Pasukan Kecemasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Pasukan Kecemasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Bahasa Inggeris: United Nations Emergency Force) (UNEF) telah ditubuhkan oleh United Nations General Assembly bertujuan untuk menamatkan Krisis Suez dengan resolution 1001 (ES-I) pada 7 November, 1956, an dalam ukuran yang besar sebagai satu keputusan hasil daripada usaha yang dilakukan oleh Setiausaha Agung Dag Hammarskjöld dan satu cadangan daripada menteri hal-ehwal luar Kanada Lester Pearson. Pasukan ketenteraan PBB pertama kali bagi sejenisnya, misinya adalah:

Logo UNEF pada lengan askar-askar Sweden
... memasuki wilayah Mesir dengan persetujuan daripada Kerajaan Mesir, untuk mengekalkan keamanan semasa atau selepas pengunduran tentera bukan Mesir, pematuhan dengan syarat-syarat lain yang sejajar dengan resolusi tersebut..untuk meliputi satu kawasan yang mengunjur dari Terusan Suez hingga ke garis pembatasan yang ditubuhkan dalam Perjanjian Ketenteraan di antara Mesir dan Israel.


Sejak resolusi-resolusi operatif PBB, tiada ketetapan-ketetapan PBB yang diluluskan di bawah Bab VII Piagam PBB, dan penurunan angkatan tentera harus diluluskan oleh Mesir. Selepas perundingan berbilang pihak dengan Mesir, sepuluh negara menawarkan sumbangan angkatan tentera: Brazil, Kanada, Colombia, Denmark, Finland, India, Indonesia, Norway, Sweden, dan Yugoslavia. Sokongan juga dibekalkan oleh Amerika Syarikat, Itali, dan Switzerland. Angkatan-angkatan tentera pertama tiba di Cairo pada 15 November, dan UNEF mencapai kekuatan penuh sebanyak 6,000 askar pada Februari 1957. Angkatan tentera kesemuanya diturunkan di kawasan-kawasan yang ditentukan di sekeliling terusan di Sinai dan Gaza apabila Israel mengundurkan askar-askarnya yang terakhir dari Rafah pada 8 Mac 1957. Setiausaha Agung PBB mencuba menugasi angkatan-angkatan tentera UNEF di sebelah garisan armistis Israel 1949, tetapi ini ditolak oleh Israel.

Misi itu diarahkan untuk melaksanakan tugasnya dalam empat fasa:

  1. Pada November dan Disember 1956, angkatan tentera memudahkan peralihan yang tersusun di kawasan Terusan Suez apabila angkatan-angkatan tentera British dan Perancis bertolak dari kawasan itu.
  2. Dari Disember 1956 hingga Mac 1957, angkatan tenetera memudahkan pemisahan angkatan-angkataan tentera Israel dan Mesir, dan pemindahan Israel dari semua kawasan yang ditawan semasa perang, kecuali Gaza dan Sharm-el-Sheik.
  3. Pada Mac 1957, angkatan tentera memudahkan pengunduran angkatan tentera Israel dari Gaza dan Sharm-el-Sheik.
  4. Pengerahan tentera di sepanjang sempadan untuk tujuan pengawasan. Fasa ini berakhir pada Mei 1967.

Disebabkan kekangan kewangan dan keperluan yang berubah, bilangan askar semakin merosot sehingga 3,378 ketika misi itu berakhir pada Mei 1967.

Pada 16 Mei 1967, kerajaan Mesir mengarahkan semua angkatan tentera PBB keluar dari Sinai dengan segera. U Thant, setiausaha agung ketika itu, mencuba menugasi semula angkatan tentera UNEF ke kawasan-kawasan di sebelah garisan armistis Israel 1949 untuk mengekalkan penampan, tetapi ditolak oleh Israel. Dalam suatu keputusan yang terbukti penuh dengan perbalahan, Thant bertindak untuk melaksanakan perintah Mesir tanpa berunding dengan Majlis Keselamatan PBB atau Perhimpunan Agung. Kebanyakan angkatan tentera dipindahkan menjelang akhir bulan Mei, tetapi 15 askar UNEF tersangkut dalam operasi-operasi pertempuran dan dibunuh dalam Perang Enam Hari. Askar terakhir PBB bertolak dari kawasan itu pada 17 Jun.

Pautan luar sunting