Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan

perbadanan di Negeri Sembilan, Malaysia

Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) telah ditubuhkan pada 22 Mac 1969. Dari segi pertubuhan ia adalah satu badan berkanun negeri yang mempunyai kuasa-kuasanya sendiri dan bertanggungjawab kepada badan perundangan negeri. Dari segi institusi pula, ia adalah merupakan satu perusahaan awam yang diletakkan di bawah pengawasan Kementerian Kewangan (dahulu Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi). Perbadanan ini ditubuhkan bagi menggalakkan pembangunan di Negeri Sembilan. Ia juga merupakan agensi amanah bagi melaksanakan dasar-dasar kerajaan terutama di bawah Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional serta Rangka Rancangan Jangka Panjang.

Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan
ڤربادنن كماجوان نڬري، نڬري سمبيلن
Intisari agensi
Dibentuk1969 (55 tahun yang lalu) (1969)
JenisAgensi kerajaan
Bidang kuasa
 Negeri Sembilan
Ibu pejabatPeti Surat 158, Jalan Yam Tuan, 70710, Seremban, Negeri Sembilan
 Malaysia
Eksekutif Agensi kerajaan
  • Ketua Eksekutif
Agensi induk
Kerajaan Negeri Sembilan
Laman sesawang
pknns.gov.my

Visi sunting

"Penggerak Ekonomi, Pemacu Pembangunan"

Misi sunting

  1. Membudayakan amalan pengurusan kewangan yang berkesan bagi mengukuhkan kedudukan kewangan organisasi
  2. Meningkatkan kepakaran dan kompetensi sebagai organisasi pelaksana utama agenda strategik kerajaan negeri
  3. Menggiatkan usaha penerokaan bisnes baharu dan pengukuhan profil bisnes kumpulan pknns secara berterusan
  4. Memacu anjakan paradigma masyarakat khususnya komuniti bumiputera di dalam melahirkan generasi usahawan yang berdaya saing tinggi serta jenama bisnes yang kukuh di dalam pasaran
  5. Memacu penyampaian berkualiti, berintegriti dan berkesan melangkaui ekspektasi pelanggan melalui inovasi
  6. Melaksanakan inisiatif pembangunan modal insan secara berstruktur dan sistematik


[1]