Pemburu-pengumpul
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Hunter-gatherer (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Masyarakat pemburu-pengumpul atau pemburu-peramu mengutamakan amalan sara diri yang melibatkan pemerolehan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang boleh diramu pungut, dicari atau diburu dari hutan lalu dimakan terus tanpa sumber yang cukup untuk mengusahakan pertanian atau penternakan. Kegiatan meramu atau mengumpul lebih banyak ditumpukan masyarakat sebegini daripada memburu makanan sebanyak 80% sumber makanan diperoleh.[2]
Ciri yang boleh membezakan antara masyarakat yang lazim meramu dan memburu berbanding masyarakat-masyarakat lain yang lebih bergantung kepada domestikasi (seperti pertanian dan penternakan) tidak begitu jelas, kerana kebanyakan masyarakat masa kini menggabungkan kedua-dua percaturan untuk menampung kependudukan masing-masing.
Ciri-ciri am
suntingHabitat dan kependudukan
suntingMasyarakat pemburu-pengumpul cenderung berpindah-randah kerana mereka amat bergantung pada keupayaan persekitaran alam tertentu untuk menyediakan sumber yang mencukupi untuk menampung kependudukan mereka dan perubahan keadaan sumber-sumber tersebut yang dipengaruhi oleh keadaan iklim dan musim setempat. Sesebuah masyarakat kelompok biasanya terdiri daripada bilangan ahli yang kecil (10-30 orang), namun semua masyarakat kelompok bergabung secara bermusim atau sementara waktu untuk membentuk sebuah kumpulan besar (100 atau lebih) apabila sumber berkenaan amat banyak. Di beberapa tempat di mana persekitarannya amat berdaya keluaran, seperti di pantai Barat Laut Pasifik (Amerika Utara) atau Jepun zaman Jomon, pemburu-pengumpul mampu mendirikan petempatan kekal.
Petempatan pemburu-pengumpul baik kekal mahupun sementara, atau kedua-duanya, bergantung pada kecenderungan berpindah-randah. Masyarakat berpindah-randah lazimnya membina tempat berlindung dengan menggunakan bahan binaan yang tidak kekal, atau menggunakan teduhan batuan semulajadi jika ada.
Struktur ekonomi dan sosial
suntingMasyarakat pemburu-pengumpul juga cenderung mengamalkan struktur sosial yang agak egalitarian, tanpa hierarki, terutamanya dalam masyarakat yang lebih berpindah-randah yang amnua tidak mampu menyimpan makanan tambahan. Justeru, pemimpin sepenuh masa, golongan birokrat, atau artisan jarang sekali ditampung oleh masyarakat sedemikian.[4][5][6] Selain kesamarataan sosial dan ekonomi, masyarakat pemburu-pengumpul juga sering mengamalkan kesamaan seks.[7][4] Pemburu-pengumpul berkelompok mengikut hubungan kekeluargaan dan keanggotaan puak.[7]
Masyarakat pemburu-pengumpul pribumi Amerika di pantai Barat Laut Pasifik, seperti kaum Haida di tanah British Columbia, pernah tinggal dalam persekitaran yang begitu kaya sehingga mereka tidak perlu berpindah-randah. Kelompok sebegini menunjukkan susunan sosial berhierarki yang lebih ketara.
Keganasan dalam masyarakat pemburu-pengumpul biasanya tercetus akibat sikap berdendam dan berseteru, dan jarang sekali kerana merebut wilayah atau manfaat ekonomi.[7]
Sejumlah besar bukti etnografi dan arkeologi menunjukkan bahawa pembahagian kerja mengikut jantina, iaitu lelaki berburu dan wanita mengumpul buah-buahan dan sayur-sayuran liar adalah kebiasaan sekali di kalangan masyarakat pemburu-pengumpul sedunia, dengan sedikit pengecualian yang didokumenkan. Mengikut kajian terhadap orang Aeta di Filipina: "Kira-kira 85% wanita Aeta di Filipina memburu, dan buruan mereka sama dengan buruan lelaki. Wanita Aeta berburu secara berkumpulan bersama anjing, dan mencapai kadar kejayaan 31% berbanding 17% untuk lelaki. Kadar tersebut meningkat apabila wanita berganding bahu dengan lelaki, iaitu kumpulan pemburu campuran mencapai kadar kejayaan 41% di kalangan kaum Aeta."[5] Juga didapati di kalangan kaum Ju'/hoansi di Namibia bahawa kaum wanita membantu lelaki dalam pemburuan dengan membantu menjejaki buruan.[8] Lebih-lebih lagi, hasil penyelidikan arkeologi terkini oleh ahli antropologi dan arekologi, Steven Kuhn dari Universiti Arizona, menunjukkan bahawa pembahagian kerja mengikut jantian tidak wujud sebelum Zaman Paleolitik Akhir, sebaliknya berkembang agak lewat dalam sejarah manusia. Pembahagian kerja mengikut jantina mungkin timbul untuk membolehkan manusia memperoleh makanan dan sumber lain dengan lebih cekap.[9] Oleh itu, untuk menyatakan bahawa lelaki sentiasa berburu dan wanita sentiasa mengumpul adalah anggapan yang terlalu umum.
