Persatuan Peguam Syarie Malaysia

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) merupakan sebuah NGO yang memperjuangkan nasib dan kepentingan para peguam Islam di Malaysia.

Para peguam syarie terikat dengan Etika Peguam Syarie yang termaktub di dalam Arahan Amalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Antara lain jawatankuasa ini ada kuasa memecat dan menarik balik lesen seorang peguam syarie atas kesalahan disiplin dan etika.

Presiden PGSM ialah Mohamad Isa Abd. Ralip.[1]

Sebutan Syariah sunting

Program Sebutan Syariah merupakan program televisyen bercorak agama yang disiarkan oleh Astro Oasis 106. PGSM memberi kerjasama penuh bagi memastikan program ini menepati lunas Islam. Program ini mremaparkan kes-kes di Mahkamah Syariah seperti kes faraid, hadhanah, muta'ah, perceraian, edah dan jenayah syariah.[2] Antarayang menarik ialah liputan kes menuduh orang yang dikemukakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bantahan hukuman terhadap Kartika sunting

Persatuan ini mempertikaikan keputusan meringankan hukuman sebat syarie kepada menjalani hukuman khidmat masyarakat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarnor (33) yang bersalah kerana meminum arak. Dia diarahkan oleh Sultan Pahang menjalani hukuman khidmat masyarakat di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah selama 3 minggu mulai 2 April 2010.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz mempertahankan kuasa mutlak Sultan Pahang , Sultan Ahmad Shah meringankan hukuman itu.Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Dalam Negeri menyatakan pihak kementerian hanya menguatkuasakan undang-undang.[3][4]

Kartika sepatutnya menerima hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan. Kartika dianggap 'srikandi' kerana sanggup menerima hukuman sebat. Musa Awang selaku Timbalan Presiden PGSM menekankan bahawa komen terhadap keputusan mahkamah syariah boleh dianggap menghina mahkamah. Ini kerana ia akan menjejaskan reputasi dan kredibiliti hakim. Namun Mahkamah Syariah adalah di bawah kuasa Sultan serta kerajaan negeri dan 'orang luar' tidak boleh campur tangan .[5]

Rujukan sunting