Pharmaniaga

Syarikat farmaseutikal Malaysia

Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) adalah sebuah syarikat farmaseutikal Malaysia. Ia merupakan anak syarikat Boustead Holdings, sebuah sekutu tentera Malaysia.

Pharmaniaga Berhad
Jenis/bentuk sahAwam
Didagangkan sebagaiKLSE: 7081
Industri
PendahuluRemedi Pharmaceuticals (1994-1998)[1]
Ditubuhkan1994; 30 tahun yang lalu (1994)
Ibu pejabatShah Alam, Selangor, Malaysia
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingIzaddeen Daud, Pengerusi; Zulkifli Jafar, Pengarah Eksekutif; Norai'ni Mohamed Ali, Ketua Pegawai Kewangan; Idham Ismail, Ketua Pegawai Strategi; Dr Badarulhisam Abdul Rahman, Ketua Pegawai Saintifik; dan Datuk Azni Hasan Basri, Ketua Pegawai Sumber Manusia
KeluaranUbat preskripsi, ubat bebas, biofarmaseutikal
HasilRM3,404,481,000 (FY2023)
Pendapatan bersihRM78,744,000 (FY2023)
Bilangan kakitangan3,400
Syarikat indukBoustead Holdings
Anak syarikat
  • Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd
  • Pharmaniaga Marketing Sdn Bhd
  • Pharmaniaga Research Centre Sdn Bhd
  • Pristine Pharma Sdn Bhd (ceased operation)
  • Paradigm Industry Sdn Bhd (ceased operation)
  • Pharmaniaga Manufacturing Bhd
  • Idaman Pharma Manufacturing Sdn Bhd (Sungai Petani)
  • Idaman Pharma Manufacturing Sdn Bhd (Seri Iskandar)
  • Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd
  • PT Millennium Pharmacon International TBK
  • PT Errita Pharma
Tapak webwww.pharmaniaga.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah

sunting

Pharmaniaga ditubuhkan pada 1994 sebagai Remedi Pharmaceuticals.[1] Syarikat ini dinamakan semula sebagai Pharmaniaga pada Ogos 1998 dan menjadi syarikat penjagaan kesihatan Malaysia yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia).[2]

Pemilikan

sunting

Pharmaniaga adalah sebuah syarikat berhad awam. Dua pemegang saham utamanya adalah Boustead Holdings dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Pemilik utama Boustead Holdings adalah LTAT itu sendiri.

Ahli Lembaga Pengarah Syarikat terdiri daripada Izaddeen Daud, Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif; Zulkifli Jafar, Pengarah Eksekutif; Dr Abdul Razak Ahmad, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kanan; Sarah Azreen Abdul Samat, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif; Ahmad Shahredzuan Mohd Shariff, Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif; Mohammad Ashraf Md. Radzi, Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif; Dato’ Mohd Zahir Zahur Hussain, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif; Dato’ Dr Faridah Aryani Md Yusof, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif; Drs Imam Fathorrahman, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif; Dr. Mary Jane Cardosa, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan Dato' Seri Dr. Awaludin Said, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif.

Tinjauan Perniagaan

sunting

Kepakaran Pharmaniaga merangkumi pembuatan, logistik dan pengedaran, serta strategi jualan dan pemasaran dinamik yang memastikan produk mereka sampai kepada golongan yang memerlukan di seluruh negara.

Pharmaniaga mempunyai lebih daripada 3,400 pekerja, dan lebih daripada 200 pakar saintifik dan teknikal dalam pelbagai disiplin.

Dengan lima kilang pembuatan, termasuk kilang di Indonesia, Pharmaniaga mampu menghasilkan produk dalam pelbagai bentuk; dari pepejal oral, cecair dan krim kepada suntikan kecil. Portfolio produknya merangkumi segmen terapeutik yang pelbagai seperti kardiovaskular, diabetes, anti-jangkitan, pengurusan kesakitan, dan respiratori, dan lain-lain.

Operasi di Indonesia terdiri daripada PT Errita Pharma (Errita) dan PT Millennium Pharmacon International Tbk (MPI). MPI adalah syarikat tersenarai awam di Bursa Saham Indonesia dengan 35 cawangan di seluruh negara. Manakala, Errita menghasilkan lebih daripada 60 produk farmaseutikal generik serta produk di kaunter.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Malaysia’s Top 10 pharmaceutical companies Top10malaysia (August 26, 2015). Retrieved on August 26, 2015.
  2. ^ Pharmaniaga Berhad: www.pharmaniaga.com

Pautan luar

sunting