Pastri (Jawi: ڤاستري, Bahasa Inggeris: pastry) ialah produk roti yang terbuat daripada tepung gandum, gula, susu, mentega, lemak, serbuk penaik (baking powder) dan/atau telur. Ia dapat juga dirujuk kepada bahan adunan daripada produk-produk roti itu sendiri; adunan tersebut diguling dengan halus dan digunakan sebagai bahan dasar produk roti. Makanan-makanan dari kuih kering umumnya adalah pastei, kuih tar, dan quiche.

Pastri

Pastri ketara berbeza dengan roti melalui kandungan lemak lebih tinggi yang menghasilkan tekstur) yang rapuh dan garing; kerapuhan ini dilihat cukup ideal untuk menahan isian tanpa rasa berat dipegang. Ketika membuat kuih pastri tipis, pembuatan harus diperhatikan secara berhati-hati ketika mencampurkan lemak dan terigu sebelum ditambahkan dengan air, sehingga bubuk terigu telah bercampur dengan lemak dan tidak berubah menjadi gluten. Namun sebaliknya, mencampurkan terlalu lama membuat kuih kering menjadi keras. Kuih kering lainnya, seperti biskut Denmark dan roti bulan sabit (croissant), tekstur rapuh tersebut didapatkan ketika adunan digulung berkali-kali sepertimana roti beragi lalu diolesi dengan mentega, dan kemudian dilipat sampai menghasilkan lipatan-lipatan tipis.

Pautan luarSunting

  • "Pastry" – entry at Encyclopædia Britannica