Pai (Jawi: ڤاي serapan bahasa Inggeris: pie) merupakan sejenis makanan yang terdiri daripada kulit kuih kering dan isi. Isi pai boleh menjadi buah, daging, ikan, sayur, keju, coklat, kastard, kacang, dan lain-lain.

Sepotong pai epal

Pai buah biasanya dihidangkan bersama-sama dengan ais krim, disebut à la mode. Pai daging Australia dianggap sebagai makanan kebangsaan Australia, berisi daging lembu dan kuah. Hidangan khas Adelaide adalah pai apung (pie floater).

Dalam filem komedi, pai seringkali digunakan untuk dibaling ke muka seseorang. Hal ini juga kadangkala dilakukan kepada ahli politik dan selebriti.

Takrifan sunting

Pai ditakrifkan melalui kerak atau kulitnya. Pai berisi (kerak tunggal atau kerak bawah) mempunyai lapisan pastri di dalam bekas pembakar dan intinya diletakkan di atas pastri tetapi dibiarkan terbuka begitu sahaja. Pai kerak atas pula mempunyai inti di bawah tetapi ditutup dengan kepingan pastri atau jenis tutupan lain sebelum dibakar. Pai kerak berganda atau dua kerak pula ialah initi pai diapit oleh pastri atas dan bawah atau kelongsongan pastri. Pastri rapuh pula ialah sejenis pastri yang digunakan sebagai kerak pai, tetapi pelbagai benda boleh digunakan seperti biskut serbuk penaik, kentang lecek dan juga serbuk roti.

Jenis Pai sunting

Pai savori (tidak manis):

Pai jenis manis:

Pautan luar sunting