Pentadbiran Tentera di Poland

Pentadbiran Tentera di Poland (Jerman: Militärverwaltung in Polen) merujuk kepada pihak berkuasa pendudukan yang ditubuhkan dalam masa yang singkat semasa pencerobohan Poland (1 September– 6 October 1939) oleh Jerman, di mana wilayah jajahan Poland telah ditadbir oleh Angkatan Tentera Jerman (Wehrmacht) dan kemudian diletakkan dibawah pentadbiran awam dan Kerajaan Am.

Pentadbiran Tentera di Poland
Militärverwaltung in Polen
1939–1939
Bendera German-occupied Poland
Lambang German-occupied Poland
Bendera Lambang
Lokasi German-occupied Poland
StatusNegara dibawah pentadbiran tentera Jerman
Ibu negaraWarsaw
Era SejarahPerang Dunia II
1 September 1939
8 Oktober 1939
26 Oktober 1939
Didahului oleh
Diganti oleh
Republik Poland Kedua
Jerman Nazi
Kerajaan Am

Pentadbiran tentera sunting

Sebahagian besar tanah yang diduduki mempunyai beberapa pentadbiran dari Poland, selalunya bersifat ad hoc, diwujudkan selepas pemindahan pegawai rasmi.[1] Mereka segera dimansuhkan oleh pihak Jerman dan kawalan sementara telah diberikan kepada Komandan Tentera Barisan Belakang [de] (Korück).[1] Para pegawai awam (Landrat [de]) dengan cepat ditugaskan untuk mentadbir powiat (daerah) Poland atau kumpulannya; di bandar-bandar dan kampung-kampung sebelah Barat orang Jerman dilantik sebagai datuk bandar dan vogt (pegawai daerah), manakala di sebelah tengah dan timur orang Poland dilantik.[1]

Adolf Hitler mengeluarkan arahan pertama mengenai kerajaan pendudukan pada 8 September.[1] Pada 8 dan 13 September 1939, wilayah tentera Jerman di kawasan Posen, diperintah oleh Jeneral Alfred von Vollard-Bockelberg [de], dan Prusia Barat, diperintah oleh Jeneral Walter Heitz, ditubuhkan di Poland Raya dan Pomerelia yang ditakluki.[2] Berdasarkan undang-undang 21 Mei 1935 dan 1 Jun 1938, tentera Jerman memberikan kuasa pentadbir sivil kepada Ketua Pentadbiran Awam (CdZ).[2] Hitler melantik Arthur Greiser sebagai CdZ wilayah tentera Posen, dan Gauleiter Danzig Albert Forster sebagai CdZ wilayah tentera Prusia Barat.[2] Pada 3 Oktober 1939, wilayah tentera bahagian tengah yang dinamakan "Łódź" dan "Krakau" telah ditubuhkan dibawah pemerintahan Jeneral Gerd von Rundstedt dan Wilhelm List, dan Hitler melantik Hans Frank serta Arthur Seyss-Inquart sebagai ketua sivil.[2] Oleh itu keseluruhan taklukan Poland dibahagikan kepada empat wilayah tentera (Prusia Barat, Posen, Lodz, dan Krakau).[1] Frank pada masa yang sama dilantik sebagai "ketua pentadbir tertinggi" bagi seluruh wilayah taklukan.[2]

Peralihan sunting

Satu dekri dikeluarkan oleh Hitler pada 8 Oktober 1939 memperuntukkan pengilhakan bahagian barat Poland dan Kota Bebas Danzig.[3] Undang-undang berasingan menetapkan kemasukan kawasan sekitar Suwalki (segitiga Suwalki).[2][4] Saki-baki deretan wilayah yang tinggal kekal dibawah pendudukan tentera sehingga ia ditetapkan oleh dekri Hitler pada 12 Oktober untuk menubuhkan Kerajaan Am, yang mula berkuatkuasa pada 26 Oktober.[5]

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ a b c d e Leszek Moczulski (2009). Wojna Polska 1939. Bellona. m/s. 883–884. ISBN 978-83-11-11584-2. Dicapai pada 7 November 2012.
  2. ^ a b c d e f Andreas Toppe, Militär und Kriegsvölkerrecht: Rechtsnorm, Fachdiskurs und Kriegspraxis in Deutschland 1899-1940, Oldenbourg Wissenschaftsverlag, 2008, p.397-399, ISBN 3-486-58206-2
  3. ^ Dieter Gosewinkel (2011), Einbürgern und Ausschließen. RGBI I, S. 2042: "Erlaß des Führers und Reichskanzlers über die Gliederung und Verwaltung der Ostgebiete" (8 October 1939).
  4. ^ Piotr Eberhardt, Political Migrations in Poland, 1939–1948, Warsaw 2006, p.4 "Archived copy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-10-18. Dicapai pada 2016-02-08.CS1 maint: archived copy as title (link)
  5. ^ Diemut Majer (2003). "Non-Germans" Under the Third Reich: The Nazi Judicial and Administrative System in Germany and Occupied Eastern Europe with Special Regard to Occupied Poland, 1939–1945. With contribution from the United States Holocaust Memorial Museum. JHU Press. m/s. 236–246. ISBN 0801864933.

Bacaan lanjut sunting

  • Berenstein Tatiana, Rutkowski Adam: Niemiecka administracja wojskowa na okupowanych ziemiach polskich (1 września — 25 października 1939 r.). in: Najnowsze Dziejke Polski. Materiały i studia z okresu II wojny światowej. Bd. VI. Warszawa 1962. S. 45-57

Templat:German administrative territories