Ozouni
Zoni (雑煮) atau ozoni (お雑煮) dengan awalan honorifik o- adalah makanan tradisional yang dihidangkan pada tahun baru di Jepun bersama osechi (おせち pelbagai makanan yang dihidangkan pada tahun baru).
Zoni juga merupakan sejenis sup yang dimasak dengan mochi (餅 kek nasi), sayur, daging dan ditambah rasa kicap atau miso (味噌 pes penapaian yang terdiri daripada kacang soya). Cara memasak zoni berbeza mengikut daerah dan keluarga,[1] sama seperti rasa dan cara penyediaan laksa di Malaysia berbeza mengikut negeri, daerah atau kedai. Namun begitu, berbeza dengan laksa, zoni dihidangkan di rumah masing-masing dan kebanyakan orang makan zoni pada tahun baru sahaja. Menurut soal selidik yang dijalankan oleh syarikat swasta kepada pelanggan pada tahun 2020, 70.7% daripada 430 orang menyatakan mereka makan zoni setiap tahun baru.[2] Walaupun zoni ialah makanan tradisional, sebelum abad ke-17, golongan kaya sahaja yang makan zoni sebagai makanan yang membawa maksud nasib yang baik. Mulai abad ke-17, golongan biasa juga mula makan zoni.[3]
Jenis zoni
suntingZoni sering dimasak dengan ramuan tempatan. Ramuan dan rasa sangat berbeza mengikut daerah dan keluarga. Tambahan lagi, bentuk mochi juga tidak sama. Mochi ada dua jenis, iaitu marumoci (bentuknya bulat) dan kakumoci (bentuknya segi empat sama).
Berikut adalah contoh-contoh zoni dari enam daerah.
Zoni Edo Zoni Kyoto Zoni Nagoya Zoni Niigata - Zoni Hiroshima dihidangkan di kawasan sekitar Hiroshima.[8] Selain dari marumochi, tiram dan ikan buri (ぶり amberjack) dimasukkan kerana makanan laut seperti ini adalah ramuan tempatan Hiroshima. Zoni jenis ini ditambah dengan kicap.
- Zoni Azuki dihidangkan di kawasan sekitar Shimane dan Tottori.[9] Azuki (あずき kacang merah) dan marumochi dimasukkan ke dalam sup. Berbeza dengan zoni lain, zoni jenis ini ditambah dengan gula. Oleh itu, rasanya manis seperti bubur kacang merah di Malaysia.
Makna mochi dan zoni
suntingBeras ialah makanan ruji di Jepun. Menurut kajian yang dijalankan oleh kementerian sektor pertanian pada tahun 2020, 87% daripada 3,136 orang memilih nasi sebagai makanan ruji di rumah.[10] Mochi dibuat daripada beras pulut. Rakyat pada zaman dahulu mempercayai bahawa padi mengandungi kuasa yang suci dan mochi mempunyai kuasa yang lebih kuat. Pada abad ke-9, Hagatame no gi (歯固めの儀 sejenis upacara oleh maharaja) telah bermula. Dalam upacara ini, maharaja makan makanan yang keras seperti mochi dan lobak untuk menguatkan gigi.[11] Selepas itu, cara menjalankan upacara ini berubah mengikut zaman, tetapi mochi terus dianggap sebagai makanan yang penting. Untuk melembutkan mochi yang keras, orang pada zaman dahulu merebus mochi supaya menjadi lembut. Amalan tersebut berubah menjadi cara memasak zoni sekarang, iaitu mochi dalam sup bersama bahan-bahan lain.[12] Pada zaman sekarang, mochi tidak mempunyai makna suci yang kuat. Walau bagaimanapun, masih ramai orang makan zoni dengan harapan mendapat kesihatan dan kebahagiaan pada tahun yang baharu.
