Selamat datang ke Wikipedia, Arabic Language and Consultancy!

Terima kasih kerana menyertai Wikipedia bahasa Melayu, kini terdapat seramai 334,871 pengguna berdaftar!
Selamat sejahtera. Selamat datang ke Wikipedia dan terima kasih atas sumbangan anda! Saya CTMakerbot, salah seorang penyunting di sini dan saya berharap anda sudi untuk membantu laman ini.
Beberapa panduan yang mungkin berguna untuk anda:
    Pengenalan kepada Wikipedia
    Lima tonggak Wikipedia
    Tutorial suntingan
    Bagaimana menyunting halaman
    Manual gaya penulisan
    Asas-asas Kod Wiki
    Bagaimana mencipta artikel
    Laman bantuan
    Apa yang Wikipedia bukan
Sesetengah perkara yang digalakkan dan dilarang:
    Digalakkan berani dalam mengemaskini laman
    Digalakkan beranggapan niat baik
    Digalakkan mengamalkan prinsip kesopanan
    Digalakkan mengamalkan pandangan berkecuali
    Jangan melaku musnah
    Jangan sampai disekat
Jika anda memerlukan bantuan, anda boleh:
    Meja bantuan
atau:
    Bertanya soalan kepada penyelia
Terdapat beberapa cara untuk menyumbang kepada Wikipedia. Antaranya seperti:
      Menjadi seorang WikiPari dan WikiSihir
    Membantu menyumbang pada artikel
           
    Melaksanakan tugas-tugas penyelenggaraan
    Membantu mencipta templat baru
    Membantu dalam projek yang tersedia di WikiProjek

Sentiasa ingat untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbincangan dengan meletakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang   pada laman penyuntingan.

Semoga anda menikmati kunjungan di Wikipedia bahasa Melayu. Selamat menyumbang!

Do not understand Malay? Visit our embassy now.
Ikhlas daripada saya, CTMakerbot
CTMakerbot (bincang) 18:19, 27 Julai 2018 (UTC)Balas

Kelayakan sunting

Sila patuhi syarat https://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Notability_(organizations_and_companies)#Significant_coverage

Untuk promosi orang atau kumpulan yang tidak layak sila cipta di laman berikut:-

Arabic Language and Consultancy (ALC) sunting

LATAR BELAKANG ALC

Arabic Language & Consultancy (ALC) adalah sebuah pusat perkhidmatan Bahasa Arab (dalam bentuk industri perkhidmatan, pengurusan dan perundingan) yang telah didaftarkan pada 23 Jun 1996 di Pejabat Pendaftaran Perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Bidang operasinya tertumpu kepada kerja-kerja penyelidikan dan pengembangan Bahasa Arab (BA) di samping penerokaan dalam bidang teknologi maklumat yang ada kaitan dengan BA di Malaysia khasnya dan di Asia Tenggara amnya.

Hari ini ALC telah berjaya menemui sentuhannya dalam memacu perkembangan bahasa Arab di Malaysia. Dengan membawa konsep BAHASA ARAB MIKRO yang telah diperakui di peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD) oleh Universiti Malaya, Kuala Lumpur, ALC dapat membawa pembaharuan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di Asia Tenggara khususnya.

Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memartabatkan Bahasa Arab dengan program berbentuk ilmiah. Satu proses yang panjang namun hasilnya sangat membanggakan dan tidak pernah kami jangkakan. Selain perkhidmatan dalam konsultansi Bahasa Arab, ALC telah menyediakan pelbagai perkhidmatan lain seperti percetakan digital, kafe siber dan kedai komputer. Kejayaan terbesar ALC adalah menggubal dan menerbitkan modul Bahasa Arab 1 untuk politeknik seluruh Malaysia. Hingga kini, ALC dalam proses menyediakan sistem pembelajaran bahasa Arab alternative secara “online” di bawah projek ARAB MIKRO dengan kerjasama MSC di bawah naungan MOSTI.


MISI

Arabic Language & Consultancy (ALC) ditubuhkan dengan berbekalkan impian untuk memartabatkan serta memperkembangkan Bahasa Arab di Malaysia. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memartabatkan Bahasa Arab dengan mengadakan program-program berbentuk ilmiah kepada masyarakat.


OBJEKTIF PENUBUHAN

 Mengenal pasti masalah BA di Malaysia dan mengemukakan alternatif yang sesuai untuk proses pembelajaran, penguasaan dan pengembangan BA kepada masyarakat.

 Menyelidik bidang-bidang BA mengikut keperluan semasa di bidang pembelajaran, perdagangan, diplomatik, perindustrian, pentadbiran, ketenteraan, teknologi maklumat dan mana-mana bidang yang ada kepentingan dengan pembangunan Negara.

 Mengeluarkan produk-produk BA yang berkualiti untuk memenuhi kehendak masyarakat, di samping membangkit minat mereka terhadap BA.

 Memasarkan produk-produk BA yang bermutu secara langsung kepada pelanggan melalui penyelidikan dan penelitian terhadap perkembangan semasa


MOTO PERKHIDMATAN

Moto perkhidmatan (ALC) ialah:- “KE ARAH KECEMERLANGAN BAHASA AL-QURAN”


FALSAFAH PERKHIDMATAN

Falsafah perkhdimatan (ALC) ialah:- “PERKHIDMATAN BERKUALITI TERAS KEMAJUAN”