Di persidangan "Man the Hunter" (Manusia si Pemburu) pada tahun 1966, ahli-ahli antropologi Richard Borshay Lee dan Irven DeVore berhujah bahawa egalitarianisme adalah salah satu ciri utama masyarakat pemburu-pengumpul nomad kerana sifat berpindah-randah memerlukan peminimuman milikan kebendaan oleh seluruh penduduk; maka, tiada lebihan sumber yang boleh dikumpul oleh satu-satu ahli pun. Ciri-ciri lain yang diusulkan oleh Lee dan DeVore adalah sempadan wilayah yang sentiasa berubah-ubah dan juga komposisi demografi. Di persidangan itu juga, Marshall Sahlins membentangkan kertas kerja bertajuk, "Notes on the Original Affluent Society" (Catatan Masyarakat Mewah Asli), yang mana beliau mencabar pendapat umum bahawa pemburu-pengumpul hidup secara "berseorangan, miskin, menjijikkan, seperti binatang dan pendek badan," seperti yang diusulkan oleh Thomas Hobbes pada tahun 1651. Menurut Sahlins, data etnografi menunjukkan bahawa masyarakat pemburu-pengumpul bekerja kurang masa dan menikmati lebih banyak masa lapang berbanding masyarakat berindustri, namun tetap cukup makan. "Kemewahan" ini memaksudkan kepuasan hati mereka dengan kebendaan yang begitu sedikit.
Saling bertukar dan berkongsi sumber (seperti daging hasil pemburuan) adalah penting dalam sistem ekonomi masyarakat pemburu-pengumpul.
Rujukan
sunting- ^ Nicolas Peterson (1998). "Demographic transition in a hunter-gatherer population: the Tiwi case, 1929-1996". Australian Aboriginal Studies. Australian Institute of Aboriginal and Torres Strait Islander Studies. 1998. Unknown parameter
|coauthor=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Traditional Peoples Today: Continuity and Change in the Modern World by Göran Burenhult
- ^ African Bushmen Tour U.S. to Fund Fight for Land
- ^ a b John Gowdy (1998). Limited Wants, Unlimited Means: A reader on Hunter-Gatherer Economics and the Environment. St Louis: Island Press. m/s. 342. ISBN 155963555X. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "gawdy" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b Dahlberg, Frances. (1975). Woman the Gatherer. London: Yale university press. ISBN 0-30-02989-6 Check
|isbn=
value: length (bantuan). Ralat petik: Tag<ref>
tidak sah, nama "Dahlberg" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Erdal, D. & Whiten, A. (1996) "Egalitarianism and Machiavellian Intelligence in Human Evolution" in Mellars, P. & Gibson, K. (eds) Modelling the Early Human Mind. Cambridge MacDonald Monograph Series
- ^ a b c Thomas M. Kiefer (Spring 2002). "Anthropology E-20". Lecture 8 Subsistence, Ecology and Food production. Harvard University. Dicapai pada 2008-03-11.
- ^ Biesele, Megan; Barclay, Steve (March 2001). "Ju/'Hoan Women's Tracking Knowledge And Its
Contribution To Their Husbands' Hunting Success". African Study Monographs. Suppl.26: 67–84. line feed character in
|title=
at position 44 (bantuan) - ^ Stefan Lovgren. "Sex-Based Roles Gave Modern Humans an Edge, Study Says". National Geographic News. Dicapai pada 2008-02-03.
Pautan luar
sunting- African Pygmies Hunter-gatherers of the Central African rainforest
- Nature's Secret Larder - Wild Foods & Hunting Tools.
- Reconstructed bone flutes, sound sample and playing instructions.
- A wiki dedicated to the scientific study of the diversity of foraging societies without recreating myths
- Balmer, Yves (2003–2009). "Ethnological videos clips. Living or recently extinct traditional tribal groups and their origins". Andaman Association.