Raja Chulan ibni Sultan Abdullah Muhammad Shah II

(Dilencongkan dari Raja Chulan)

Yang Amat Mulia Raja Sir Chulan ibni Almarhum Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II Habibullah (1 Julai 1869 - 10 April 1933) merupakan seorang kerabat diraja negeri Perak (bukan penulis buku Misa Melayu).

Raja Chulan
Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan
Raja Di-Hilir Perak
Kemahkotaan1 Disember 1920
Didahului olehRaja Yussuff ibni Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Muhtaram Shah Radziallah
Diikuti olehRaja Idris ibni Sultan Iskandar Shah Kaddasullah
KeputeraanRaja Chulan ibni Raja Abdullah
(1869-07-01)1 Julai 1869
Tanjung Brambang, Perak
Kemangkatan10 April 1933(1933-04-10) (umur 63)
Rumah Kelsumah, Kuala Kangsar, Perak
PemakamanMakam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak
PasanganYAM Raja Kechil Puteh Kalsum binti Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Shah Rahmatu’llah (k. 18 Disember 1899)
Anakanda
  • Raja Zainal Azman Shah
  • Raja Zania Shah
  • Raja Kimas
  • Raja Hajjah Mahtra
  • Tengku Puan Besar Indera Raja Amina, Tengku Puan Besar Deli
  • Raja Mimi
  • Raja Zan
  • Raja Amriah
Nama penuh
Raja Chulan ibni Amarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah Habibullah
KerabatKerabat Diraja Perak
AyahandaSultan Abdullah Muhammad Shah II Habibullah
BondaRaja Perempuan Ampuan Besar Raja Tipah binti Sultan Shahabuddin Riayat Shah Saifullah
AgamaIslam

Biografi ringkas sunting

 
YAM Raja Chulan (kiri)

Dilahirkan di Tanjung Brambang, Raja Chulan merupakan anakanda kedua Almarhum Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II Habibullah yang dibuang negeri ke Pulau Seychelles bersama isterinya, Raja Perempuan Ampuan Besar Raja Tipah binti Almarhum Paduka Seri Sultan Shahabuddin Riayat Shah Saifullah. Baginda mendapat pendidikan di Sekolah Tinggi Melaka, dan kemudiannya di Institusi Raffles, Singapura.

Pada tahun 1896, Raja Chulan dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah Selama sehingga tahun 1897. Baginda merupakan tokoh yang bertanggungjawab untuk membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada negeri Selangor, negeri Perak, Pahang dan Negeri Sembilan pada 1 Julai 1896. Pada tahun 1911, Raja Chulan bersara daripada perkhidmatan awam selepas menyandang beberapa jawatan pentadbiran yang agak penting.

Pada 1 Disember 1920, Raja Chulan dilantik sebagai Raja Di-Hilir Perak yang merupakan tempat ketiga dalam pewarisan takhta Kesultanan Perak. Empat tahun kemudian, pada tahun 1924, baginda dilantik sebagai orang Melayu tak rasmi yang pertama dalam Majlis Persekutuan. Baginda memainkan peranan yang utama dalam perbincangan-perbincangan Majlis untuk memperdebatkan dengan bersungguh-sungguh terhadap kepentingan orang Melayu, dan menyokong cadang-cadangan untuk membahagikan semula kuasa pentadbiran yang kemudian itu dipusatkan di Kuala Lumpur kepada negeri-negeri persekutuan.

Raja Chulan berkahwin dengan Raja Kecil Puteh Kalsum, anak perempuan Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Shah Rahmatullah. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki Raja Zainal Azman Shah, dan 4 orang anak perempuan.

Penghormatan sunting

Bagi menghargai jasa Raja Chulan, nama baginda telah diabadikan antara lain, seperti berikut:

Keturunan sunting

Rujukan sunting

Bibliografi sunting

Pautan luar sunting