Pangkat tentera tertinggi
Dalam kebanyakan negara, pangkat tentera tertinggi dikelaskan setara dengan, atau secara rasmi digambarkan sebagai, pangkat lima bintang. Walaubagaimanapun, beberapa negara telah menggunakan atau mencadangkan pangkat seperti generalisimo, yang lebih tinggi daripada pangkat lima bintang mereka.
Jenis-jenis
suntingGeneralisimo dan Generalisimus
suntingDiguna pakai dari bahasa Itali (generalissimo) dan Latin (generalissimus), secara literal gelaran pangkat bermaksud "jeneral terbesar". Sejumlah negara, termasuk Republik China, Perancis, Rusia, Venezuela, Brazil, Portugal, Sepanyol, Cuba, Mexico, Sweden dan KRSS, telah menggunakan pangkat ini.[perlu rujukan] Di kebanyakan negara ini, pangkat itu hanya dipegang oleh seorang atau dua orang.[perlu rujukan]
Marsyal besar
suntingAngkatan tentera Empayar Jepun, Republik China dan Korea Utara menggunakan pangkat marsyal besar (Tulisan Cina Tradisional dan Bahasa Jepun: 大元帥; ; Tongyong Pinyin: da yuan shuai; Romaji: dai-gensui; Bahasa Korea: 대원수 ; romaja: taewonsu).
Pangkat enam bintang
suntingAngkatan Bersenjata Amerika Syarikat telah mencadangkan dan menggunakan dua pangkat 6 bintang: General of the Armies dan Admiral of the Navy. Mereka ini diletakkan terus di atas kedudukan rakan lima bintang mereka, iaitu Jeneral Angkatan Darat dan Laksamana Armada.