Pengepungan Esztergom (1543)

Pengepungan Esztergom berlaku antara 25 Julai hingga 10 Ogos 1543, apabila tentera Uthmaniyyah, diketuai oleh Sulaiman al-Qanuni, mengepung kota Esztergom yang kini terletak di Hungary. Kota ini ditawan oleh Uthmaniyah selepas dua minggu.[1]

Pengepungan Esztergom
Sebahagian daripada Perang Habsburg-Uthmaniyyah

Pengepungan Esztergom pada tahun 1543, oleh Sebastian Vrancks.
Tarikh25 Julai – 10 Ogos 1543
Lokasi
Keputusan Kemenangan Uthmaniyyah
Pihak yang terlibat
 Empayar Suci Rom Empayar Uthmaniyyah
Dibantu oleh:
 Perancis
Komandan dan pemimpin
Sulaiman al-Qanuni
Şehzade Mehmed
Sokollu Mehmed Pasha
Kekuatan
Kerajaan Beraja Perancis Unit artileri

Latar belakang sunting

Pengepungan ini merupakan sebahagian daripada pergelutan antara Habsburgs dan Uthmaniyah berikutan dengan kematian pemerintah Hungary, John Zápolya, pada 20 Julai 1540.[2] Ia merupakan sebahagian daripada "Zaman Perang Istana Kota" dalam sejarah Hungary.[3] Suleiman berjaya menawan kota-kota Buda dan Pest pada tahun 1541, yang mana memberi kuasa kepada beliau untuk mengawal kawasan tengah Hungary.[4] Wilayah(Beylerbeylik) Buda ditubuhkan semasa peristiwa ini.[2]

Sebagai sebahagian Perikatan Perancis-Uthmaniyyah, tentera Perancis membantu kempen Uthmaniyah di Hungary: sebuah unit artileri Perancis telah diatur gerak pada tahun 1543-1544 dan ditumpangkan ke Tentera Darat Uthmaniyyah.[5][6][7] Sementara itu, di Laut Mediterranean, Suleiman menghantar laksamana armada beliau, Hayreddin Barbarossa untuk bekerjasama dengan Perancis, yang mana kemudian mengepung Nice.[2]

Pengepungan sunting

Pengepungan ini dilakukan selepas percubaan gagal oleh Ferdinand I dari Austria untuk menawan semula Buda pada tahun 1542.[8] Ia diikuti dengan penawanan kota pertabalan di Székesfehérvár pada bulan September 1543.[1] Kota-kota lain yang ditawan semasa kempen ini adalah Siklós dan Szeged dibuat bagi melindungi Buda.[8] Bagaimanapun, Suleiman mengelak daripada mara sehingga ke Vienna pada waktu ini, jelasnya kerana beliau tidak menerima sebarang berita dari sekutu Perancis beliau di barat Eropah dan Mediterranean.[9]

Selepas kejayaan kempen Uthmaniyah, satu perjanjian damai sementara selama setahun telah ditandatangani dengan Charles V in 1545, melalui pengantara Francis I dari Perancis. Suleiman sendiri berminat untuk menamatkan permusuhan ini, kerana pada masa yang sama membuat sebuah kempen ke Parsi, iaitu Perang Safavid-Uthmaniyyah (1532–1555).[2] Dua tahun kemudian, Ferdinand dan Charles V mengakui sepenuhnya kekuasaan Uthmaniyah di Hungary dalam Perjanjian Adrianople pada tahun 1547,[10] dan Ferdinand juga bersetuju untuk membayar ufti tahunan sebanyak 30,000 emas florin bagi pegangan wilayah Habsburg di utara dan barat Hungary.[2][8]

Berikutan penaklukan ini, wilayah tengahHungary kekal berada di bawah kekuasaan Uthmaniyah sehingga tahun 1686.

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ a b Slovak history: chronology & lexicon Július Bartl p.59
  2. ^ a b c d e The Cambridge history of Islam by Peter Malcolm Holt p.328
  3. ^ Ottomans, Hungarians, and Habsburgs in Central Europe by Pál Fodor p.164 [1]
  4. ^ Emperor Charles V, impresario of war by James D. Tracy p.206
  5. ^ The Ottoman Empire and early modern Europe by Daniel Goffman, p.111 [2]
  6. ^ Firearms of the Islamic world, p.38
  7. ^ The Cambridge History of Islam, p.328
  8. ^ a b c Ground warfare: an international encyclopedia by Stanley Sandler p.387 [3]
  9. ^ International encyclopaedia of Islamic dynasties by Nagendra Kr. Singh p.516 [4]
  10. ^ Cartography in the traditional Islamic and South Asian societies by John Brian Harley p.245 [5]