Perkahwinan Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Anisha Rosnah

Perkahwinan Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Anisha Rosnah berlangsung pada 14 Januari 2024 di Istana Nurul Iman, Brunei. Pengantin putera, Pengiran Muda 'Abdul Mateen, ialah paduka putera keempat Sultan Brunei; pengantin puteri, Anisha Rosnah, ialah cucu kepada Penasihat Khas Sultan Brunei. Perkahwinan ini berlangsung selama 8 hari dengan penuh adat istiadat diraja Brunei.[1]

Perkahwinan Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Anisha Rosnah
Tarikh14 Januari 2024; 2 bulan yang lalu (2024-01-14)
TempatIstana Nurul Iman
LokasiBandar Seri Begawan, Daerah Brunei dan Muara, Brunei
Hadirin

Upacara sunting

Upacara diadakan selama 10 hari dengan pelbagai adat istiadat Brunei, bermula pada 7 Januari dengan istiadat bersuruh diraja.[2]

Pada 10 Januari, upacara adat bedak diraja telah diadakan, dan diserta kerabat diraja Brunei.[3] Majlis pertunangan juga diadakan di Istana Nurul Iman, dengan hantaran Tanda Diraja diberikan oleh wakil putera.[4] Majlis akad nikan diadakan pada 11 Januari di Masjid Omar Ali Saifuddien.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ "Perkahwinan Pengiran Muda Abdul Mateen-Dayang Anisha Rosnah tahun depan berlangsung 8 hari". Kosmo Digital. 2023-10-08. Dicapai pada 2024-01-10.
  2. ^ "Istiadat Berbedak Putera Mateen, Dayang Anisha". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). 2024-01-11. Dicapai pada 2024-01-11.
  3. ^ Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad; Marlinawaty Hussin (10 Januari 2024). "Istiadat Berbedak serikan mempelai diraja". Pelita Brunei. Dicapai pada 2024-01-10.
  4. ^ "Putera Mateen, Dayang Anisha selamat bertunang". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). 2024-01-10. Dicapai pada 2024-01-11.
  5. ^ "Putera Brunei berkahwin dengan rakyat biasa". Berita Harian. 11 Januari 2024. Dicapai pada 11 Januari 2024.

Pautan luar sunting