Perang Perak merujuk kepada peperangan antara rakyat negeri Perak menentang tentera penjajah British pada tahun 1875. Rakyat negeri Perak tidak dapat menerima sistem pentadbiran baru yang baru diperkenalkan iaitu sistem Residen British. Rakyat negeri Perak marah dengan dengan sistem Residen ini kerana kesetiaan mereka berubah daripada seorang raja kepada seorang asing iaitu JWW Birch.

Pemimpin utama peperangan ini ialah Dato Maharaja Lela yang bertempat di Pasir Salak. Ketika itu Pasir Salak, Kampung Gajah, Teluk Intan dan Sungai Perak merupakan kawasan yang ramai penduduk dan penting.

Peperangan ini mendapat lampu hijau daripada sultan Perak ketika itu iaitu Sultan Abdulah. Sultan Abdullah tersilap tafsir akan makna 'nasihat' seorang Residen. Dalam istilah dan pemahaman bahasa Melayu, nasihat tidaklah wajib dituruti. Tetapi Sir Andrew Clarke memberi konotasi berbeza, iaitu nasihat mestilah dipatuhi. Ini adalah bahasa diplomasi dengan seorang raja.