Pelangi Petang merupakan sebuah lagu nyanyian Sudirman Haji Arshad dan ditulis oleh beliau sendiri. Susunan lagunya pula dibuat oleh Kassim Masdor. Lagu ini pernah dimuatkan di dalam album Lagu Cinta serta menjadi salah satu lagu runut bunyi bagi filem Kami. Selain itu, lagu ini telah dinyanyikan dalam pelbagai versi oleh kumpulan Def-Gab-C, Siti Nurhaliza dan Nurfarah Nazirah.

"Pelangi Petang"
Lagu oleh Sudirman Haji Arshad
daripada album Lagu Cinta
BahasaBahasa Melayu
Dilancarkan pada1982
GenrePop
Panjang3:40
SyarikatEMI (Malaysia) Sdn. Bhd.
PenulisSudirman Haji Arshad
PenggubahKassim Masdor
PenerbitS. Atan
Senarai runut Lagu Cinta
  1. "Bila Wajahmu Kubayangkan"
  2. "Cahaya Hidupku"
  3. "Malam Ini"
  4. "Ding A Ding Gale (Kawin Lari)"
  5. "Pelangi Petang"
  6. "Oh Mengapa"
  7. "Tetapkan Hatimu"
  8. "Kesepian"
  9. "Serba Sederhana"
  10. "Budak Baru"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini