Peta London Underground

Peta London Underground merupakan rajah skema yang memberi gambaran kepada kedudukan semua aliran dan stesen London Underground, London Overground dan Dockland Light Railways.

Peta Tube keluaran Ogos 2010

Peta ini lebih menumpukan kepada kedudukan stesen di aliran secara relatif tetapi bukannya dari segi geografi. Turut dimuatkan dalam peta ialah stesen pertukaran ke aliran-aliran lain serta kawasan cakupan zon tambang.

Sejarah sunting

 
Peta Tube 1908

Pada awal abad ke-19 dan ke-20, sebenarnya terdapat beberapa syarikat kereta api bawah tanah yang membina landasan masing-masing. Syarikat-syarikat tadi hanya memberi maklumat tentang perkhidmatan kereta api yang berada di bawahnya, dan tidak langsung memberi sebarang maklumat daripada syarikat lain. Manakala peta-peta yang dikeluarkan pada waktu itu mengikut peta geografi piawai, iaitu mengikut bentuk rangkaian jalan-jalan raya di sekitar dan juga ciri-ciri geografi berdekatan.

Hanya pada tahun 1908, Syarikat Kereta Api Elektrik Bawah Tanah London (Underground Electric Railways Company of London, UERL) bersama empat buah syarikat lain, mengeluarkan peta perkhidmatan sepadu. Syarikat-syarikat ini menggunakan penjenamaan Underground sebagai inisiatif pengiklanan sepunya.[1] Peta (lihat sebelah) menunjukkan lapan aliran kereta api. Empat daripadanya merupakan milik UERL manakala selebihnya milik setiap syarikat.

Aliran UERL Aliran-aliran lain
  • Kereta Api Bakerloo ‒ aliran perang
  • Kereta Api Tengah London ‒ aliran biru
  • Kereta Api Hampstead ‒ aliran kelabu
  • Kereta Api Piccadilly ‒ aliran kuning
  • Kereta Api District ‒ aliran hijau
  • Kereta Api Bandar dan Selatan London ‒ aliran hitam
  • Kereta Api Great Northern and City ‒ aliran jingga
  • Kereta Api Metropolitan ‒ aliran merah

Penggunaan peta geografi pada waktu ini membawa kepada satu kelemahan. Stesen-stesen di aliran District dan aliran Metropolitan yang berada jauh dari tengah-tengah London tidak dapat dipaparkan. Walau bagaimanapun peta ini membantu untuk memberi gambaran yang hampir terperinci di kawasan tengah London yang amat padat.

Penghasilan grafik peta ini terus diteruskan dalam pelbagai tampilan gaya sehingga tahun 1930, apabila MacDonald Gill buat pertama kalinya menghapuskan ciri-ciri geografi pada latar peta.[2] Hal ini menyebabkan nama stesen serta garisan petunjuk aliran kereta api dapat diubah dengan lebih fleksibel pada atas peta. Susunan aliran masih dikekalkan walaupun denai diberi sentuhan gaya. Peta Tube bercirikan geografi diterbitkan pada 1932 buat kali terakhir sebelum peta rajah diperkenalkan.

Peta-peta oleh Beck sunting

 
Rajah skema Zon 1 Travelcard yang dipaparkan seperti dalam peta Tube. Kedudukan stesen-stesen tidak mengikut kedudukan geografi sebenar.
 
Peta tidak rasmi Zon 1 Travelcard yang menunjukkan lokasi geografi stesen-stesen di sekitarnya.

Peta berbentuk rajah diperkenalkan oleh Harry Beck pada tahun 1931.[3] Beliau merupakan pekerja Underground yang menyedari bahawa kebanyakan kereta api di London bergerak bawah tanah. Baginya, kedudukan stesen secara fizikal tidak penting bagi penumpang-penumpang yang ingin mengetahui kedudukan stesen berikutnya, malah yang lebih penting ialah topologi atau kedudukan secara relatif. Kaedah ini menyerupai rajah litar elektronik. Tetapi ini bukanlah yang mencetuskan ilham Beck walaupun rakan-rakan sekerjanya menunjukkan persamaan antara dua rajah terbabit.

Peta beliau memaparkan ciri-ciri peta yang lebih ringkas dengan memaparkan hanya stesen-stesen, garisan-garisan yang menghubungkan stesen, dan juga Sungai Thames. Aliran-aliran kereta api hanya dipaparkan sebagai garisan-garisan tadi, cuma lebih lurus dan menggunakan garisan-garisan serong 45 darjah. Untuk menunjukkan stesen pertukaran antara aliran, beliau menggunakan simbol tanda palang dan juga bentuk ketupat (diamond).

