Petra Jaya (kawasan negeri)

Petra Jaya (Jawi: ڤيترا جاي) ialah kawasan negeri di dalam negeri Sarawak, Malaysia.[1] Ia telah diwakili oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak sejak tahun 1978 sehingga 1991 dan mula dipertandingkan pada tahun 1978. Kawasan ini dimandatkan mengembalikan seorang ahli kepada Dewan Undangan Negeri di bawah sistem undi pemenang undi terbanyak yang lalu.

Petra Jaya
Kawasan pilihan raya  Sarawak
Bahagian pilihan raya negeri yang tidak berfungsi
Badan perundanganDewan Undangan Negeri Sarawak
Kawasan pilihan raya diwujudkan1978
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan1991
Kali pertama dipertandingkan1979
Kali terakhir dipertandingkan1987
Demografi
Pemilih (1987)11,825

Ahli Dewan Undangan Negeri yang terakhir berkhidmat di kawasan negeri Petra Jaya ialah Sharifah Mordiah Binti Tuanku Fauzi.[2] Beliau mewakili parti Barisan Nasional selepas menang selepas bertanding dalam Pilihan raya negeri Sarawak 1987 dengan jumlah undian sebanyak 6,006.[1]

Sejarah sunting

Sebelum ia dimansuhkan, kawasan pilihan raya negeri Petra Jaya sepenuhnya terletak di dalam Kawasan Parlimen Santubong. Ia telah diciptakan pada tahun 1978 dari kawasan negeri Sekama dan telah dimansuhkan pada tahun 1991. Kini, kawasan pilihan raya ini telah digantikan dengan Pantai Damai.

Pada pilihan raya negeri Sarawak 1987, sebanyak dua calon bertanding di DUN ini iaitu Sharifah Mordiah Bintu Tuanku Fauzi dari parti Barisan Nasional (BN) dan Hafsah Binti Harun dari parti Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak (PERMAS). Sebuah tempat untuk penamaan calon untuk Petra Jaya terletak di Sekolah Rendah Kebangsaan Encik Buyong (kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Encik Buyong di Kuching, Sarawak. Tempat mengira-ngira undi ialah bertapak di Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Kerusi DUN Petra Jaya dimenangi oleh parti Barisan Nasional-Parti Pesaka Bumiputera Bersatu.[1]

Pada pilihan raya Sarawak 1979 dan 1983, Hafsah Binti Harun dari Barisan Nasional telah menang dan menjadi ADUN Petra Jaya selama dua penggal pilihan raya negeri Sarawak.[2]

Sejarah perwakilan sunting

Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Petra Jaya
Persidangan Tahun Ahli Parti
Kawasan DUN diciptakan
ke-10 1979-1983 Hafsah Harun Barisan Nasional (PBB)
ke-11 1983-1987 Barisan Nasional (PBB)
ke-12 1987-1991 Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi Barisan Nasional (PBB)
Kawasan DUN dimansuhkan, digantikan dengan Pantai Damai

Keputusan pilihan raya sunting

Pilihan raya negeri Sarawak 1987
Parti Calon Undian % ∆%
BN Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi 6,006 69.0
PERMAS Hafsah Harun 2,696 31.0
Jumlah undian sah 8,702 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 109
Kertas undi tidak dikembalikan
Kertas undi dikeluarkan 8,811
Pemilih berdaftar 11,825
Majoriti 3,310
Peratusan pengundian 74.51
BN kekal Peralihan
Sumber
Pilihan raya negeri Sarawak 1983
Parti Calon Undian % ∆%
BN Hafsah Harun
- Tidak diketahui
Jumlah undian sah 100.00
Jumlah kertas undi ditolak
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi
Pemilih berdaftar
Majoriti
BN kekal Peralihan


Pilihan raya negeri Sarawak 1979
Parti Calon Undian % ∆%
BN Hafsah Harun
- Tidak diketahui
Jumlah undian sah 100.00
Jumlah kertas undi ditolak
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi
Pemilih berdaftar
Majoriti
Kawasan DUN ini baru diciptakan.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "Laporan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. 1987. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Ogos 2002. Dicapai pada 13 September 2010.
  2. ^ a b Abdullah Zakaria Ghazali; Adnan Haji Nawang; Lee Kam Hing (1997). Malaysia, tokoh dulu dan kini. Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbit Universiti Malaya. m/s. 185. ISBN 9789831000298. Dicapai pada 15 Jun 2016.
  3. ^ Maznah Awang (2004). Almanak Keputusan Pilihan Raya Umum: Parlimen & Dewan Undangan Negeri 1959–1999. Shah Alam: Anzagain Sdn. Bhd. m/s. 2-425. ISBN 9789830371528.

Pautan luar sunting