Rujukan
sunting- ^ 農林水産省『aff』2011年1月号(Nourin suisansyo “aff”2011nen 1gatu gou) https://warp.da.ndl.go.jp/info:ndljp/pid/11664489/www.maff.go.jp/j/pr/aff/1101/spe2_01.html
- ^ アルファあなぶきSTYLE お雑煮についてのアンケート結果(Arufa anabuki style Ozouni ni tuite no anketo kekka) Keputusan soal selidik tentang ozouni oleh alpha Anabuki https://www.anabuki-style.com/contents/enquete/result/28/
- ^ 公益財団法人 味の素食の文化センター 大食軒酩酊の食文化 (Koueki zaidan houjin Ajinomoto syoku no bunka senta Taisyokuken Meitei no syoku bunka) https://www.syokubunka.or.jp/column/taisyoku/post028.html
- ^ 農林水産省『aff』2011年1月号(Nourin suisansyo “aff”2011nen 1gatu gou) https://warp.da.ndl.go.jp/info:ndljp/pid/11664489/www.maff.go.jp/j/pr/aff/1101/spe2_01.html
- ^ 農林水産省HP うちの郷土料理 次世代に伝えたい大切な味 「雑煮 京都府」(Nourin Suisansyo HP Uchino Kyodo ryori Jisedai ni tutaetai taisetu na aji “Zouni Kyoto fu”) https://www.maff.go.jp/j/keikaku/syokubunka/k_ryouri/search_menu/menu/shiromisonozoni_kyoto.html
- ^ 農林水産省HP うちの郷土料理 次世代に伝えたい大切な味 「雑煮 愛知県」((Nourin Suisansyo HP Uchino Kyodo ryori Jisedai ni tutaetai taisetu na aji “Zouni Aichi ken”)https://www.maff.go.jp/j/keikaku/syokubunka/k_ryouri/search_menu/menu/zoni_aichi.html
- ^ 農林水産省『aff』2011年1月号(Nourin suisansyo “aff”2011nen 1gatu gou) https://warp.da.ndl.go.jp/info:ndljp/pid/11664489/www.maff.go.jp/j/pr/aff/1101/spe2_01.html
- ^ 農林水産省HP うちの郷土料理 次世代に伝えたい大切な味 「雑煮 広島県」(Nourin Suisansyo HP Uchino Kyodo ryori Jisedai ni tutaetai taisetu na aji “Zouni Hiroshima ken”) https://www.maff.go.jp/j/keikaku/syokubunka/k_ryouri/search_menu/menu/42_27_hiroshima.html
- ^ 農林水産省HP うちの郷土料理 次世代に伝えたい大切な味 「小豆雑煮 島根県」(Nourin Suisansyo HP Uchino Kyodo ryori Jisedai ni tutaetai taisetu na aji “Zouni Shimane ken”) https://www.maff.go.jp/j/keikaku/syokubunka/k_ryouri/search_menu/menu/azukizouni_shimane.html 農林水産省HP うちの郷土料理 次世代に伝えたい大切な味 「小豆雑煮 鳥取県」(Nourin Suisansyo HP Uchino Kyodo ryori Jisedai ni tutaetai taisetu na aji “Zouni Tottori ken”) https://www.maff.go.jp/j/keikaku/syokubunka/k_ryouri/search_menu/menu/azuki_zouni_tottori.html
- ^ (Nourin Suisansyo HP Komeno Shouhi doukou ni kansuru chousa no kekka gaiyou) Keputusan penyelidikan tentang penggunaan nasi https://www.maff.go.jp/j/council/seisaku/syokuryo/200331/attach/pdf/index-14.pdf
- ^ コトバンク 「歯固め」Kotobanku “Hagatame” https://kotobank.jp/word/歯固め-113495
- ^ Discover Japan 名家のお雑煮。松本栄文さんの地域の文化を味わう「お雑煮図鑑」(Meike no Ozouni. Matumoto Sadafumi san no chiiki no bunka wo ajiwau “Ozouni zukan”) https://discoverjapan-web.com/article/44168