Pengisytiharan Singapura

Pengisytiharan Singapura merupakan lampiran Perjanjian yang berhubungan dengan pemisahan Singapura dari Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat bertarikh 7 Ogos 1965 antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Singapura, dan Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan Malaysia dan Akta Malaysia pada 9 Ogos 1965 yang ditandatangani oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan, dibacakan pada hari pemisahan daripada Malaysia, pada 9 Ogos 1965 oleh Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura mengisytiharkan kemerdekaan daripada Singapura.

Pengisytiharan Singapura
Agreement relating to the separation of Singapore from Malaysia as an independent and sovereign State.djvu
Dokumen Pengisytiharan Singapura
Dibuat7 Ogos 1965
LokasiSetiausaha Agung  Pertubuhan Bangsa Bersatu bertindak atas sifatnya sebagai pemegang simpanan yang berikut:[1]
(English) and (French),
Registered Nr. I-8206
PenandatanganLee Kuan Yew dan Tunku Abdul Rahman
sunting · di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini

DrafSunting

Pengisytiharan Singapura di SingapuraSunting

Bahasa Inggeris:

WHEREAS it is the inalienable right of a people to be free and independent.
AND WHEREAS Malaysia was established on the 16th day of September, 1963, by a federation of existing states of the Federation of Malaya and the States of Sabah, Sarawak and Singapore into one independent and sovereign nation.
AND WHEREAS it was also agreed by the parties to the said Agreement that, upon the separation of Singapore from Malaysia, the Government of Malaysia shall relinquish its sovereignty and jurisdiction in respect of Singapore so that the said sovereignty and jurisdiction shall on such relinquishment vest in the Government of Singapore.
AND WHEREAS by a Proclamation dated the ninth day of August in the year one thousand nine hundred and sixty-five the Prime Minister of Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah did proclaim and declare that Singapore shall on the ninth day of August in the year one thousand nine hundred and sixty-five cease to be a State of Malaysia and shall become an independent and sovereign state and nation separate from and independent of Malaysia and recognised as such by the Government of Malaysia.
Now I LEE KUAN YEW Prime Minister of Singapore, DO HEREBY PROCLAIM AND DECLARE on behalf of the people and the Government of Singapore that as from today the ninth day of August in the year one thousand nine hundred and sixty-five Singapore shall forever be a sovereign democratic and independent nation, founded upon the principles of liberty and justice and ever seeking the welfare and happiness of her people in a more just and equal society.
(Signed) LEE KUAN YEW Prime Minister of Singapore
Dated the 9th day of August, 1965.

Terjemahan Bahasa Melayu:

BAHAWASANYA menjadi hak yang tidak dapat dipisahkan lagi bagi sesebuah rakyat untuk bebas dan merdeka,
DAN BAHAWASANYA Malaysia telah ditubuhkan pada 16 haribulan September 1963, melalui sebuah persekutuan negeri-negeri yang sedia ada dalam Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-Negeri Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
DAN BAHAWASANYA juga telah dipersetujui oleh pihak-pihak Perjanjian yang tersebut, setelah pemisahan Singapura daripada Malaysia, Kerajaan Malaysia hendaklah melepaskan kedaulatan dan bidang kuasa berkenaan Singapura supaya kedaulatan dan bidang kuasa yang tersebut hendaklah terletak haknya dalam Kerajaan Singapura.
DAN BAHAWASANYA dengan Pemasyhuran yang bertarikh hari kesembilan bulan Ogos pada tahun seribu sembilan ratus enam puluh lima Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah telah memasyhur dan mengisytiharkan bahawa Singapura hendaklah pada hari kesembilan bulan Ogos pada tahun seribu sembilan ratus enam puluh lima tamat menjadi sebuah negeri dalam Malaysia dan hendaklah menjadi sebuah bangsa dan negara yang merdeka lagi berdaulat berasingan dan bebas daripada Malaysia dan diiktiraf sedemikian rupa oleh Kerajaan Malaysia.
Kini saya LEE KUAN YEW Perdana Menteri Singapura, DENGAN INI MEMASYHUR DAN MENGISYTIHARKAN bagi pihak dan rakyat Singapura bahawa mulai hari ini, sembilan haribulan Ogos tahun seribu sembilan ratus enam puluh lima, Singapura hendaklah berupa sebuah bangsa demokratik yang berdaulat serta merdeka buat selama-lamanya. Kemerdekaan ini diasaskan pada lunas-lunas kebebasan dan keadilan serta sentiasa menjaga kebajikan dan kebahagiaan rakyatnya dalam sebuah masyarakat yang lebih adil dan sama rata.
(Ditandatangani) LEE KUAN YEW Perdana Menteri Singapura
Bertarikh 9 Ogos 1965.