Setelah petanya diterima baik oleh orang ramai apabila diedarkan pada tahun 1933, beliau terus-menerus menjadi pereka bentuk peta Tube sehingga tahun 1960. Antara perubahan yang dilakukan olehnya sepanjang tempoh itu ialah menukar simbol stesen pertukaran menjadi simbol bulat, dan juga menukar warna aliran Bakerloo daripada warna merah kepada warna perang serta aliran Central menjadi warna merah daripada warna jingga.

Rekaan beliau yang terakhir dikeluarkan pada tahun 1960. Peta keluaran pada tahun ini menunjukkan ciri-ciri sepunya yang jelas kelihatan dengan peta Tube pada hari ini.[4]

Salah satu peta asalnya dipelihara dengan rapi di stesen Finchley Central yang berdekatan dengan Finchley, iaitu tempat tinggal beliau.

Selepas tahun 1960 sunting

Menjelang tahun 1960, pegawai seranta Underground, Harold Hutchison telah mengemukakan rekaan petanya walaupun beliau bukan seorang pereka peta. Dalam keluaran ini, beliau menampilkan bucu-bucu tajam pada pepenjuru garisan landasan kereta api. Peta itu juga menonjolkan kawasan berkepadatan tinggi misalnya di sekitar stesen Liverpool Street. Beliau juga memperkenalkan simbol baru bagi pertukaran stesen, iaitu bentuk bulatan bagi stesen pertukaran antara aliran-aliran Underground dan bentuk segi empat sama untuk Kereta Api British. Simbol-simbol tadi diberi warna hitam dan juga ditindankan di atas garisan-garisan aliran kereta api, tidak seperti peta Beck; yang mengikut warna identiti aliran dan tidak ditindan-tindankan sesama stesen sepunya.[5]

Pada tahun 1964, Paul Garbutt pula memberi sentuhannya dalam reka bentuk peta. Hal ini demikian atas sebab beliau tidak menyukai rekaan Harold Hutchison. Seperti Harry Beck, reka bentuk peta ini dilengkapkan dalam masa senggangnya. Beliau menjelmakan kembali bucu-bucu dan likuan berbentuk sukuan bulatan seperti peta-peta ilham Beck. Paul Garbutt terus menghasilkan rekaan peta selama 20 tahun untuk London Underground.[6]

Pada tahun 1986, Peta Tube tidak lagi memaparkan nama pereka bentuk peta. Peta keluaran tahun ini sudah mula kelihatan hampir serupa dengan keluaran pada hari ini.[7] Dalam keluaran hari ini, peta hanya memaparkan keterangan bahawa rajah peta merupakan penambahbaikan reka bentuk Harry Beck pada tahun 1931 ("This diagram is an evolution of the original design conceived in 1931 by Harry Beck") pada sudut bawah di sebelah kanan peta.

Peta Tube rasmi tidak memasukkan mana-mana perkhidmatan kereta api besar atau yang utama, tetapi pada tahun 1973, peta Perkhidmatan Kereta Api London ("London's Railways") menjadi peta pertama yang memberi gambaran perkhidmatan London Underground dan perkhidmatan-perkhidmatan kereta api utama yang lain. Peta ini direkabentuk oleh Tim Demuth daripada pejabat seranta London Transport, menggunakan ilham Beck. Usaha ini mendapat sokongan Perkhidmatan Kereta Api British (British Rail). Walau bagaimanapun peta ini tidak menggantikan peta piawai London Underground tetapi dikeluarkan sebagai suatu pelengkap. Peta ini kemudiannya dikenali sebagai peta "London Connections".[8]

Seiring dengan beberapa pembaharuan terhadap sistem kereta api London misalnya pembukaan Docklands Light Railways dan London Overground dan pemanjangan aliran Jubilee, peta Tube turut diolah supaya lebih mutakhir. Turut dimaklumkan stesen yang bebas langkau, dan juga stesen pertukaran antara perkhidmatan London Underground dan National Rail. Stesen yang bersambung dengan perkhidmatan kereta api ke lapangan terbang dan perkhidmatan kapal sungai juga ditonjolkan. Juga ciri yang ditambah ialah stesen aliran lain atau stesen National Rail yang terletak berhampiran dengan mana-mana stesen dalam jarak yang sesuai untuk berjalan kaki. Ciri ini dipercayai berkembang daripada simbol yang digunakan sebagai denai pejalan kaki antara stesen Bank dan stesen Monument.

