Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan

Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBI NAA) Bahagian Asia Pasifik ke-13 diadakan di Garden and Residences, Mid Valley, Kuala Lumpur pada 19-23 Julai 2010. 200 pesertanya membincangkan keganasan dan kegiatan perdagangan manusia di rantau Asia Pasifik. Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Datuk Abdul Shahbudin Abdul Wahab yang juga komandan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan ia akan membincangkan strategi membanteras jenayah merentasi sempadan seperti dadah dan jenayah penipuan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein merasmikan persidangan yang pertama kali diadakan di Malaysia. Pertubuhan ini dianggotai oleh 17,000 anggota penguatkuasa undang-undang profesional dari seluruh dunia.[1]

Persidangan ini mendapat tajaan daripada Permodalan Nasional Berhad, Tourism Malaysia dan Public Bank Berhad.

Sejarah sunting

Presiden FBI National Academy Associates (Asia Pasifik) ialah SAC 1 Datuk Shahbudin Abdul Wahab. FBI National Academy Associates telah menjalin hubungan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 1964 apabila SAC Kassim Ali menghadiri sesi FBI NAA itu buat kali ke-74 .[2]

58 pegawai polis kanan PDRM termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar pernah menghadirinya. Ramai telah bersara kecuali 16 orang.

Bantahan sunting

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) membantah keras persidangan agensi perisik Amerika diadakan di Mid Valley. Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid mendapat maklumat daripada aman web FBI National Academy Associatites. [3]

Teras membantah kerana FBI adalah agensi perisikan Amerika Syarikat yang jelas menjadi dalang dalam pelbagao konspirasi untuk menjatuh pemimpin-pemimpin negara yang tidak sebulu dengan Amerika.

Difahamkan perhubungan ini tanpa pengetahuan dan perbahasan di Parlimen. Teras mendesak agar kerajaan memberi rasional perhubungan PDRM dengan FBI selama ini.Sejauh mana maklumat keselamatan negara diserah kepada FBI dan berapa perbelanjaan yang terlibat dalam latihan pegawai PDRM di FBI. Ternyata FBI dan CIA terkenal di Amerika sendiri sebagai agensi yang merosakkan hak individu, hak kebebasan bersuara dan hak memilih pemimpin yang semuanya dilakukan atas nama keselamatan nasional. Antaranya ialah pembunuhan John F. Kennedy, kegagalan membunuh Fidel Castro; serangan bom Oklahoma City; pembunuhan beramai-ramai Waco Texas dan serangan 11 September 2001.[4]

Rujukan sunting