Pemberontakan Ireland 1798

Pemberontakan Ireland 1798 (Ireland: Éirí Amach 1798, bahasa Inggeris: Irish Rebellion of 1798) adalah pemberontakan terhadap pemerintahan British di Ireland . Ia dilibatkan sebuah kelompok revolusioner republikan iaitu United Irishmen, sebuah kumpulan dipengaruhi oleh idea-idea revolusi Amerika dan Perancis serta dipimpin oleh golongan Presbyterian marah ketika dikalahkan oleh penubuhan Anglikan dan bergabung dengan Katolik, yang terdiri majoriti penduduk. Ramai dalam kalangan masyarakat Ulster berpihak kepada British, maka konflik ini mula beralih kepada suatu perang saudara sektarian di banyak kawasan du mana kedua-dua belah pihak saling mengganas.

Kebangkitan itu dihapuskan oleh pasukan Mahkota British dengan angka kematian antara 10,000 dan 30,000 orang.

Faktor penyebab

sunting

Ireland diduduki warga penganut mazhab Protestan Anglikan sejak peperangan yang tercetus antara para penyokong William III dengan James II (Jacobitisme) di Pertuanan Ireland berikutan Revolusi Gemilang tahun 1688. Pemerintah kerajaan sana mengenakan undang-undang tahanan (penal law) yang menindas warga Katolik dan Presbyterian sebagai tindak balas ke atas keengganan mereka mengiktiraf mazhab Anglikan yang dijadikan agama rasmi kerajaan.

Kejadian yang berlaku berikutan Revolusi Amerika pada 1776 mengalakkan keinginan dalam kalangan golongan pemerintah yang lebih liberal untuk mewujudkan suatu bersama dengan penduduk Ireland agar dapat memperoleh autonomi dan reformasi lebih kuat dalam kerajaan Great Britain. Perkara tersebut dikuatkan lagi dengan keadaan Ireland yang dilihat lebih lemah berbanding jajahan-jajahan benua Amerika British sendiri.

Kejadian utama

sunting

Serangan pertama

sunting

Perang ini mula tercetus sebaik setelah dinihari 24 Mei di Kaunti Kildare.

Perebakan pemberontakan ke Wexford

sunting

Ketibaan campur tangan Perancis, republik sementara serta penangkapan Tone

sunting
 
Bendera yang digunapakai dalam badan "Republik Ireland" yang berpusat di Connacht selama beberapa ketika.

Pada 22 Ogos, seramai kira-kira 1,000 orang askar Perancis pimpinan Jeneral Jean Humbert mendarat di Kilcummin, Kaunti Mayo di barat daya pulau Ireland. Pasukan Humbert disertai sebanyak 5,000 orang pemberontak menyerang Castlebar sehingga memaksa pihak British berundur dari sana; di sana jugalah para pemberontak menubuhkan suatu republik baru berpusat di wilayah Connacht dipimpin John Moore sebagai presiden. Republik ini hanya mampu bertahan selama 17 hari sebelum pihak republik tersebut ditewaskan British dalam Pertempuran Ballinamuck, Humbert ditahan dan diserahkan kepada Perancis sementara pemberontak Ireland lain dihukum mati.[1]

On 12 October 1798, a larger French force consisting of 3,000 men, and including Wolfe Tone himself, attempted to land in County Donegal berdekatanr Lough Swilly. Pasukan ini dipintas sebuah skuadron Tentera Laut Diraja British lalu mereka berperang sekitar sebuah pulau selama tiga jam sebelum pihak Perancis terpaksa menyerahkan diri.

Wolfe Tone ditahan dan dibawa ke Dublin untuk dibicarakan, beliau didapati bersalah mencetuskan pemberontakan. Tone meminta agar dirinya dihukum tembak mati namun permintaannya ditolak mahkamah. Setelah beberapa lama dalam tahanan, Tone mengelar lehernya pada 12 November (menurut catatan penjara) sebelum akhirnya meninggal dunia seminggu kemudian.

Susulan dan kesan

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Rujuk: Guy Beiner, Remembering the Year of the French: Irish Folk History and Social Memory (University of Wisconsin Press, 2007)

Pautan luar

sunting