Apabila zon tambang London Underground diperkenalkan pada tahun 2002, ciri ini turut ditambah dalam peta supaya memudahkan penumpang dapat menganggar kos tambang. Setelah pelbagai ciri penambahbaikan telah diadakan dalam peta, namun begitu peta yang boleh didapati pada hari ini masih mengekalkan kemiripan dengan peta ilham Beck yang asal.

Aspek teknikal sunting

Fon yang digunakan ialah Johnston. Jadual berikutnya memaparkan perubahan skema warna yang digunakan dalam peta sejak terbitnya peta Beck lagi. Skema warna piawai sekarang menggunakan penetapan dalam panduan Warna Piawai TfL.[9] Dua kod warna telah digunakan: kod warna Pantone dan juga kod piawai TfL.

Warna aliran sunting

Aliran Nama Warna TfL[9] Identiti sebelumnya[10]
Nota
Bakerloo Perang Korporat
Pantone 470
perang
1934-kini
merah
1933-1934
perang
UERL
Central Merah Korporat
Pantone 485
merah
1934-kini
jingga
1933-1934
biru
UERL
Circle
Kuning Korporat
Pantone 116

kuning
1987-kini
kuning
(jalur hitam)
1949-1987
hijau
(jalur hitam)
1948
merupakan sebahagian asal aliran Metropolitan dan District; tidak pernah ditonjolkan sebelum tahun 1948
District Hijau Korporat
Pantone 356
hijau
1933-kini
hijau
UERL
Timur London Jingga Underground
Pantone 137
jingga
(jalur berganda)
2010-kini

jingga
1990-2010
magenta
(jalur berganda)
1970-c.1990

magenta
1949-1969

hijau
1937-1948

magenta
1934-1937
putih
(jalur merah)
1933-1934
sebahagian perkhidmatan aliran Metropolitan sehingga kira-kira tahun 1990; sebahagian perkhidmatan London Overground dari tahun 2010
Hammersmith & City Merah Jambu Underground
Pantone 197
merah jambu
1990-kini
magenta
1949-1989
hijau
1937-1948
magenta
1934-1937
sebahagian perkhidmatan aliran Metropolitan sehingga kira-kira tahun 1990
Jubilee Kelabu Korporat
Pantone 430
kelabu
1979-kini
dibuka pada tahun 1979; perkhidmatan asal dari Baker Street ke Stanmore merupakan perkhimatan asal aliran Bakerloo
Metropolitan Magenta Korporat
Pantone 235
magenta
1948-kini
hijau
1937-1948
magenta
1934-1937
merah
UERL
ditonjolkan beriringan dengan aliran District dalam tempoh 1937–1948
Northern Hitam Korporat
Pantone Black

hitam
1933-kini
kelabu (CCE&H)
UERL

hitam (C&SL)
UERL
Northern City
tiada
putih
(jalur hitam)
c.1990-1998
jingga
(jalur berganda)
1985-c.1990
putih
(jalur hitam)
1975-1984
black
(jalur berganda)
1970-1975

hitam
1937-1969
putih
(jalur hitam)
1934-1937
putih
(magenta outline)
1933-1934
tidak lagi ditonjolkan sejak tahun 1998; pada masa kini merupakan perkhidmatan Network Rail jingga
(jalur hitam)
UERL
Piccadilly Biru Korporat
Pantone 072
biru
1933-kini
kuning
(jalur hitam)
UERL
Victoria Biru Muda Korporat
Pantone 299
biru muda
1968-kini
opened 1968
Waterloo & City Firus Korporat
Pantone 338

firus
1994-kini
putih
(jalur hitam)
1949-1994
merah
(jalur hitam)
1943-1948
putih
(jalur hitam)
1938-1941
kelabu nipis
(perkhidmatan utama)
UERL
tidak pernah ditonjolkan sebelum tahun 1938; sebahagian daripada perkhimatan British Rail sehingga tahun 1994

Simbol stesen sunting

  • Bulatan kosong – penanda lalai
  • Bulatan – peta percubaan pada tahun 1938
  • Bentuk ketupat (setiap satu stesen bagi setiap aliran) – awal tahun 1930-an
  • Segi empat sama – pertukaran dengan stesen perkhidmatan British Railways, 1960–1968
  • Bulatan bertitik - pertukaran dengan perkhidmatan British Rail, 1964–1970

