Osechi

Masakan dari Jepun

Osechi-ryōri (御節料理, masakan Osechi) adalah masakan yang disiapkan untuk menandakan bergantinya musim, dan sekarang digunakan untuk pelbagai makanan istimewa untuk merayakan tahun baru di Jepun. Sering cuma disebut Osechi atau Shōgatsu-ryōri (正月料理, masakan tahun baru).

Masakan osechi dalam kotak tiga susunan

Makanan tahun baru disusun rapi di dalam kotak kayu bersusun yang disebut jūbako (重箱). Pada umumnya hanya lauk yang diatur di dalam kotak kayu bersusun yang boleh disebut masakan osechi. Kotak kayu bersusun untuk masakan osechi dipercayai sebagai lambang keuntungan yang berlipat-ganda.

Asal-usul

sunting

Dalam bahasa Jepun, istilah "osechi" dahulunya bermaksud pergantian musim yang dikenal dengan sebutan sechi-nichi atau sekku. Hari pergantian musim dirayakan dengan memasak makanan khusus yang disebut Osechi-ryōri (masakan pergantian musim).

Sejak zaman dahulu, awal tahun baru (1 haribulan 1) merupakan salah satu hari pergantian musim (sechi-nichi) untuk merayakan kepulangan dewa padi ke gunung. Kini, perayaan tahun baru merupakan satu-satunya perayaan pergantian musim yang masih disambut di Jepun, sehingga istilah osechi hanya digunakan untuk makanan tahun baru.

Secara tradisional, Osechi terdiri daripada:

  • O-toso (お屠蘇): sake untuk kesihatan; yang diminum pada pagi hari awal tahun
  • Iwaizakana (祝い肴): tiga macam makanan untuk sebagai pendamping sake
  • Ozouni: sup berisi mochi
  • Nishime: sayur-sayuran dimasak dengan kuah dashi, kicap, dan mirin (gula pasir).

Seperti makanan kecil untuk pendamping minuman sake, dan sayur-sayuran untuk dimasak Nishime berzeda-beza mengikut daerah di Jepun.

Sebahagian besar makanan osechi dimasak sangat manis, masin, atau dijeruk dengan cuka. Makanan juga harus dimasak hingga betul-betul kering agar tahan lama. Pada tahun baru, orang dilarang menyalakan api kerana dewa api dipercayai akan marah kalau orang memasak pada hari tahun baru. Kelaziman orang ramai untuk tidak memasak pada hari tahun baru sudah wujud di Jepun sejak separuh tempoh kedua zaman Heian. Tradisi tidak memasak pada awal tahun mungkin dibuat agar suri rumahtangga boleh berehat.

Pada zaman sekarang, osechi sering dikatakan makanan mewah untuk tahun baru. Makanan osechi bukan saja berupa makanan khas Jepun yang dimasak dengan kicap, gula, atau mirin, tetapi boleh juga berupa makanan Barat dan makanan Cina. Masakan osechi ala Barat disebut seiyō-osechi (西洋お節), sedangkan masakan osechi ala Cina disebut chūkafū osechi (中華風お節). Makanan osechi yang dahulunya merupakan masakan rumah kini boleh dipesan di pasar raya, restoran, dan gerai.

Jenis masakan

sunting
 
Makanan osechi ala Kanto
 
Penjelasan gambar di atas: 1). Udang masak nishime, 2). Tatsukuri, 3). Nishime, 4). Kamaboko 5). Datemaki 6). Makanan laut, 7). Kombumaki, 8). Kurikinton, 9). Tobiko (telur ikan), 10). Ikan kakap bakar, 11). Kazunoko, 12). Ketam dan acar 13). Makanan kecil 14). Makanan laut dan daging, 15).Kuromame, 16). Udang kara panggang

Makanan inti

sunting
  • Tatsukuri, Tazukuri (田作り, pembuat padi)
Sejenis ikan teri yang disebut Gomame bersama kicap dan mirin. Masakan ini merupakan lambang hasil tanaman yang melimpah, kerana pada zaman dahulu ikan ini digunakan sebagai baja berkualiti tinggi.
  • Kazunoko (数の子)
Telur ikan berwarna kuning yang digunakan sebagai harapan dikurniakan banyak anak pada tahun yang baru.
  • Kuromame (黒豆)
Kacang berwarna hitam yang dipercayai boleh menghalau roh jahat. Selain itu, "mame" dalam bahasa Jepun juga bermaksud "bekerja sekuat tenaga" dan "kesihatan", dan dimakan sebagai harapan agar sihat sepanjang tahun.
  • Tataki-gobō (たたき牛蒡)
Akar gobo yang berwarna hitam kelihatan seperti burung dalam mitos yang terbang ketika ada hasil tuaian yang berlimpah.

Makanan pelengkap

sunting
  • Datemaki
Datemaki adalah telur dadar yang digulung bagaikan kitab sutra, dimakan sebagai lambang kebijaksanaan dan pengetahuan. Di daerah Kansai, datemaki digantikan dengan dashimaki.
  • Kurikinton
Makanan ini kelihatan mewah dan nama makanan ini dalam bahasa Jepun bemaksud gumpalan emas (kinton) dari buah kuri.
  • Kombumaki
Kombu masak nimono digunakan sebagai makanan tahun baru kerana kombu terdengar mirip kata "yorokubu" (kegembiraan).
Makanan dari ikan, berwarna putih dengan sedikit warna merah di bahagian tepi untuk melambangkan beras merah dan beras putih.
  • Otafuku-mame
Kacang pembawa keuntungan dengan rasa manis.
  • Jeruk sayur-sayuran berwarna merah dan putih
  • Jeruk lobak
  • Jeruk akar teratai

Makanan panggang

sunting
  • Ikan buri bakar
Orang Jepun menyebut ikan ini dengan nama yang berbeza-beza mengikut usia ikan. Ikan yang dewasa disebut buri, digunakan sebagai simbol kejayaan.
Ikan kakap merupakan salah satu ikan persembahan untuk dewa, sekaligus nama ikan ini dalam bahasa Jepun terdengar seakan-akan perkataan "medetai" (kegembiraan).
Sesungut udang yang panjang dan melengkung dijadikan lambang orang yang sudah tua, yang apabila dimakan sebagai harapan berumur panjang.
Belut unagi adalah ikan yang pandai memanjat sehingga digunakan untuk mendoakan kejayaan yang cepat.

Kotak kayu untuk osechi

sunting

Secara tradisional kotak kayu (jūbako) untuk masakan osechi terdiri dari 5 susunan, walaupun kotak yang tiga susunan lazim dijumpai sekarang. Kotak kayu dikira dari atas dan diberi nama: ichi no jū, ni no jū, san no jū, yō no jū, dan go no jū, iaitu kotak nombor 1 hingga nombor 5. Kotak nombor 4 tidak disebut shi no jū, kerana angka 4 (shi) sama bunyi dengan "shi" yang bermaksud "mati". Berdasarkan alasan yang sama, kotak nombor 4 pada kotak keempat disebut go no jū.

Kotak lima susunan

sunting
  • Kotak nomor 1: Iwaizakana
  • Kotak nomor 2: Jeruk dan Makanan pelengkap
  • Kotak nomor 3: Makanan panggang
  • Kotak nomor 4: Nimono
  • Kotak nomor 5: Kosong
Kotak paling bawah sengaja dikosongkan dan tidak diisi makanan, digunakan sebagai simbol ruang yang masih kosong untuk menampung rezeki yang akan masuk.

Kotak tiga susunan

sunting
  • Kotak nomor 1: Iwaizakana, makanan pelengkap
  • Kotak nomor 2: Makanan panggang, Jeruk
  • Kotak nomor 3: Nimono

Bacaan

sunting
  • "Osechi ryōri." Japan: An Illustrated Encyclopedia. Alan Campbell & David S. Noble, ed. Tokyo: Kōdansha, 1995.

Pautan luar

sunting