Buka menu utama

Petunjuk geografi dan kepakaran tradisional di Kesatuan Eropah

Tiga skim Kesatuan Eropah bagi petunjuk geografi dan kepakaran tradisional, yang dikenali sebagai Perlindungan Penamaan Asal (Protected Designation of Origin, disingkatkan PDO), Perlindungan Petunjuk Geografi (Protected Geographical Indication, disingkatkan PGI), dan Jaminan Keistimewaan Tradisional (Traditional Speciality Guaranteed, disingkat TSG) adalah peraturan petunjuk geografi yang ditetapkan Undang-undang Kesatuan Eropah untuk melindungi nama-nama produk daerah asal. Peraturan ini berlaku di Kesatuan Eropah dan sedang dalam proses berkembang ke seluruh dunia melalui perjanjian dua hala dengan negara-negara Kesatuan Eropah. Perlindungan Penamaan Asal memastikan hanya produk-produk asli daripada wilayah tersebut yang dibolehkan untuk dijual dengan menggunakan nama wilayah tersebut.

Keju Stilton yang dilindungi Perlindungan Penamaan Asal. Hanya keju yang dihasilkan di Derbyshire, Leicestershire, dan Nottinghamshire yang berhak disebut keju stilton.

Perlindungan Penamaan Asal merangkumi produk pertanian dan produk makanan yang diproses dan dihasilkan di kawasan geografi tertentu dengan menggunakan cara pembuatan yang diiktiraf.[1] Perlindungan Petunjuk Geografi merangkumi produk pertanian dan produk makanan yang amat berkaitan dengan kawasan geografi tertentu. Paling sedikit satu tahap pengeluaran, pemprosesan, atau masakan berlaku di kawasan geografi tersebut.[1] Jaminan Keistimewaan Tradisional menjamin sifat tradisional, baik dalam komposisi atau cara pengeluaran daripada kawasan tersebut.[1]

Perlindungan Penamaan Asal antara lain merangkumi nama-nama anggur, keju, ham, sosej, zaitun, bir, cuka balsamik, dan malah untuk roti-roti, buah-buahan, dan sayuran asal daerah tertentu. Label-label produk makanan dan minuman seperti keju Gorgonzola, Parmigiano-Reggiano, pai daging babi Melton Mowbray, keju Asiago, Camembert de Normandie, dan champagne hanya dapat ditampal kalau dihasilkan di tempat asalnya. Keju Roquefort hanya boleh disebut keju Roquefort kalau dibuat daripada susu yang diperah daripada biri-biri baka tertentu, dan dimatangkan di gua-gua semulajadi berhampiran kota Roquefort di kawasan Aveyron, Perancis yang merupakan tempat asal spora Penicillium roqueforti.

Sistem yang ini sama dengan sistem aplikasi asal[2] yang diterapkan di seluruh dunia, misalnya Appellation d'origine contrôlée (AOC), Denominazione di origine controllata di Itali, Denominação de Origem Controlada (DO) di Sepanyol. Dalam banyak kes, PDO atau PGI di Kesatuan Eropah berlaku selari dengan sistem di negara-negara lain.

RujukanSunting

Pautan luarSunting