Peta-peta keluaran rasmi sunting

  • Peta piawai London Underground yang memaparkan perkhidmatan London Underground, DLR, London Overground dan sempadan zon tambang.
  • Peta pusat London. Peta ini mengehadkan skop terhadap pusat London sahaja. Terdapat juga varian-varian yang memaparkan perkhidmatan Thameslink dan juga aliran Northern City.
  • Peta London Connections. Peta ini dikeluarkan oleh Persatuan Syarikat Pengendali Kereta Api (Association of Train Operating Companies, ATOC). Peta ini turut memberi gambaran zon tambang seperti dalam peta piawai London Underground, tetapi dengan lebih terperinci dengan penambahan perkhidmatan kereta api National Rail. Garis yang lebih tebal digunakan dan menggunakan kod warna piawai syarikat pengendali kereta api.
  • Perkhidmatan Kereta Api dengan kad Oyster di London. Peta ini dikeluarkan pada bulan Januari 2010 seiring pelaksanaan sistem bayaran menggunakan kad Oyster lalu-dan-bayar dalam perkhidmatan kereta api National Rail terpilih di London.[11][12] Peta ini memberi maklumat perkhidmatan London Underground, London Overground, DLR, Tramlink dan National Rail, serta zon tambang. Ini bertujuan untuk menggantikan peta zon Travelcard yang dikeluarkan terdahulu, tetapi menunjukkan kemudahan perkhidmatan National Rail sebagai garis putih berjalur hitam sahaja. Peta yang terbaharu ini menunjukkan perkhidmatan National Rail dengan lebih terperinci menggunakan identiti warna berlainan.
  • Peta perkhidmatan kereta api kekerapan tinggi memberikan maklumat tentang semua perkhidmatan kereta api yang kekerapannya setiap 15 minit. Bagi mana-mana perkhidmatan yang melebihi setiap 15 minit, stesen tersebut tidak ditonjolkan.
  • Peta panduan stesen mesra kerusi roda mencakupi hanya perkhidmatan London Underground dan DLR sahaja. Peta ini memberi panduan mengenai stesen yang sesuai untuk pengguna kerusi roda untuk keluar masuk stesen. Indeks boleh didapati pada http://www.tfl.gov.uk/assets/downloads/step-free-tube-guide-index.pdf.
  • Peta Kemudahan Tandas di stesen London Underground dan DLR menunjukkan stesen yang mempunyai kemudahan tandas.
  • Peta panduan membawa masuk basikal menyatakan sebahagian perkhidmatan kereta api yang membenarkan basikal dibawa masuk ke dalam gerabak.
  • Peta Gangguan Perkhidmatan Muktahir bagi perkhidmatan Underground, Overground dan DLR sahaja. Peta interaktif menyerlahkan mana-mana aliran atau stesen yang mengalami gangguan perkhidmatan.
  • Peta perjalanan interaktif bagi perkhidmatan Underground, Overground dan DLR boleh digunakan untuk mengetahui perhubungan bas, kemudahan bagi yang kurang upaya dan lain-lain bagi setiap stesen.

Rujukan sunting

  1. ^ Badsey-Ellis, Antony. London's Lost Tube Schemes. Capital Transport. m/s. 282–283. ISBN 1-85414-293-3.
  2. ^ 1920 map from "A History of the London Tube Maps". Dicapai pada 2009-02-07.
  3. ^ 1933 map from "A History of the London Tube Maps". Dicapai pada 2009-02-07.
  4. ^ 1960 map from "A History of the London Tube Maps". Dicapai pada 2009-02-07.
  5. ^ 1963 map from "A History of the London Tube Maps". Dicapai pada 2009-02-07.
  6. ^ 1986 map daripada "A History of the London Tube Maps". Dicapai pada 2009-02-07.
  7. ^ "A History of the London Tube Maps". Dicapai pada 2009-02-07.
  8. ^ Garland, Ken (1998). Mr Beck's Underground Map. Capital Transport. ISBN 1854141686. |access-date= requires |url= (bantuan)
  9. ^ a b (Inggeris)"TfL Colour Standards" (PDF). TfL. 2007-03-02. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2008-02-28. Dicapai pada 2008-01-22.
  10. ^ London Transport Underground Maps; sub-pages are for specific years
  11. ^ (Inggeris) "London Tube Map". London Insider. November 2009. Dicapai pada 26 November 2009.
  12. ^ (Inggeris) Barney, Katharine (23 November 2009). "Travel revolution: Oyster rail will cut fares by 30%". London Evening Standard. Dicapai pada 26 November 2009.

Pautan luar sunting