melayu Perak terdiri daripada 55.74% penduduk di seluruh negeri tersebut..[1]
![]() Seorang wanita Melayu Perak dengan kanak-kanak dalam pakaian tradisiaonal, 1908. | |
Jumlah penduduk | |
---|---|
1,249,000[1] | |
Kawasan ramai penduduk | |
Perak | |
Bahasa | |
Bahasa Melayu, Bahasa Melayu Perak | |
Agama | |
Sunni Islam | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Melayu Malaysia |
Bahasa
suntingOrang Melayu Perak menggunakan satu bentuk kelainan Melayu yang dikenali sebagai Bahasa Melayu Perak. Dari segi bahasa, terdapat kira-kira lima dialek Melayu tang dituturkan secara tradisional di Perak, hanya satu sahaja yang dimaksudkan dengan nama “Bahasa Melayu Perak” dan ia boleh dibahagikan dua subdialek iaitu subdialek Kuala Kangsar dan subdialek Perak Tengah. Dialek Melayu lain yang digunakan di Perak termasuklah dialek Perak Selatan yang lebih dipengaruhi Bahasa Melayu Selangor/Bahasa Melayu Johor-Riau dan dialek Perak Ulu(juga dikenali sebagai Basa Ulu atau Basa Gerik )tetapi tidak dianggap sebahagian daripada bahasa Melayu Perak kerana ia tidak mempunyai banyak persamaan dengan Perak.[2]
Budaya
suntingTarian
suntingTarian Tradisional Melayu Perak adalah seperti:-
- Dabus
- Bubu Menari
- Lenggok
- Zapin Gambus
- Belotah
- Sewang
Masakan
sunting- Ikan Pindang Daun Seniar[3]
- Sambal Serai[4]
- Gulai Kemahang[5]
- Kerabu Umbut Bayas[6]
- Kulat Sisir[7]
- Penjan Ubi[8]
Seni mempertahankan diri
sunting- Silat Serimau Hitam
Orang Melayu Perak terkenal
sunting- Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri
- Mamat Khalid, Pengarah
- Idan Aedan
- Rahim Razali
- Azrel Ismail
- Usop
Rujukan
sunting- ^ a b "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. iv. Diarkibkan daripada yang asal pada July 8, 2011. Dicapai pada 2016-02-05.
- ^ "10.1063/1.4831988.4". Default Digital Object Group. 2013-11-15. Dicapai pada 2024-07-03.
- ^ "MAKANAN HAMPIR PUPUS PERAK - IKAN PINDANG DAUN SENIAR". dsh!. 2 June 2015. Dicapai pada 2016-02-05.
- ^ "MAKANAN HAMPIR PUPUS PERAK - SAMBAL SERAI". dsh!. 8 June 2015. Dicapai pada 2016-02-05.
- ^ "MAKANAN HAMPIR PUPUS PERAK - GULAI KEMAHANG". dsh!. 3 June 2015. Dicapai pada 2016-02-05.
- ^ "MAKANAN HAMPIR PUPUS PERAK - KERABU UMBUT BAYAS". dsh!. Dicapai pada 2016-02-05.
- ^ "MAKANAN HAMPIR PUPUS PERAK - KULAT SISIR". dsh!. Dicapai pada 2016-02-05.
- ^ "MAKANAN HAMPIR PUPUS PERAK - PENJAN UBI". dsh!. Dicapai pada 2016-02-05.