Pengisytiharan Singapura di MalaysiaSunting

Bahasa Inggeris:

In the name of God, the Compassionate, the Merciful. Praise be to God, the Lord of the Universe, and may the benediction and peace of God be upon Our Leader Muhammad and upon all His Relations and Friends.
WHEREAS Malaysia was established on the 16th day of September, 1963, by a federation of the existing states of the Federation of Malaya and the States of Sabah, Sarawak and Singapore into one independent and sovereign nation;
AND WHEREAS by an Agreement made on the 7th day of August in the year one thousand nine hundred and sixty-five between the Government of Malaysia of the one part and the Government of Singapore of the other part it was agreed that Singapore should cease to be a state of Malaysia and should thereupon become an independent and sovereign state and nation separate from and independent of Malaysia;
AND WHEREAS it was also agreed by the parties to the said Agreement that, upon the separation of Singapore from Malaysia, the Government of Malaysia shall relinquish its sovereignty and jurisdiction in respect of Singapore so that the said sovereignty and jurisdiction shall on such relinquishment vest in the Government of Singapore;
NOW in the name of God the Compassionate, the Merciful, I, TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIM SHAH, Prime Minister of Malaysia, with the concurrence and approval of His Majesty the Yang di-Pertuan Agong of Malaysia, DO HEREBY DECLARE AND PROCLAIM that, as from the 9th day of August in the year one thousand nine hundred and sixty-five, Singapore shall cease to be a State of Malaysia and shall forever be an independent and sovereign state and nation separate from and independent of Malaysia, and that the Government of Malaysia recognises the present Government of Singapore as an independent and sovereign government of Singapore and will always work in friendship and co-operation with it.
(Signed) (TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA) Prime Minister of Malaysia
Dated this 9th day of August, 1965

Terjemahan Bahasa Melayu

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam, dan Selawat dan Salam ke atas Junjungan kami Nabi Muhammad dan semua Keluarga dan Sahabat-Nya
BAHAWASANYA Malaysia telah ditubuhkan pada 16 haribulan September, 1963, oleh sebuah persekutuan negeri-negeri yang sedia ada dalam Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi sebuah negara merdeka dan berdaulat;
DAN BAHAWASANYA dengan Perjanjian yang dibuat pada tujuh haribulan Ogos tahun seribu sembilan ratus enam puluh lima di antara Kerajaan Malaysia sebagai satu pihak dan Kerajaan Singapura sebagai pihak yang lain telah dipersetujui bahawa Singapura harus tamat menjadi sebuah negeri dalam Malaysia dan sesudah itu hendaklah menjadi negeri dan bangsa yang merdeka dan berdaulat yang berasingan dan bebas daripada Malaysia;
DAN BAHAWASANYA ia juga dipersetujui oleh pihak-pihak kepada Perjanjian yang tersebut, atas pemisahan Singapura daripada Malaysia, Kerajaan Malaysia hendaklah melepaskan kedaulatan dan bidang kuasa berkenaan dengan Singapura supaya kedaulatan tersebut dan bidang kuasa hendaklah terletak hak pada Kerajaan Singapura;
KINI dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani, saya, TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIM SHAH, Perdana Menteri Malaysia, dengan limpah perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, DENGAN INI MEMASYHUR DAN MENGISYTIHARKAN, bahawa mulai hari ini, sembilan haribulan Ogos tahun seribu sembilan ratus enam puluh lima, Singapura hendaklah tamat menjadi sebuah negeri dalam Malaysia dan hendaklah selama-lamanya menjadi sebuah negara dan bangsa yang merdeka dan berdaulat berasingan dan bebas daripada Malaysia, dan Kerajaan Malaysia mengiktiraf kerajaan Singapura sekarang sebagai sebuah kerajaan Singapura yang merdeka dan berdaulat dan akan sentiasa bekerja dalam persahabatan dan kerjasama dengannya.
(Ditandatangani) (TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA) Perdana Menteri Malaysia
Bertarikh hari ini 9 Ogos 1965

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting