Paya Pahang Tua
Paya Pahang Tua ialah sebuah kawasan paya untuk penanaman padi yang terbesar di Pahang. Asal Paya Pahang Tua ini adalah terdiri daripada pementukan delta di antara Sungai Pahang dengan Sungai Pahang Tua. Di tengah itulah terletaknya kawasan Paya Pahang Tua. Sebab itulah kawasan tersebut sering dilanda banjir. Pada tahun 60 hingga 70 an, kawasan paya ini memberi sumber ikan untuk makanan harian kepada penduduk di sekitarnya. Rata-ratanya masa itu penduduk sekitar hidup bergantung kepada kawasan paya tersebut.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.