Sultan Abdullah Muhammad Shah II
Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II ibni al-Marhum Sultan Ja’afar Safiuddin Mu’azzam Shah Waliullah (21 September 1842 − 22 Disember 1922) ialah Sultan Perak yang ke-26. Baginda memerintah pada 20 Januari 1874 hingga 30 Mac 1877. Raja Abdullah diangkat sebagai Raja Di Hilir dan istana baginda terletak di Teluk Intan. Kemudian baginda dilantik sebagai Raja Muda Perak pada tahun 1865.
Sultan Abdullah Muhammad Shah II | |
---|---|
![]() | |
Sultan Perak ke-XXVI | |
Pemerintahan | 20 Januari 1874 − 30 Mac 1877 |
Pendahulu | Sultan Ismail Muabidin Riayat Shah |
Pengganti | Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah |
Raja Muda | Raja Lope Yusuf |
Pasangan | YAM Raja Ampuan Besar Raja Tipah binti Almarhum Sultan Shahabuddin Ri'ayat Shah (cerai 1871) Inche’ Rahsiah (m. 1891) Inche’ Wan Nursiya Inche’ Halima Inche’ Wan Itam Rendom Inche’ binti Amaluddin (k. sebelum 1875) Inche’ Fatima Inche’ Rapiah binti Busu Inche’ Islam |
Anakanda | |
Raja Haji Ngah Muhammad Mansur Raja Chulan Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan Raja Sulaiman Raja Abdul Malik Raja Said Tauphy, Raja Kechil Tengah Perak Darul Ridzuan Raja Abdul Hamid Raja Abdul Rahman Raja Haji Muhammad Hussein Raja Ahmad Tajuddin Raja Chik Jaafar Raja Puteh Aisha Raja Nuteh Fatimah Raja Mariyam Maheran, Tengku Mahasuri Deli Raja Khalija, Tengku Permaisuri Deli Raja Halijah | |
Nama penuh | |
Sultan Abdullah Muhammad Shah II ibni al-Marhum Sultan Ja’afar Safiuddin Mu’azzam Shah Waliullah | |
Ayahanda | Sultan Ja’afar Safiuddin Mu’azzam Shah ibni al-Marhum Raja Kechil Tengah Ahmad |
Bonda | Wan Ngah Mahtra binti Dato Wan Muda Abdul Rahman |
Keputeraan | |
Kemangkatan | 22 Disember 1922 Kuala Kangsar, Perak, Malaya British | (umur 80)
Dimakamkan | Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Malaya British |
Agama | Islam |
Kerabat sunting
Baginda bernikah dengan Raja Perempuan Tipah binti Almarhum Sultan Shahabuddin Ri'ayat Shah dan kemudiannya bercerai. Baginda mempunyai sepuluh orang putera dan tiga orang puteri:
- Raja Ngah Mansur
- Raja Sir Chulan
- Raja Sulaiman
- Raja Abdul Malik
- Raja Nuteh Fatimah
- Raja Mariam Maheran
- Raja Saleha
- Raja Abdul Hamid
- Raja Said Tauphy
- Raja Abdul Rahman
- Raja Ahmad Tajuddin
- Raja Chik Jaafar
- Raja Khairul Kamariah
Perang Perak sunting
Baginda diangkat menjadi Sultan Perak yang Ke-26 oleh pihak British setelah menandatangani Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Selepas perjanjian ini, baginda digelar Sultan Abdullah Muhammad Shah II. Baginda bersemayam di Batak Rabit.
Pulau Seychelles sunting
Pada 1875, baginda dituduh terlibat dalam pembunuhan Residen British J.W.W. Birch dan dibuang negeri ke Seychelles pada 21 Julai 1876.
Mangkat sunting
Baginda mangkat di Kuala Kangsar pada tanggal 22 Disember 1922 dan dimakamkan Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar bergelar Marhum Habibullah.
Sultan Abdullah Muhammad Shah II Tarikh keputeraan: 21 September 1842 Tarikh kemangkatan: 22 Disember 1922
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sultan Ismail Muabidin Riayat Shah |
Sultan Perak 1874-1877 |
Diikuti oleh: Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah |
Keturunan sunting
Lihat juga sunting
Rujukan sunting
- Sultan Abdullah Muhammad II Diarkibkan 2012-05-07 di Wayback Machine
- Sultan Abdullah Muhammad Shah II
- [1]
[Kategori:Sultan Perak|Abdullah Muhammad Shah II]]